10/03/2026
Ramai orang dengar perkataan “lemak tepu”, terus cop minyak sawit sebagai jahat.
Dalam masa yang sama, ramai juga anggap minyak zaitun macam lesen besar untuk makan tanpa risau.
Asal drizzle sikit atas makanan, terus rasa semuanya sihat.
Sebenarnya, sains tak semudah itu.
Minyak sawit bukan sama dengan racun.
Tetapi minyak zaitun juga bukan magik.
Apa yang membezakan dua minyak ini ialah komposisi lemak mereka.
Minyak sawit ada lebih banyak lemak tepu berbanding minyak zaitun.
Minyak zaitun p**a lebih kaya dengan lemak tak tepu, terutama lemak mono tak tepu, dan inilah antara sebab kenapa ia lebih mesra jantung.
Di sinilah ramai orang salah faham.
Masalahnya bukan sekadar “ada lemak tepu” lalu terus haram.
Masalah sebenar ialah bila pengambilan lemak tepu terlalu tinggi dalam corak makan harian, terutama bila ia datang sekali dengan makanan ultra proses, bergoreng, dan portion yang sukar dikawal.
Sebab itu, bila sains bandingkan minyak sawit dengan minyak yang lebih tinggi lemak tak tepu, minyak sawit cenderung memberi kesan kurang baik pada kolesterol LDL.
Tetapi itu tidak bermaksud setiap masakan guna minyak sawit automatik merosakkan kesihatan.
Mudah cakap begini.
Kalau anda tanya, antara minyak sawit dan minyak zaitun, mana lebih baik untuk kesihatan jantung?
Jawapannya, minyak zaitun.
Kalau anda tanya, adakah minyak sawit perlu dianggap musuh besar?
Jawapannya, tidak semudah itu.
Yang lebih penting ialah kekerapan guna, jumlah yang digunakan, cara memasak, dan apa lagi yang ada dalam pinggan anda setiap hari.
Kadang kadang orang terlalu fokus pada satu botol minyak, tetapi diam tentang air manis, snek ultra proses, portion nasi berlebihan, dan kurang bergerak.
Padahal itu semua juga sedang bekerja senyap senyap pada jantung kita.
Jadi, apa mesej paling jujur?
Minyak zaitun ada kelebihan yang lebih kuat dari sudut bukti kesihatan jantung.
Minyak sawit p**a tidak perlu dipanikkan seolah olah satu sudu terus membawa padah.
Tetapi kalau anda sedang cuba jaga kolesterol dan kurangkan risiko penyakit jantung, lebihkan minyak yang tinggi lemak tak tepu adalah langkah yang lebih bijak.
Bukan semua lemak tepu itu sama.
Bukan semua minyak tumbuhan itu setara.
Dan bukan semua yang viral tentang minyak itu tepat.