Nextage Pharmacy

Nextage Pharmacy Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Nextage Pharmacy, Pharmacy / Drugstore, No 6, Jalan Seri Putra 3/10, Bandar Seri Putra, Kajang.

  ↩️ Terawat & jeragat
11/09/2025

↩️ Terawat & jeragat

10/09/2025

Kerusi kosong di hujung pusat dialisis itu bukan kerana tiada pesakit, tapi kerana seorang tidak kembali. Mesin masih berbunyi, jarum masih menusuk lengan pesakit lain, darah masih berpusing dalam tiub lutsinar. Di luar kaca, seorang anak kecil melambai perlahan pada ayahnya yang terikat empat jam setiap sesi. Mereka dah hafal tempoh menunggu, tiga kali seminggu, tanpa gagal.

Lelaki itu dulu sihat. Umur baru empat puluh. Kerja kuat, badan tegap. Sakit belakangnya ditelan dengan pil tahan sakit yang dibeli macam gula-gula. Air kosong? “Minum sikit pun cukup,” katanya. Malam ada mi segera, hujung minggu ayam goreng, air manis jadi kebiasaan. Dia tak pernah terfikir dua organ kecil dalam tubuhnya sedang reput perlahan-lahan.

Sampai satu hari muka jadi sembap. Kaki berbekas bila ditekan. Kencing berbuih macam sabun. Dia fikir itu penat. Hospital fikir itu amaran. Bila akhirnya buat ujian darah, doktor hanya menggeleng.
“Buah pinggang encik dah rosak. Dan benda ini, takkan pulih.”

Itu realiti paling pedih. Buah pinggang yang gagal takkan sembuh semula. Dialisis hanya meminjam masa. Transplant mungkin beri peluang, tapi barisan panjang, kos tinggi, penderma jarang. Antara mesin dan transplant, jawapan paling ramai takut dengar ialah tanah.

Hari ini, hampir 1 daripada 7 rakyat Malaysia ada penyakit buah pinggang kronik. Pada 2011, peratusnya hanya 9%. Pada 2018, naik jadi 15.48%. Itu lebih lima juta rakyat. Setiap tahun, lebih 9,000 orang baharu mula dialisis, cukup untuk penuhkan sebuah stadium kecil. Dari hanya 6,702 orang pada tahun 2000, kini hampir 40,000 orang hidupnya terikat pada mesin. Jika trend ini berterusan, menjelang 2040 lebih 106,000 rakyat Malaysia akan bergantung pada dialisis untuk hidup.

Dan puncanya? Bukan semata-mata diabetes atau darah tinggi. Kadang-kadang perkara remeh yang kita anggap biasa: pil tahan sakit yang ditelan hari-hari, makanan segera yang penuh garam, air kosong yang disekat sebab sibuk, herba dan suplemen yang kononnya selamat, rokok dan v**e yang merosakkan salur darah halus. Semua itu nampak kecil, tapi perlahan-lahan membunuh.

Dialisis bukan pengakhiran, tapi bukan juga kehidupan yang sama. Bayangkan empat jam duduk di kerusi, tiga kali seminggu, jarum besar menusuk vena, darah berpusing keluar masuk. Bayangkan anak kecil yang membesar di luar pintu pusat dialisis, menunggu mak ayahnya selesai. Bayangkan kerja terpaksa ditinggalkan, percutian dilupakan, hidup diikat pada jadual mesin.

Satu soalan yang selalu berulang, “Doktor, kalau saya jaga betul-betul lepas ni, boleh baik balik ke?” Dan jawapannya tak pernah berubah. Tidak. Buah pinggang yang gagal tidak akan kembali normal.

Kita selalu rasa tragedi berlaku pada orang lain. Sampai satu pagi kita bangun dengan muka sembap. Sampai satu petang kita berjalan dengan badan yang pelik letihnya. Sampai satu malam buih di mangkuk tandas tak hilang. Sampai satu hari kertas darah keluar dengan angka yang menghukum.

Kerusi kosong di hujung pusat dialisis itu mungkin esok giliran siapa?

Sanggupkah anda biarkan hidup anda dimiliki mesin, hanya kerana hari ini anda terlalu malas minum air kosong?

