17/10/2021
Bagi yang tertanya2 apakah itu grace period. Ia adalah tempoh terakhir yang mendebarkan dan dinantikan setiap agen.
Waiting period (tempoh menunggu). Setengah orang panggil ‘tempoh matang’.
Kena tunggu waiting period ni selesai baru boleh guna medical card.
Antaranya :
✅ 24 jam selepas register
- kemalangan. kemalangan ni meluas.Bukan hanya kemalangan jalan raya sahaja, jatuh bilik air, tersiram air panas, disengat binatang berbisa & terkena paku ni semua kategori kemalangan
✅ 1 bulan
- demam disebabkan virus spt denggi, H1N1, keracunan makanan, Influenza.
✅ 4 bulan (120 hari)
- penyakit² dalam yang tak serius macam appendix
✅ 2 tahun (grace/contestable period)
- Penyakit yang serius macam kanser, darah tinggi, kencing manis etc saya advise selepas 2 tahun.
Selalunya bakal-bakal client akan tanya, if jadi bawah 2 tahun macam mana?
Untuk GL memang akan decline, tapi pay and claim, maksudnya kena bayar duit sendiri dulu lepas tu claim.
Tak s**a kan?
Sebab tu kalau ejen follow up, suruh sign up cepat-cepat jangan marah ok, kita tak nak you all pay and claim. Takper la meluat sekarang dari masa nak admit tu meluat.