
31/10/2022
"Rasa senak, dah beberapa hari dekat mata kiri"
Saya menerima client yang mengadu matanya juling, rasa senak dan sakit di bahagian belakang leher.
Jujur, sepanjang saya dalam optometri, simptom rasa senak pada mata adalah perkara yang paling saya harap tidak berjumpa.
Bukan kerana tidak dapat jual cermin mata, tetapi tanda yang satu ini selalunya agakkan saya benar belaka, itu glaucoma.
Glaucoma adalah pencuri penglihatan yang senyap, mata yang asalnya normal boleh tiba-tiba buta.
Surat refer ke hospital dikeluarkan, client kami tenangkan dan berharap masih ada masa tersisa untuk matanya diselamatkan.
Kita berusaha, Dia menentukan.
Kepada Yang Maha Kuasa kami berserah.