08/04/2026
Pada 6β7hb April 2026 yang lalu, telah berlangsung Mesyuarat Kepakaran Bedah Mulut & Maksilofasial Peringkat Kebangsaan 2026 bertempat di Pusat Rawatan dan Kanak-Kanak, Hospital Tengku Permaisuri Norashikin, Kajang.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Dr Kok Tuck Choon selaku Pakar Perunding Kanan Bedah Mulut & Maksilofasial (OMFS) selaku Ketua Kepakaran Bedah Mulut & Maksilofasial kebangsaan. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh semua Ketua Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial dari seluruh negara yang mewakil 52 buah hospital Kementerian Kesihatan Malaysia.
Pelbagai perkara penting telah dibincangkan dalam mesyuarat ini, khususnya dalam usaha merangka strategi serta memperkukuh dan memperkembangkan lagi perkhidmatan kepakaran Bedah Mulut & Maksilofasial di Malaysia agar lebih komprehensif, sistematik dan berdaya saing.
Diharapkan segala perancangan dan penambahbaikan yang dibincangkan dapat diterjemahkan kepada penyampaian rawatan yang lebih berkualiti, cekap dan selamat kepada pesakit, seterusnya meningkatkan tahap kesihatan serta kesejahteraan masyarakat Malaysia secara keseluruhan.