Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat

Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat
Lot 7523, Jalan Hentian 1C, Plaza Hentian Kajang,
43000 Kajang, Selangor
2.956270, 101.790586 Promosi Kesihatan.
5.

Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat diketuai oleh Dr Zailiza binti Suli , Pegawai Kesihatan Daerah Hulu Langat. PKD ini menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan berikut kepada lebih kurang 1.3 juta penduduk di seluruh daerah Hulu Langat, iaitu:
1. Kesihatan Keluarga meliputi perkhidmatan kesihatan ibu dan anak, kesihatan primer dan kesihatan sekolah. Terdapat 11 Klinik Kesihatan, 2 Klinik Ibu dan An

ak, 14 Klinik Desa dan 7 Klinik 1 Malaysia beroperasi di bawah pentadbiran PKD Hulu Langat memberikan perkhidmatan pesakit luar, kesihatan ibu dan anak, serta perkhidmatan sokongan seperti rehabilitasi, radiology (x-ray), pemakanan dan dietary, perkhidmatan sosial perubatan.
2. Kawalan Penyakit dan Persekitaran meliputi program kawalan penyakit berjangkit, kawalan penyakit bawaan vektor, kawalan penyakit TB/Kusta, kawalan HIV/AIDS, kesihatan persekitaran, kawalan mutu air minuman, bekalan air kesihatan awam dan sanitari (BAKAS), inspektorat dan perundangan.
3. Farmasi yang memberikan perkhidmatan ubat-ubatan di klinik-klinik di bawah pentadbiran PKD Hulu Langat.
4. Kualiti dan Keselamatan Makanan.

Berikut adalah golongan yang berisiko tinggi apabila cuaca panas.Segera dapatkan rawatan sekiranya rasa tidak sihat. Sum...
11/05/2026

Berikut adalah golongan yang berisiko tinggi apabila cuaca panas.

Segera dapatkan rawatan sekiranya rasa tidak sihat.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

11/05/2026

Sedang berlangsung sesi live XBreak Peringkat Negeri Selangor- Hepili Jom Sihat Let's XBreak. Terima kasih kepada tuan rumah daerah Hulu Langat- SK Bandar Bukit Mahkota, Bangi.

Adakah ibu bapa atau ahli keluarga anda berumur 60 tahun ke atas dan mempunyai salah satu daripada komorbid yang tersena...
10/05/2026

Adakah ibu bapa atau ahli keluarga anda berumur 60 tahun ke atas dan mempunyai salah satu daripada komorbid yang tersenarai?

Pastikan mereka dilindungi daripada risiko jangkitan Influenza melalui program imunisasi khas ini.

Dapatkan slot janji temu vaksinasi melalui

1️⃣ Janji temu melalui aplikasi MySejahtera
2️⃣ Janji temu terus di Klinik Kesihatan berhampiran
3️⃣ Walk-in ke Klinik Kesihatan KKM terpilih (tertakluk kepada stok harian).

Jangan tunggu lagi, lindungi warga emas kesayangan kita hari ini!



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

Adakah ibu bapa atau ahli keluarga anda berumur 60 tahun ke atas dan mempunyai salah satu daripada komorbid yang tersena...
09/05/2026

Adakah ibu bapa atau ahli keluarga anda berumur 60 tahun ke atas dan mempunyai salah satu daripada komorbid yang tersenarai? Pastikan mereka dilindungi daripada risiko jangkitan Influenza melalui program imunisasi khas ini.

Dapatkan slot janji temu vaksinasi melalui

1️⃣ Janji temu melalui aplikasi MySejahtera
2️⃣ Janji temu terus di Klinik Kesihatan berhampiran
3️⃣ Walk-in ke Klinik Kesihatan KKM terpilih (tertakluk kepada stok harian).

Jangan tunggu lagi, lindungi warga emas kesayangan kita hari ini!



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Denggi adalah antara pembunuh senyap yang mampu mengancam nyawa sekiranya tidak diambil tindakan drastik, khasnya bagi r...
08/05/2026

Denggi adalah antara pembunuh senyap yang mampu mengancam nyawa sekiranya tidak diambil tindakan drastik, khasnya bagi rawatan kepada individu yang bergejala.

Awasi waktu puncak gigitan nyamuk Aedes ketika menjalankan kegiatan di luar bersama keluarga khasnya antara 6:00 pagi hingga 8:00 pagi dan 6:00 petang hingga 8:00 malam.

Sumber : KKM

Pertusis atau Batuk Kokol bukan sekadar batuk biasa. Ia adalah jangkitan bakteria Bordetella pertussis yang menyerang si...
07/05/2026

Pertusis atau Batuk Kokol bukan sekadar batuk biasa.

