Poliklinik Pusrawi SMC - Kajang

Poliklinik Pusrawi SMC - Kajang Family Clinic

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.Untuk perhatian. Terima kasih
31/07/2024

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Untuk perhatian. Terima kasih

27/06/2024

Kanser pangkal rahim merupakan kanser wanita keempat tertinggi di Malaysia.
Kaum cina mencatatkan peratusan tertinggi, diikuti kaum india, kemudian melayu.
Risiko meningkat pada umur 30 tahun keatas dan risiko paling tinggi buat mereka yang berumur 60-69 tahun.

Proses kanser ini terjadi sangat perlahan; oleh itu ujian pap smear sangat berguna untuk melihat perubahan awal pada sel pangkal rahim, seterusnya merawat penyakit ini dengan lebih awal.

Wanita berumur 30 - 65 tahun disyorkan melakukan ujian ini setiap 3 tahun sekali.

Wanita dinasihatkan untuk tidak memasukkan sebarang ubat per-vagina 24 jam sebelum sampel diambil.
Wanita juga dinasihatkan untuk tidak melakukan hubungan kelamin 24 jam sebelum ujian diambil.
Tidak digalakkan untuk mengambil sampel ketika haid.
Pap smear juga selamat dilakukan semasa mengandung.

Jalani ujian pap smear di Poliklinik Pusrawi SMC Kajang pada harga RM 60, atau RM 30 (jika diambil dengan pakej darah).
https://wa.me/60182325735

03/05/2024

Kajian menunjukkan 45% peratus drpd pesakit hati berlemak akan mengidap sakit jantung dan kanser.

03/05/2024

Ukur lilit pinggang >80 cm untuk perempuan dan >90cm untuk lelaki mempunyai risiko tinggi menghidap hati berlemak!

03/05/2024

Intermittent fasting perlu dilakukan dengan diet restrictions untuk penurunan berat badan, dan mengelakkan obesiti.

03/05/2024

Kajian menunjukkan penurunan berat badan 7-10% akan mengurangkan risiko hati berlemak!

03/05/2024

Kajian menunjukkan kopi (tanpa gula) , jika diambil 3 kali sehari boleh melindungi kita drpd hati berlemak!

30/04/2024

Selamat Hari Pekerja buat semua pekerja.
PEKERJA KESUMA BANGSA.
(klinik ditutup esok sempena HARI PEKERJA)

08/04/2024

MAKLUMAN
KLINIK AKAN DITUTUP BERMULA 10/4/24 -14/4/24 BERSEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI & DIBUKA SEMULA PADA 15/4/24

"Doktor, dia dah 2 hari demam. Makan sikit2 je, biasanya dia makan banyak. Susu dia taknak, nak minum air kosong je.""Ok...
29/03/2024

"Doktor, dia dah 2 hari demam. Makan sikit2 je, biasanya dia makan banyak. Susu dia taknak, nak minum air kosong je."

"Ok puan, ada simptom lain selain demam dan kurang makan ke?"

"Takde, batuk, selsema semua takde."

Bila cek tekak, tonsil tak besar, dan tekak tak merah. Tapi ada banyak tompok2 putih pada bibir, dan bahagian dalam p**i.

"Oh ada banyak oral ulcer ni, padanla dia taknak makan. Tengah pedih dalam mulut ni."

Oral ulcer- benda biasa yang kita semua pernah alami.
Bagi anak2 yang pergi ke sekolah atau taska, oral ulcer biasanya dibawa oleh penyakit HFMD- ada spots pada tangan dan juga kaki.

Virus herpes simplex juga selalu menjadi punca oral ulcer.

Anak2 terjatuh, hisap puting terlalu lama, cuaca yang terlalu panas atau terlalu sejuk, penyakit cacar air, jangkitan kulat, dan banyak lagi penyakit boleh menjadi punca ulcer mulut ini.

Ibu bapa perlu pastikan anak:

# minum air dengan cukup
- elakkan beri botol susu kerana ini biasanya menyakitkan anak.
- beri air yang di sejukkan terlebih dahulu di dalam peti sejuk menggunakan straw.

# berikan oral spray bagi mengurangkan sakit
- bonjela
- gengigel
- aloclair
- oral aid
- aftamed
- difflam

# kerap berkumur sama ada menggunakan air biasa atau thymol gargle

ubat tahan sakit seperti paracetamol atau ibuprofen

# elakkan makakn makan panas dan pedas. Beri makanan2 sejuk seperti aiskrim, yogurt, jelly, cendol, ABC.

# berus gigi anak dengan berus silikon yang lembut atau gunakan tuala basah

Stay healthy!
Poliklinik Pusrawi SMC Kajang

Kenapa asyik rasa menggeletar selepas ambil neb?Nebuliser yang anda ambil di klinik selalunya diisikan dengan ubat salbu...
18/03/2024

Kenapa asyik rasa menggeletar selepas ambil neb?

Nebuliser yang anda ambil di klinik selalunya diisikan dengan ubat salbutamol (ventolin) atau ipratropium + salbutamol.
Komponen salbutamol itulah yang memberi efek jantung berdebar dan tangan shaky/ menggeletar selepas neb diambil.

Jangan risau, kerana efek ini hanya sementara, akan hilang selepas lebih kurang sejam.

Efek ini akan dirasai jika ubat ini diambil sama ada melalui nebulizer di klinik, atau yang menggunakan inhaler di rumah,
atau mereka yang mengambilnya sebagai ubat makan- tablet salbutamol atau syrup salbutamol.

Tapi tahukah anda yang ubat salbutamol ini juga boleh menyebabkan kurangnya garam potassium dalam darah?
Garam potassium ini sangat penting untuk otot2 jantung melakukan kerjanya.
Kandungan potassium yang sangat rendah di dalam darah akan menyebabkan jantung tiba2 berhenti!

Bagi mereka yang mempunyai mesin neb dirumah, yang kerap membeli ubat neb di farmasi dan self treat di rumah,
sila berwaspada.

Singgah di klinik terdekat untuk nasihat selanjutnya.

Patikan semua ubat disimpan ditempat selamat daripada kanak2 untuk mengelakkan bahaya ubat dimakan melebihi dos sepatutnya.

Jika kandungan salbutamol terlalu tinggi di dalam darah, antara efek berbahaya termasuk pengsan, heart rythm yang tidak normal
yang boleh membawa maut, juga serangan jantung.

Anda tau terdapat juga cubaan kes bunuh diri dengan menelan ubat ini?

Hati2, elakkan kemalangan di dalam rumah kita sendiri.

Masih berlangsung di Poliklinik Pusrawi SMC Kajang. Sebarang pertanyaan wasap kami disini https://wa.me/60182325735
18/03/2024

Masih berlangsung di Poliklinik Pusrawi SMC Kajang.
Sebarang pertanyaan wasap kami disini https://wa.me/60182325735

Address

No 15G, Jalan Sentosa Villa 1/1, Taman Sentosa Villa
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 08:00 - 18:00
Tuesday 08:00 - 18:00
Wednesday 08:00 - 18:00
Thursday 08:00 - 18:00
Friday 08:00 - 18:00
Saturday 08:00 - 15:00

Telephone

+60182325735

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Poliklinik Pusrawi SMC - Kajang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Poliklinik Pusrawi SMC - Kajang:

Share