Klinik Famili By Syafaat Medical - Taman Kajang Impian

Klinik Famili By Syafaat Medical - Taman Kajang Impian Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Klinik Famili By Syafaat Medical - Taman Kajang Impian, Medical and health, Kajang.

Klinik Famili By Syafaat Medical - Taman Kajang Impian, Bandar Baru Bangi

Beroperasi Setiap Hari Termasuk Cuti Umum
8:30 pagi - 10:30 malam
Tel: 03- 89253971
E-mail: klinikfamili.syafaatmedical@gmail.com

S**a berbasikal? Ikut trend atau atas sebab kesihatan?A study shows berbasikal terlalu lama akan mengurangkan kualiti da...
25/07/2025

S**a berbasikal?
Ikut trend atau atas sebab kesihatan?

A study shows berbasikal terlalu lama akan mengurangkan kualiti dan kuantiti sperma. Bilangan sikit daripada normal, bentuk sperma yang tak normal contohnya berkepala dua, tidak berkepala, berkepala kecil, berkepala panjang, berekor dua, berekor pendek, ekor bergulung-gulung atau tidak berekor. Ini terjadi mungkin kerana tekanan pada saddle basikal, microtrauma, suhu terlalu tinggi di area tesebut, pemakaian seluar yang terlalu ketat dan sebagainya.

Suhu tinggi juga terguna pakai untuk chefs ya. Hati-hati chefs lelaki yang bekerja di dapur yang panas/ grilling area yang panas.
Bukan hanya berbasikal, mereka yang gemar high intensity exercise juga memberi impak negatif kepada kualiti sperma. Kajian menunjukkan mereka yang berlari >104km / minggu dan berbasikal > 300 km / minggu menunjukkan kesan negatif kepada kualiti dan kuantiti sperma.

Study yang sama juga menunjukkan atlet2 wanita juga mengalami impak kesihatan seperti tidak datang haid selama berbulan-bulan, kemerosotan paras hormon thyroid, dan kemerosotan bone mineral density atau lebih dikenali sebagai osteoporosis. Ini bukanlah disebabkan oleh exercise tersebut, tetapi lebih tepat dikatakan indirect effect secondary to under nutrition atau low energy availability. Nak kurus cepat so makan sikit sangat tapi buat aktiviti terlalu berat.

So.. Moderation is key kan?
And, kalau baru mula nak exercise intensively, know your body, jangan go beyond your limit.
Dont overtrain.
Tau kan intensive exercise with dehydration bole rosakkan buah pinggang juga?

KLINIK FAMILI KAJANG IMPIAN

23/07/2025

Cikgu tanya anak jenis darah apa?
Jom cek jenis darah anak di Klinik Famili !
Ibu bapa pun boleh cek jenis darah sekali ya.

https://wa.me/60138080589

Sebab semalam admin pegi kursus Kesihatan Reproduktif, harini kita share kan sikit mengenai  kadar kesuburan negara yang...
23/07/2025

Sebab semalam admin pegi kursus Kesihatan Reproduktif, harini kita share kan sikit mengenai kadar kesuburan negara yang kita sayangi, Malaysia.

Mengikut statistik dan data, kadar kesuburan rakyat malaysia ni, in our 70's ialah 4.9. (Maksudnya satu wanita lahirkan lebih kurang 5 orang anak). Pada tahun 2000, kadar kesuburan rakyat Malaysia dah kurang mendadak ke 1.7 , dan by 2022, kadar kesuburan turun lagi sampai 1.6 (seorang wanita melahirkan 1- 2 orang anak sahaja). Dan dengan kadar kesuburan sekarang, dianggarkan Malaysia akan menjadi negara tua by 2030.
2030? Eh 5 tahun je lagi tu..