10/09/2025

MsTeen ni kira all-in-one untuk remaja perempuan. 👍 Dia bagi tenaga, bantu tulang kuat, kulit pun nampak sihat glowing. Nutrisi cukup, badan rasa ringan je, mood pun happy. Senang cerita, makan ni keyakinan terus naik sebab rasa lebih sihat luar dalam.

MV21 ni p**a macam backup power harian, bagi tenaga, buat badan tak cepat penat, dan support imun supaya tak mudah jatuh sakit. Dalam dia penuh dengan vitamin & mineral penting untuk kekal cergas, fokus pun steady. Senang cerita, kalau hari panjang gila pun masih boleh layan sebab badan rasa ringan dan minda on point.

Dapatkan di sempena Promosi Minggu Merdeka

📍 Bdr Seri Putra : https://wa.me/60146268769
📍 Prima Saujana : https://wa.me/601159791394
📍 Mutiara Heights : https://wa.me/601159791396
📍 Nilai Impian : https://wa.me/60146438769

Rakan serumah ❌ Rakan sekerja ✅Apabila staff sihat, syarikat jadi lebih produktif ✌ Kalau setiap hari ada staff yg MC, k...
09/09/2025

Rakan serumah ❌ Rakan sekerja ✅

Apabila staff sihat, syarikat jadi lebih produktif ✌ Kalau setiap hari ada staff yg MC, kerja sikit jadi penat, ada sakit berulang.. syarikat akan jadi kurang produktif 😞 Setiap orang perlu tahu apakah yang mengganggu tahap kesihatan mereka dgn buat saringan.

Team Jelajah Sihat boleh dtg ke institusi pendidikan atau mana2 syarikat yang memerlukan untuk kami sampaikan ceramah kesedaran kesihatan, lakukan saringan kesihatan dan konsultansi mengikut tahap kesihatan masing2.

Staff sihat, happy. Kerja pun akan lancar dan laju 👍

Syarikat yang berminat boleh hubungi kami untuk membuat tempahan tarikh & maklumat lanjut.

Minggu lepas,   berpeluang buat satu sesi ceramah kesihatan bersama anak-anak kecil di sebuah prasekolah. Bukanlah ceram...
09/09/2025

Minggu lepas, berpeluang buat satu sesi ceramah kesihatan bersama anak-anak kecil di sebuah prasekolah. Bukanlah ceramah sangat pun, kita bagi macam cerita sahaja bagi mereka seronok. Memang pengalaman yang lain daripada biasa sebab kena explain pasal kesihatan dalam bahasa yang mereka mudah faham.

👶 Budak-budak ni walaupun kecil, tapi semangat nak belajar memang tinggi. Bila cerita pasal makanan sihat, semua terus excited nak jawab soalan. Gelagat jujur macam ni buat sesi tu jadi meriah, sebab mereka betul-betul curious nak tahu pasal kesihatan.

💡 Apa yang bestnya, anak-anak ni bagi vibe positif. Mula2 je malu hehe. Mereka ingat farmasi ni tempat beli ubat je, tapi bila kita tunjuk yang farmasi juga tempat cari ilmu kesihatan, terus nampak mereka lebih faham.

🤲 Terima kasih pada pihak prasekolah yang jemput kami. Harap kerjasama macam ni dapat diteruskan lagi. Sama-sama kita bina generasi kecil yang lebih sihat dan ceria! 🌟

Ada sorang ibu ni umur 60an dulu aktif je, rajin masak utk anak cucu. Satu hari batuk tak berhenti, ingatkan biasa2 je… ...
08/09/2025

Ada sorang ibu ni umur 60an dulu aktif je, rajin masak utk anak cucu. Satu hari batuk tak berhenti, ingatkan biasa2 je… rupanya radang paru2. makin lama makin teruk, nafas pendek, badan cepat lemah. Doktor ckp oksigen low, kena guna oxygen concentrator.

Family dia bukan orang senang. Nak beli mesin memang tak mampu. So diorg utk sewa. Mula2 ibu ni segan, asyik ckp “mak susahkan semua orang”. Tapi bila mesin tu jalan, nafas dia makin ok. muka lega, suara pun ada tenaga sikit.

Hari2 seterusnya jadi moment berharga. Dia boleh duduk ruang tamu, dengar cucu main, borak sikit2 sambil senyum. anak dia ckp, “kalau takde mesin ni, entah macam mana mak boleh bertahan.”

