19/11/2018
Sebab tu bila pharmacist tanya utk dewasa atau kanak2, kena jawab betul2...tanya bukan saja2..tanya ada sebab. Bukan salah pharmacist yang menjual kerana ia kategori poison C, tak perlu kepada preskripsi.
[ALERT] Ubat Dewasa BUKAN Untuk Kanak-Kanak!
Seorang kanak kanak berusia 2 tahun dikejarkan ke hospital setelah mengalami kesukaran untuk bernafas.
Terlebih dahulu, ibunya telah memberikan beberapa biji tablet Lomotil (ubat untuk menghentikan diarhea/cirit-birit untuk dewasa) yang sebenarnya dibeli untuk diri ibunya sendiri sebelum ini.
Keadaan mangsa terlalu kritikal, kesan keracunan mengakibatkan mangsa mengalami kesukaran untuk bernafas. Keadaan ini mengakibatkan bekalan oksigen ke otak terhenti. Mangsa GAGAL diselamatkan dan disahkan maut.
Ini merupakan kes yang terjadi akibat keracunan ubat-ubatan di kalangan anak kecil.
Fast Fact Mengenai Lomotil
☑ Lomotil atau Atropine & Diphenoxylate merupakan ubat cirit-birit.
☑Ubat ini dikelaskan bawah kategori C yang boleh dipreskrib dan didispens oleh ahli farmasi yang mempunyai lesen A di bawah Akta Racun 1952.
☑Pemberian ubat cirit-birit yang mengandungi diphenoxylate, loperamide dan kaolin kepada kanak-kanak tidak dibenarkan dan direkomendasikan mengikut Protokol Pediatrik Malaysia.
Bolehkah kejadian malang ini dicegah?
1⃣Ubat-ubat yang dibeli dan ditujukan terhadap pesakit golongan dewasa TIDAK harus diberikan kepada kanak-kanak tanpa melalui rundingan dengan doktor atau ahli farmasi.
2⃣JANGAN beri ubat cirit-birit yang mengandungi diphenoxylate, loperamide, dan kaolin kepada kanak-kanak.
3⃣ JUJUR semasa mendapatkan/membeli ubat-ubatan.
Maklumat penting berkenaan pesakit, seperti umur, jantina, berat badan (khususnya kanak-kanak), gejala dan simptom yang ada serta sejarah perubatan pesakit harus diberikan sebelum mendapatkan rawatan ubat-ubatan.
4️⃣ JANGAN KONGSI
Ubat-ubat tidak harus dikongsi sesama kawan dan ahli keluarga – mana-mana individu yang mengalami simpton dan gejala yang seakan-akan sama harus mendapat rawatan yang sah secara berasingan.
5️⃣ PATUH kepasa arahan
Pesakit dan penjaga harus memahami regim ubat yang diberikan secara jelas, termasuk nama ubat, dos, frekuensi, indikasi rawatan, cara-cara dan waktu pengambilan yang betul, serta identiti pesakit yang harus mengambil ubat-ubatan tersebut tanpa sebarang andaian.
6️⃣ BERTANYA untuk kepastian
Sebelum meninggalkan klinik atau farmasi, wajar sekiranya arahan pengambilan ubat dapat diterangkan semula oleh pesakit atau penjaganya kepada ahli farmasi atau doktor untuk memastikan maklumat yang diterima adalah jelas dan tepat.