What is negara tua?
Negara yang mempunyai peratusan penduduk berusia 65 tahun keatas yang tinggi.
Siapa contoh negara tua? Jepun. Jepun sudah menjadi negara tua setelah sekian lama. Menurut akhbar Japan Times, seorang daripada 5 orang penduduk Jepun adalah berusia 70 tahun atau lebih. Jumlah populasi semakin rendah, kadar tenaga buruh yang rendah, pembayar cukai juga rendah, tetapi kos persaraan warga tua semakin meningkat.

Tetapi Jepun ada teknologi yang hebat. Teknologi dan robot-robotnya mampumenggantikan manusia untuk bekerja. Kita ?
Penjagaan warga tua kita juga bagaimana? Hospital- hospital kerajaan di Malaysia sudah sesak, most medical cards juga terhenti apabila sudah sampai umur emas.

Warga tua sinonim dengan pengurangan keupayaan deria, cenderung untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan, dan mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh daripada penyakit. Bersediakah kita rakyat Malaysia untuk menghadapi hari tua kita.

Ingat tak video2 yang kita lihat - banyak warga tua jepun yang telah mereput dirumah keseorangan? Terlalu banyak, malah ribuan orang telah ditemui meninggal keseorangan di rumah sendiri.

Kesimpulannya?
Untuk yang masih muda remaja, berkahwinlah dan tambahkan bilangan keluarga.
Yang sudah berkahwin dan masih tidak mahu menimang cahaya mata, usah tangguhkan.
Yang ada masalah kesihatan, seek for help. We are here for you.
Untuk yang sudah atau bakal menginjak usia emas, jagalah kesihatan sebaiknya, sediakan simpanan selayaknya. Masa hadapan kita tidak tahu bagaimana.

Tingkatkan kesuburan dengan tambahkan antioksidan dalam diet seharian. Sayuran, kekacang, buah-buahan, ikan. Supplements? Tambahkan Vitamin D, vitamin E, Co Q 10.

Gula ? Big NOOOOO

KLINIK FAMILI KAJANG IMPIAN

21/07/2025
Anda berumur 40 tahun ke atas?Dan seorang pencarum aktif PERKESO?Anda layak untuk menjalani pemeriksaan kesihatan secara...
06/06/2025

Anda berumur 40 tahun ke atas?
Dan seorang pencarum aktif PERKESO?
Anda layak untuk menjalani pemeriksaan kesihatan secara percuma!

Muat turun aplikasi SEHATI untuk menyemak kelayakan anda!

Klinik Famili Kajang Impian

Jerawat? ewwwwwKenapa jerawat muncul?Banyak faktor. Banyak sangat pengeluaran sebum daripada kelenjar sebum, adanya kuma...
03/06/2025

Jerawat? ewwwww
Kenapa jerawat muncul?

Banyak faktor.

Banyak sangat pengeluaran sebum daripada kelenjar sebum, adanya kuman bakteria pada kelenjar, faktor umur (paling tinggi pada umur muda remaja 15-17 tahun), jantina lelaki, sejarah keluarga, BMI overweight/ obese, s**a makan makanan manis, kurang makan sayur dan buah, kurang makan ikan.

Take note, fast food dan processed food, terlalu banyak minum susu juga menyumbang pada banyaknya jerawat ye.

Makan kacang on the other hand, TIDAK menyumbang kepada jerawat.

Ada juga mereka yang terlebih banyak hormon lelaki, yang menyumbang kepada masalah ni, girlsss, please exclude PCOS kalau ada banyak sangat jerawat ya. Terlalu banyak jerawat is one of the symptom of PCOS.

What to do ?

Mulakan dengan ubat sapu.

