Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi menawarkan rawatan Islam yang mengikut syariah, dengan kaedah ruqya Tadawi pula bermaksud rawatan.
(18)
Address
B-13-2B, Jalan Prima Saujana 2/H, Prima Saujana
Kajang
43000
Website
Alerts
Be the first to know and let us send you an email when Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.
Contact The Practice
Send a message to Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi:
Shortcuts
Our Story
Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi berusaha membangunkan ummah melalui rawatan dengan pembacaan hanya ayat-ayat Al-Quran, doa-doa masyhur daripada Rasulullah saw dan ulamak-ulamak perubatan Islam. Kami merawat pesakit-pesakit yang menghadapi masalah jasmani dan rohani, termasuk sakit medikal, gangguan jin, syaitan, sihir dan saka. Untuk mendapatkan perkhidmatan rawatan atau pengubatan Islam daripada Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi, sila klik: http://www.isnadtadawi.my/pages/hubungi-kami atau sila buat temujanji melalui SMS/Whatsapp ke nombor 019-3839 777. Semua urusan adalah melalui temujanji sahaja kerana kami ingin memberikan perkhidmatan yang terbaik. Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi menyediakan rawatan Islam berasaskan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Walaupun Kump**an Isnad Tadawi berpusat di Kajang, kami turut menyediakan rawatan Islam kepada mereka yang berada di seluruh Malaysia, khasnya di sekitar Putrajaya, Bangi, Semenyih, Serdang, Cheras, Puchong, Kuala Lumpur serta di Negeri Sembilan, Selangor, Pahang dan Perak. Isnad bermaksud sanad, manakala di dalam bahasa melayu membawa maksud sandaran atau riwayat atau pengijazahan. Tadawi p**a bermaksud rawatan. Oleh itu Isnad Tadawi bermaksud Sanad Rawatan ataupun Pengijazahan Rawatan. Ini bersesuaian dengan misi kami untuk menyampaikan ilmu rawatan Islam kepada semua yang memerlukannya, samada melalui sesi rawatan mahupun sesi pendidikan. Kami di sini tidak mempunyai apa-apa kelebihan, sekadar mempunyai sanad di dalam rawatan Islam. Kepada sesiapa yang teringin mempelajari ilmu ini, kami sentiasa bersedia berkongsi apa yang kami tahu dan memberi pengijazahan kepada mereka yang sudi menerima sanad daripada kami. Oleh itu kami turut mengadakan kursus, seminar atau pengajian rawatan islam. Perkhidmatan rawatan Islam daripada Pusat Rawatan Islam Kump**an Isnad Tadawi adalah suatu khidmat kemasyarakatan kami kepada ummah, oleh itu tidak ada caj rawatan atau sebarang paksaan untuk membeli mana-mana produk kami. Tugas kami hanya berikhtiar untuk merawat dengan meruqyah menggunakan ayat-ayat Al-Quran. Kami tidak menjanjikan penyembuhan atau penyelesaian masalah kerana penyembuhan itu adalah hak Allah. Oleh itu kami tidak berani meminta sebarang bayaran. Namun sekiranya terdapat sumbangan ikhlas daripada pesakit, sebarang sumbangan akan digunakan untuk mengekalkan operasi kami.