26/06/2025
Salam Awal Muharam & Maal Hijrah, 1447 Hijriah dari Kami Anjung Kaunseling Keluarga ..
Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Surah An-Nisa: 100
Hijrah bukan sekadar perubahan tempat, tetapi perjalanan hati menuju kehidupan yang lebih tenang dan bermakna.
Setiap daripada kita sedang berhijrah โ
๐ Dari luka lama kepada pemulihan.
๐ Dari kekeliruan kepada kefahaman.
๐ Dari tekanan kepada ketenangan.
Di Anjung Kaunseling Keluarga, kami percaya bahawa setiap insan layak untuk bahagia, disayangi dan difahami.
Sempena Maal Hijrah ini, marilah kita bersama-sama melangkah ke arah keluarga yang lebih sejahtera, saling menyokong dan membina kasih sayang.
โจ Hijrah Diri, Pulih Hati
โจ Hijrah Keluarga, Pulih Kehidupan