1/ benzoyl peroxide (eg: BENZAC)
pakai sekali sehari
pastikan rajin pakai moisturizer

2/Retinoids- sama ada tretinoin atau adapalene- banyak brand, ada differin, T3, some by mi
retinoids pakai malam shj
elak kena matahari
pakai thin layer only
jika berlaku keradangan, berhenti dulu, then mula balik tapi pakai selang sehari
kena rajin pakai moisturiser
kena pakai sunblock/ pakai payung atau topi when exposed to sunlight
combination both benzoyl dan retinoid akan bagi better outcome
pregnant tak boleh pakai

3/ Krim antibiotik clindamycin/ erythromycin/ minocycline- T3, axcel, erythrogel
jangan guna krim antibiotik shj, use in combination with benzoyl / retinoid

4/ azelaic acid
kurang berkesan jika dibandingkan dengan benzoyl peroxide/ retinoids

5/ Salicylic acid
boleh gunakan yg ni dalam bentuk pencuci muka lagi senang!

6/ Sabun sulfur - banyak brand kat farmasi
antibacterial, guna harian untuk cuci muka

Kalau tak jalan juga atau jerawat teruk sangat, visit your doctor and get oral antibiotics. Ubat makan antibiotik ni akan ambil masa lama, dalam 3bulan, baru akan nampak effect pada jerawat.

So adik2 remaja, jom fight jerawat!

Klinik Famili Kajang Impian

'Eeeiii sakitlah masuk mulut itik tu.''Isk taknak lah segan la nak buat..''Nantila buat.. zaman nenek2 kita dulu takde p...
28/05/2025

'Eeeiii sakitlah masuk mulut itik tu.'

'Isk taknak lah segan la nak buat..'

'Nantila buat.. zaman nenek2 kita dulu takde pun nak buat semua-semua ni sihat je dorang!'

Zaman dah berubah..

Kalau kita boleh cegah kanser why not kan.

Masuk mulut itik sikit dan ambil sampel kat dalam pangkal rahim.

Kalau result elok hanya perlu ulang setiap 3 - 5 tahun sekali je, bukan nak suruh ambil setiap tahun pun.

Lagi elok kalau ambil sekali dengan ujian HPV.

Sampel tempat yg sama je. Mulut itik yang sama, tak perlu buat 2 kali pun.

HPV ni virus.

Banyak kes kanser pangkal rahim berpunca daripada virus ni.

Virus ni ada banyak jenis.

Ada certain type je virus ni yang boleh menyebabkan kanser.

Dan bukan sekali kena virus ni terus kena kanser tau.

Virus ni ambil masa bertahun2 nak bertukar menjadi kanser.

Jadi yg kita ambil sampel ni, kalau positive, kita boleh terus buang virus ni dan elak kanser pangkal rahim.

Sekarang anak2 remaja perempuan kita dah dapat vaksin HPV percuma masa tingkatan 1 kat sekolah. Terima kasih KKM!

Maka kuranglah risiko bila dah dapat vaksin ni.

Jadi.. meh ramai2 buat ujian pap smear kat Klinik Famili.

Kita set appointment, doktor perempuan yang attend. Semua staff pun perempuan. Jangan risau.

Yang boleh buat under pemeriksaan kesihatan percuma PERKESO lagilah dialu- alukan. Buat pap smear free je.

Jom pm kita https://wa.me/60138080589

Tau tak kenapa pengusaha kedai makan / pekerja kedai makan perlu cucuk vaksin tifoid? Kuman salmonella penyebab tifoid/ ...
27/05/2025

Tau tak kenapa pengusaha kedai makan / pekerja kedai makan perlu cucuk vaksin tifoid?

Kuman salmonella penyebab tifoid/ orang kampung kata demam kepialu ni boleh masuk dalam badan kita melalui makanan/ air yg tak bersih.

Kita boleh demam, cirit birit, sakit perut yang berpanjangan.
Cirit bukan cirit biasa ya, penyakit ni teruk banyak membawa maut.

Di malaysia, kerajaan kita dah wajibkan semua pengusaha makanan ambil vaksin ni, dan kebersihan air negara kita sangat baik.
Sebab tu kita jarang dengar org kena sakit ni.

Di negara sebelah2 kita, contohnya India, Pakistan, Indonesia, Vietnam, Bangladesh, kadar kematian daripada penyakit ni masih tinggi. Sangat bahaya, lebih2 lagi untuk kanak2 dan warga tua.