Ia adalah jangkitan bakteria Bordetella pertussis yang menyerang sistem pernafasan dan berjangkit melalui cecair atau titisan daripada sistem pernafasan.

Gejala Batuk Kokol:-

➡️ Batuk berulang yang teruk dan berlarutan
➡️ Kesukaran bernafas
➡️ Muka menjadi biru kerana sukar bernafas
➡️ Bayi kurang menyusu dan lesu

⚠️ Bayi berumur kurang dari 5 bulan adalah golongan paling berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi serius jangkitan pertusis.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

06/05/2026

Betul ke V**e lagi selamat? 🤔
Ramai yang keliru antara mitos dan fakta tentang "asap" dan "wap" ni. Jom kita kupas tuntas bersama pakar dalam sesi Cakna Kesihatan: Hulu Selangor!
Kita bawakan khas Dr. Kanesh A/L Ramanathan untuk bincangkan tentang Akta 852 dan segala mitos yang kita selalu dengar. Jangan lepaskan peluang untuk fahamkan fakta sebenar demi kesihatan kita dan keluarga.

🗓 Tarikh: 14 Mei 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 11.45 AM - 12.45 PM
📍 Platform: Google Meet (Klik link di bawah atau imbas QR code di poster)

🔗 Link: meet.google.com/jou-rxtq-xrk
✅ CPD Point disediakan (1 Point)
✅ E-Slip disediakan

Jom ramai-ramai join! Share post ni dekat kawan-kawan dan family ya! 📢

JANGAN PERTARUHKAN NYAWA DEMI SEHIDANGAN CENDAWAN! 🍄🚫Tahukah anda? Lebih 95% kes keracunan cendawan berpunca daripada ke...
06/05/2026

JANGAN PERTARUHKAN NYAWA DEMI SEHIDANGAN CENDAWAN! 🍄🚫

Tahukah anda? Lebih 95% kes keracunan cendawan berpunca daripada kesilapan manusia dalam membezakan antara cendawan yang selamat dimakan dan cendawan beracun.

Rupa yang hampir sama bukanlah jaminan ia boleh dimakan.

Kenapa cendawan liar berbahaya?

➡️ Mengandungi toksin semulajadi
➡️ Memasak tidak menghapuskan racun
➡️ Sukar dibezakan dengan cendawan yang selamat dimakan

Satu kesilapan kecil boleh membawa maut.

Elakkan memetik cendawan liar jika tidak pasti ia selamat dimakan.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

Sebagai ahli keluarga dan komuniti yang prihatin, ayuh kita amalkan 4 langkah ini✅ Sentiasa ingatkan ahli keluarga untuk...
05/05/2026

Sebagai ahli keluarga dan komuniti yang prihatin, ayuh kita amalkan 4 langkah ini

✅ Sentiasa ingatkan ahli keluarga untuk minum air secara berkala, jangan tunggu dahaga
✅ Pantau golongan berisiko terutamanya bayi, kanak-kanak dan warga emas. Mereka lebih cepat terkesan dengan cuaca panas.
✅ Sebarkan maklumat dan kesedaran berkaitan haba kepada komuniti setempat.
✅ Kenali tanda awal dehidrasi dan strok haba. Segera bertindak jika mengalami gejala.

Sama-sama kita lindungi orang tersayang.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Sebagai ibu bapa dan ahli masyarakat yang prihatin, kita mahukan yang terbaik untuk kesihatan anak-anak. Tapi, tahukah a...
05/05/2026

Sebagai ibu bapa dan ahli masyarakat yang prihatin, kita mahukan yang terbaik untuk kesihatan anak-anak.

Tapi, tahukah anda mengapa imunisasi menjadi keutamaan dalam sistem kesihatan kita?

Berikut adalah 4 sebab utama mengapa imunisasi sangat diperlukan:

✅ Tiada jaminan bayi dan kanak-kanak akan sentiasa bebas daripada risiko penyakit cegahan vaksin tanpa perlindungan tambahan.
✅ Sistem Imuniti Belum Matang
✅ Melindungi daripada 13 jenis penyakit yang boleh dicegah
✅ Vaksin membantu menguatkan sistem imuniti individu, keluarga dan masyarakat

Jangan tunggu sehingga penyakit datang menyerang.

Lindungi masa depan mereka dengan imunisasi lengkap mengikut jadual yang ditetapkan oleh KKM.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

Address

Jalan Hentian 1B
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 05:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30

Telephone

0387367770

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share