03/05/2026
Dulu, saat aku dapat tahu bekas kekasih aku curang, dunia aku rasa gelap gelita. Aku balik ke rumah mak, menangis non-stop sebab hati ni rasa hancur macam kena pijak-pijak.
Mak aku cuma pesan, "Lepaskanlah dia. Orang dah tak nak, jangan dipaksa". Tapi masa tu, otak aku buntu. Macam mana nak lepaskan orang yang aku dah serahkan seluruh hidup aku? Kenapa dia dah tak sayang aku? Sakitnya rasa macam separuh nyawa dah pergi.
Walaupun masih sayang, aku pilih untuk noktahkannya. Sebagai perempuan, kita kena tahu garisan maksima yang mencalar harga diri kita. Aku paksa diri terima aturan Tuhan walaupun masa tu aku tak faham—kenapa aku? Tak layakkah aku bahagia macam orang lain?
Tapi betul kata orang, apa yang kita nak tak semestinya yang terbaik untuk kita. Allah tarik dia daripada hidup aku untuk bentuk versi diri aku yang baru dan berikan apa yang selayaknya untuk aku.
Kini, selepas lebih 10 tahun, segala rasa marah tu dah hilang. Aku hidup jauh lebih bahagia sekarang. Aku tak perlu lagi nak 'second guess'—betul ke dia pergi meeting? Betul ke dia tak contact perempuan tu lagi?
Bila aku mula menerima aturan Tuhan, hidup aku jadi sangat tenang. Dari tak ada apa-apa, kini aku ada banyak sangat benda untuk disyukuri.
Aku sangat percaya, bila kita serahkan segala-galanya bulat-bulat pada Dia, segalanya akan kembali tersusun cantik. Sebab Dia kan Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Percayalah, bila kita lalui ujian yang berat, ikut sajalah 'flow' yang ditetapkan, kerana hujungnya pasti ke tempat yang lebih baik.