So korang yg nak travel ke negara2 ni pun, patutnya ambil vaksin ni untuk cegah komplikasi teruk kalau terkena jangkitan ni kat sana.

So...
Bos2 yang nak buka restoran, kedai kopi, warung, cafe, bazar ramadhan, jual goreng pisang tepi jalan... meh datang klinik ambil vaksin tifoid ni.

Untuk korang yang travel pun, roger2 je kita kat Klinik Famili ya.

** Hubungi klinik kalau pekerja anda ramai, kita boleh kow tim harga murah2! **

Berita baik buat semua penerima STR! Klinik Famili Kajang Impian kini telah  berdaftar sebagai salah satu klinik buat Sk...
24/05/2025

Berita baik buat semua penerima STR!

Klinik Famili Kajang Impian kini telah berdaftar sebagai salah satu klinik buat Skim Perubatan MADANI.

JOM DAPATKAN RAWATAN PERCUMA !!!

VAKSIN INFLUENZA Q:     Perlu ke ambil vaksin influenza setiap tahun?A:     Tidak wajib, tapi ambil lebih baik.Q:     Ap...
23/05/2025

VAKSIN INFLUENZA
Q: Perlu ke ambil vaksin influenza setiap tahun?
A: Tidak wajib, tapi ambil lebih baik.

Q: Apa beza demam influenza dengan demam selsema biasa?
A: Simptom batuk selsema disebabkan virus influenza biasanya lebih teruk dan lebih lama untuk pulih.

Q: Apa bahaya virus influenza?
A: Boleh membawa kepada pneumonia, radang pada jantung, masalah neurologi, kemas**an ke wad, dan worst case scenario, kematian. Komplikasi boleh berlaku terutamanya kepada kanak-kanak, warga tua, dan mereka yang menghidap penyakit kronik.

Q: Siapa yang perlu ambil vaksin influenza?
A: Kanak-kanak 6 bulan - 5 tahun, warga emas > 60 tahun, mereka yang menghidap penyakit kronik.

Q: Adakah vaksin berkesan melindungi daripada terkena virus influenza?
A: Kajian mendapati pengurangan sebanyak 50-60% kadar terkena jangkitan

Q: Berapa kali saya perlu mengambil vaksin ini?
A: Untuk kanak-kanak berumur 6 bulan - 9 tahun yang tidak pernah mengambil vaksin, sebanyak 2 dos perlu diambil pada tahun pertama, dan satu dos setahun untuk tahun berikutnya. Orang dewasa hanya perlu mengambil 1 dos setiap tahun.

Q: Selepas vaksin, berapa lama vaksin akan bertindak melindungi badan kita ?
A: 2 minggu. Perlindungan adalah pada tahap paling optimum 3-4 bulan selepas vaksin dicucuk.

Q: Saya mengandung. Bolehkah saya mengambil vaksin influenza?
A: Vaksin influenza selamat diambil pada semua peringkat kehamilan .

Q: Saya sedang menyus**an anak. Bolehkan saya mengambil vaksin ?
A: Boleh. Antibodi ibu akan diberikan kepada anak melalui susu ibu dan akan melindungi anak daripada jangkitan.

Address

Kajang

Opening Hours

Monday 08:30 - 22:00
Tuesday 08:30 - 22:00
Wednesday 08:30 - 22:00
Thursday 08:30 - 22:00
Friday 08:30 - 22:00
Saturday 08:30 - 22:00
Sunday 10:30 - 18:00

Telephone

+60138080589

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Famili By Syafaat Medical - Taman Kajang Impian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Famili By Syafaat Medical - Taman Kajang Impian:

Share

Operating Hours

Kami beroperasi setiap hari termasuk cuti umum

Dari 8:30am hingga 1130:pm

We are open everyday including public holidays

From 8:30am - 11:30pm