20/04/2026
Apabila berlakon pakar tetapi 'kaya'. Yang betul-betul pakar p**a masih 'miskin'.
Ini gambar screenshot sebenar daripada laman web seseorang.
74,000 US Dollar sebulan daripada 'merawat' pesakit trauma, tanpa sebarang latar belakang sahih dan profesional.
Menakutkan dan merisaukan.
---
Dalam dunia media sosial hari ini, wujud fenomena yang semakin trending.
Individu yang dilihat sebagai “pakar” boleh membina pengaruh yang besar, walaupun latar belakang profesional mereka tak jelas, malah tak wujud kepakaran itu pun.
Orang kampung saya panggil "Palatao."
Tetapi sebab mereka pandai bercakap, menulis, bersuara dll, maka wujud masyarakat yang tertawan hati untuk ikuti dan jadi pembaca setia (dan akhirnya menjadi pelanggan).
Saya dah lama perhatikan seseorang di medial sosial ini, dan ambil tahu apa 'game' dia main. Bukan orang Malaysia, tetapi luar negara.
Dia ketengahkan diri sebagai pakar perawat trauma kanak-kanak dengan pelbagai istilah seperti,
- Inner child healing
- Underdeveloped nervous system
- Rewire your brain wound
dan macam-mana lagi nama yang nampak hebat, canggih dan legit. Sampaikan orang biasa boleh percaya.
Media sosialnya dipenuhi pelbagai video pendidikan tentang merawat trauma, berhadapan keluarga toksik, dan macam-macam lagi 'pain points' disentuhnya.
Yang bagusnya?
Dia rajin buat post penulisan, video podcast, shooting sana sini, sehingga menampakkan dia memang betul-betul pakar bidang ini.
TETAPI.
Setelah betul-betul siasat, langsung tak ada apa-apa kelayakan profesional dalam psikologi, kaunseling, psikiatri atau seumpamanya.
Hanya menonjolkan diri sebagai "Inner Healing Self-Help Guru", dengan jenama dibawa berkaitan trauma kanak-kanak.
Target audiens? Orang dewasa yang ada isu ini.
Perkara ini merisaukan sebenarnya.
Sebab masyarakat ada yang memilih untuk ke arah golongan 'pakar palsu' sebegini, kerana paras rupa dan jenama dibawa di media sosialnya melihatkan diri seperti pakar yang sebenar.
Lebih merisaukan, dia juga menawarkan servis rawatan secara peribadi!
Tetapi dia tak namakan 'kaunseling', 'terapi', 'konsultasi' dan sebagainya, sebab dia sendiri pun tahu dia bukan pakar dan susah untuk guna istilah legit begitu.
Nama yang digunakannya, lebih vague dan 'selamat', seperti
- Healing session
- Guide With Me
- Let's Talk Privately
Dan macam-macam lagi nama samaran diberikan.
Bayangkan, hampir 500 orang mendaftar keahlian beliau, dengan harga 150 US dollar sebulan untuk seorang.
Jumlah pendapatannya sekitar 74,000 US Dollar sebulan!
Tambah merisaukan, video-video yang dibuat olehnya,
Sekilas pandang nampak menarik, dan tepat pada hati si penonton (siap praktikal dll). Tetapi apabila diperhatikan betul-betul,
- Sangat simplistik, satu teori tetapi generalize semua
- Over validation, ibarat kita langsung tak salah, 100% salah ibu bapa sahaja
- Banyak bermain kata-kata manis, sehingga kita yang ada isu ini, mudah terpujuk dan rasa nak komen/follow
Pandangan saya, untuk isu ini:
1. Hati-hati dengan ilmu terapi, trauma dll. Ia satu ilmu yang kompleks dan bukan boleh diolah dalam video 2-3 minit. Berhati-hati dengan konten yang terlalu “sedap didengar”.
2. Sentiasa rujuk kepada mereka yang pakar dalam sesuatu bidang. Dan pakar itu mestilah yang sahih, bukan nampak seperti pandai semata-mata
3. Semak latar belakang individu yang beri pandangan atau pendidikan dalam bidang profesional ini. Kelayakan, latihan, dan pengalaman klinikal memainkan peranan penting dalam memastikan rawatan yang diberikan itu selamat dan beretika.
4. Media sosial ini dipenuhi dengan pelbagai filter, highlights, topeng, yang berpotensi untuk menipu kita. Berhati-hati. Bukan semua yang kita nampak di media sosial itu betul.
PENUTUP:
Golongan pakar yang sebenar, kebanyakan kami sibuk dengan kerja-kerja hakiki di lapangan untuk berhadapan pesakit.
Sama ada di klinik kesihatan, hospital kerajaan/swasta, pusat psikologi kaunseling dan sebagainya.
Setiap hari nak jumpa pesakit, rawat, buat laporan, tulis case note, bincang case conference, supervision dengan pakar, dan macam-macam lagi.
Sebab itu memang kerja sebenar kami.
Kalau ada yang aktif di media sosial itu, sebenarnya sebab mereka memang sudi volunteer masa dan tenaga untuk 'keluar ke mata masyarakat' dan mendidik ilmu yang sebenar.
Sanggup korbankan waktu off day, masa dengan keluarga di rumah dll, untuk menulis buku, shoot video, karang artikel post FB dan sebagainya.
Kesimp**annya, media sosial memang boleh jadi tempat yang baik untuk belajar tentang kesihatan mental.
Tapi dalam masa yang sama, penting untuk tapis dan nilai apa yang kita tengok, mana sekadar perkongsian umum, dan mana yang betul-betul datang daripada intervensi profesional.
Sama-sama kita jadi masyarakat yang pandai memilih.
- Aiman Amri,
Psikologis Klinikal berdaftar,
Akademi Kesihatan Mental