24/03/2022
Kawan-kawan selalu tanya, apa nama ubat yang mereka ambil. Walau jelas tertera namanya di kotak atau papan ubat, mereka kata pening. Tak tahu mana satu nak baca.
Jangan bimbang, anda tidak keseorangan. Ramai yang kepeningan berkenaan ubat mereka!
Kebiasaannya, syarikat pengeluar akan memberikan nama dagangan / jenama untuk produk masing-masing. Ia juga dikenali sebagai trade name / brand name. Dan ianya ditulis dengan saiz yang besar.
Kandungannya p**a, dikenali sebagai content / nama generik. Nama kandungan ubat ini biasanya ditulis dengan lebih kecil. Kadang-kadang tu kena perhati betul-betul baru nampak. Biasanya, begitulah kawan-kawan. Tapi bukan semua.
Adalah menjadi kebiasaan juga, sesuatu ubat itu dikenali dengan beberapa nama. Mungkin pada preskripsi ubat ditulis dengan nama lain. Bila dapat ubat p**a, lain yang ditulis. Mana tak pening, kan?
Misalnya, semasa berjumpa doktor, katanya nak bagi ubat prazosin. Tapi bila dapat ubat, anda dapat Minipressยฎ!
Selepas ini, anda tidak perlu lagi keliru. Perhatikan nama ubat dengan tulisan kecil itu. Itulah kandungan ubat. Walau datang dengan kotak macam mana pun, anda tidak akan tertukar lagi. Jika pengilang yang berbeza, anda juga tidak terpinga-pinga.
Jadilah pengguna yang bijak. Kenalilah ubat anda!
PS - dalam gambar di bawah, ada ubat dengan kandungan yang sama walau berbeza kotak dan jenama. Boleh anda kenalpasti ubat tersebut?
Lots of Love,
Your Pharmacist ๐น
Pegawai Farmasi Anda
From : Azlina Azman