Lepas beberapa minggu rawatan + sokongan family, doktor check balik. Alhamdulillah paru2 makin pulih. Sekarang ibu tu dah tak perlu bergantung sepenuhnya pada mesin. dah boleh masak simple2 utk cucu, walaupun slow2. family rasa macam dapat mak balik.

Sakit boleh datang bila2. dari batuk biasa je boleh jadi radang paru2 yang serius. Belajarlah bersyukur sentiasa & jaga kesihatan. Nafas yg senang hari ni, esok mungkin kita rindu. ❤️

Mesin Oxygen Concentrator ni ada di kedai, boleh disewa kalau ada siapa2 perlukan ✅

Apa beza awak dengan gerhana bulan? Gerhana datang sekali sekala, awak muncul hari-hari dalam mimpi saya 😘Malam ini gerh...
07/09/2025

Apa beza awak dengan gerhana bulan? Gerhana datang sekali sekala, awak muncul hari-hari dalam mimpi saya 😘

Malam ini gerhana bulan.. waktu puncak 2pagi. Jangan tengok lama sangat, esok kerja pagi 😁

Dulu masa kecik, hidup keluarga saya bukannya senang. Ayah kerja biasa, mak suri rumah, kami adik-beradik ramai. Nak mak...
06/09/2025

Dulu masa kecik, hidup keluarga saya bukannya senang. Ayah kerja biasa, mak suri rumah, kami adik-beradik ramai. Nak makan lauk mewah tu memang jarang sekali.

Antara sayur paling kerap ada atas meja ialah taugeh. Murah, senang masak, cepat siap. Kadang-kadang mak cuma goreng taugeh dengan kicap dan bawang putih saja.

Saya masa tu tak faham kenapa hampir tiap hari makan taugeh. Kadang-kadang sampai rasa jemu. Kawan-kawan sekolah siap gelak bila nampak bekal nasi saya ada taugeh lagi.

Tapi mak selalu cakap, “Tak apa, yang penting kita makan sama-sama. Taugeh pun ada vitamin, boleh buat badan sihat.” Walaupun ringkas, ayat tu bagi rasa lega.

Ada satu hari, jiran sebelah rumah baik hati bagi lauk ayam masak merah. Kami kongsi sama-sama, tapi mak tetap masak taugeh sebagai pelengkap. Masa tu saya nampak betapa mak cuba seimbangkan rezeki yang ada.

Lama-lama saya sedar, taugeh tu sebenarnya lambang kesabaran dan kekuatan mak. Walaupun murah dan nampak biasa, tapi dia mampu kenyangkan kami sekeluarga.

Bila dah besar dan kerja, barulah saya tahu harga sebenar taugeh tak pernah berubah banyak. Tapi maknanya dalam hidup saya berubah.

Setiap kali makan taugeh sekarang, terus teringat balik zaman susah dulu. Ingat muka mak yang senyum walau penat, ingat suasana makan ramai-ramai dengan lauk sederhana.

Kadang-kadang rasa sebak bila fikir, dulu taugeh jadi tanda hidup susah. Tapi sekarang bila mampu makan macam-macam, taugeh tetap rasa paling istimewa sebab penuh kenangan.

Kalau orang lain pandang taugeh sebagai sayur murah, saya pandang taugeh sebagai simbol kasih sayang mak dan bukti bahawa walau susah macam mana pun, kami tetap boleh rasa cukup bila ada bersama. 🥰

Copy paste :  "Ironinya hidup, gula yang bawa mudarat jadi kegilaan, tapi nasihat untuk jaga badan tak siapa nak dengar....
06/09/2025

Copy paste : "Ironinya hidup, gula yang bawa mudarat jadi kegilaan, tapi nasihat untuk jaga badan tak siapa nak dengar. Bila dah sakit baru menyesal dan salahkan ubat.”

Address

No 6, Jalan Seri Putra 3/10, Bandar Seri Putra
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 09:00 - 21:00
Tuesday 09:00 - 21:00
Wednesday 09:00 - 21:00
Thursday 09:00 - 21:00
Friday 09:00 - 21:00
Saturday 09:00 - 21:00
Sunday 09:00 - 21:00

Telephone

+60164448768

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nextage Pharmacy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram