Jemari Tradisi Ummi (Kajang)

Jemari Tradisi Ummi (Kajang) Malahan amalan ini turut merangkumi hubungan seks, aktiviti harian seperti amalan mandi dan berurut. Kehamilan dan kelahiran juga akan mengganggu hubungan seks.

- Khidmat urutan tradisional
- Pakej urutan bersalin sebelum dan selepas
- Urutan iktiar hamil
- Menaikkan peranakan/rahim
- Urutan bayi
- Khidmat urutan terus ke rumah anda Khidmat Urut Tradisional & Selepas Bersalin (WANITA SAHAJA)
Perkhidmatan yang disediakan:
-Urut untuk mendapatkan zuriat
-Urut ibu mengandung
-Urut ibu bersalin
-Naikkan peranakkan (stim/tangas, mandi herba putri, urut, bertun

gku, berparam, bertepel, berpilis, berbengkung)
Untuk bayi:
-Mandi
-Urut
-Tuam
Urutan ini dapat menghilang stress, melancarkan peredaran darah, menaikkan seri wajah, urut untuk mendapatkan bentuk badan yang ramping

[Khas utk ibu2 yg sedang berpantang]

KEPENTINGAN AMALAN BERPANTANG

Secara umumnya amalan berpantang sebenarnya tidak hanya menumpukan kepada sajian makanan serta minuman. Pada kebiasaannya, hubungan seks tidak digalakkan dalam tempoh tersebut. Agama Islam contohnya mengharamkan hubungan seks bagi pasangan suami isteri sehingga isteri tersebut suci dan kering daripada darah nifas (darah yang keluar selepas melahirkan anak). PerubatanDari segi perubatan pula, tempoh berpantang ini sebenarnya adalah tempoh rehat serta satu proses baik pulih tubuh badan seorang wanita bagi memastikan luka jahitan episiotomi atau jahitan pembedahan caesarean (pembedahan semasa melahirkan anak) yang telah dijalani akan sembuh sepenuhnya. Apabila darah nifas telah kering dan tubuh badan kembali sihat, pada ketika inilah mereka lebih bersedia dari segi fizikal dan mental untuk membahagikan masa bersama bayi dan suami. Selain itu, sesetengah wanita akan mengalami trauma semasa kelahiran bayinya. Jadi mereka memerlukan masa bagi memulihkan tenaga dan kebiasaannya agak lama bagi mengatasi trauma tersebut. Dari segi kesihatan, darah nifas sebenarnya mengandungi bakteria (kuman) dan lendiran daripada lapisan dinding rahim. Keadaan anatomi salur kencing (uretra) dan salur dubur yang terletak berdekatan dengan salur faraj menyebabkan kemungkinan mudah dijangkiti kuman. Luka jahitan episiotomi juga mugkin boleh terbuka atau terkoyak jika berlaku hubungan seks pada peringkat awal. Pada kebiasaannya, luka episiotomi sembuh dalam masa dua hingga empat minggu selepas kelahiran. Ada juga beberapa kes yang mengalami masalah semasa proses penyembuhannya dan mengambil masa yang lama untuk sembuh. PemakananJika dilihat dari segi aspek pemakanan pula, mengikut kepercayaan senarai makanan yang tidak digalakkan termasuk sayur-sayuran yang diklasifikasikan sebagai sayuran 'sejuk' seperti kangkung, bayam, pucuk paku serta jenis ikan yang boleh menyebabkan masalah 'gatal' seperti ikan kembung, ikan tongkol dan ikan cencaru. Ibu yang sedang berpantang juga tidak digalakkan mengambil makanan atau sajian yang pedas kerana dikhuatiri akan 'disalurkan' melalui susu ibu kepada bayi. Kebanyakan wanita, khususnya orang Melayu juga kurang meminum air walaupun dari segi perubatan amalan ini ada kesan negatifnya. Komplikasi yang sering terjadi akibat amalan ini adalah masalah sembelit serta dehidrasi (kekurangan air). Penghasilan susu badan juga akan terjejas akibat kekurangan air dalam badan. Sebenarnya dari sudut perubatan moden, ibu-ibu yang berpantang adalah sangat-sangat digalakkan untuk meminum air masak atau air suam antara lapan hingga 12 cawan sehari berikutan kehilangan banyak bendalir dalam badan semasa proses kelahiran bayi, pengeluaran darah nifas dan juga penyediaan bagi penyusuan. Namun begitu, minuman berais atau bergas adalah tidak digalakkan dan perlu dielakkan. Perubahan mental
Selain perubahan fizikal atau jasmani yang berlaku pada wanita, perubahan mental dan emosi juga berlaku. Wanita yang sedang hamil dan melahirkan anak mengalami tekanan jiwa yang berat kerana kedua-dua proses kehamilan dan kelahiran ini dianggap sebagai faktor yang menekan. Ada sesetengah wanita mengalami tekanan jiwa yang begitu kuat sehingga mereka mengalami kemurungan. Malah sesetengahnya pula mengalami jiwa yang terganggu (psychosis) selepas melahirkan anak. Perubahan fizikal isteri mungkin menyulitkan hubungan seks ataupun mengurangkan kelesaan. Selepas melahirkan anak pula, hubungan seks tidak digalakkan untuk sementara waktu. Waktu puerperium atau waktu pantang yang biasanya selama 42 hari dianggap sebagai tempoh pemulihan daripada semua gejala kecederaan, tekanan jiwa dan mental serta pemulihan fungsi kewanitaan. Pada ketika ini juga rahim menguncup kepada saiz yang kecil seperti keadaan sediakala. Proses ini digelar involution. Proses pemulihan boleh dipercepatkan dengan beberapa cara yang diamalkan oleh wanita sendiri dan kadang-kala ini boleh dipendekkan sehingga jangka waktu empat minggu, manakala sesetengahnya pula mengambil masa yang lebih lama sedikit iaitu lapan minggu.

04/02/2023

Cucuk epidural meninggalkan kesan kekal di tulang belakang
Besar nya pengorbanan isteri untuk zuriat suami yang suami perlu tahu 🥹🥹

27/07/2022
27/07/2022
27/07/2022

Untuk bayi yang baru lahir, ibu bapa perlu membacakan:
1. Surah Al-Fatihah.
2. 5 ayat pertama surah al-Baqarah ('alif lam mim' hingga 'muflihun').
3. Ayat Kursi.
4. 2 ayat terakhir surah al-Baqarah ('amanar rasul' hingga 'kafirin').
5. Ayat ke-18 hingga 24 surah al-Hasyr ('ya ayyuhallazina amanu' hingga 'azizul hakim')
6. 4 Qul (Al-Kafirun, al-Ikhlas, al-Falaq, an-Nas)
Kemudian hembuskan di ubun-ubun kepala anak kecil.
Bacakan setiap pagi dan petang.
Moga-moga anak kita sentiasa membesar dengan baik dan soleh/ah, serta dihindarkan dari perkara yang tidak baik (syaitan, jin, nafsu yang kuat ke arah keburukan).
Antara doa lain yang disunnahkan untuk membaca kepada bayi:
اَللَّهُمَّ إِنِّي أُعِيذُهَا بِكَ وَذُرِّيَّتَهَا مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
“Ya Allah, aku memohon perlindungan kepada-Mu untuknya dan untuk keturunannya dari syaitan yang terkutuk.” [Surah Ali Imran ayat 36]
أُعِيذُكَ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ، مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّةٍ
"Aku memohon perlindungan dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna, dari semua godaan syaitan dan binatang pengganggu serta dari pandangan mata yang buruk. [HR. Abu Daud]

Note : Mommy2 yg sedang merancang kehamilan, admin suggest cuba ni, murah je >> https://shope.ee/7A0gAIsH8T

22/07/2022

Kurang Air Dalam Badan Anak Bahaya. Jika
Ubun-Ubunnya Melengkung Ke Dalam Cepat
Bertindak

Dehidrasi atau nama lain kehilangan sumber
air dalam badan, kurang dari paras normal
yang akan menyebabkan gangguan pada
keseimbangan garam galian dan akan menggangu sistem badan manusia lebih
bahaya lagi-lagi kepada kanak kanak.

Ada beberapa cara mudah bagaimana untuk
tahu anak anda mempunyai air yang cukup
atau tidak.

1 - Pegang ubun-ubun atas kepala,
tempat yang paling lembut . Kalau dia
tegang makanya cukup air, Kalau dia
mencengkung, mlengkung ke dalam
Memang sah anak ada kekurangan air.
Perlu beri susu/ minuman secepat
mungkin

2- Kecut di bahagian mata dan p**i

3- Menangis tak keluar air mata

4- Kering mulut dan lidah

5- Kurang responsif / Kurang aktif

6- Kulit yang kering , Tiada elastisiti.

19/07/2022

LEPAS MANDIKAN BAYI, URUT MACAM NI. BAYI MUDAH TIDUR & KURANG MERENGEK

Mengurut bayi memang banyak manfaatnya. Selainmengukuhkan ikatan antara bayi dengan ibu, ia juga memberi pelbagai kebaikan dari segi kesihatan dengan membantu melancarkan peredaran darah.

Ada juga pendapat menyatakan urutan boleh
mengurangkan jumlah penyakit yang dihidapi bayi dan mengurangkan keperluan untuk berjumpa doktor.

Jika ada masa, ibu boleh jadikan sebagai rutin.
Contohnya pagi-pagi lepas mandi urutkan bayi macamni. Lepas urut bayi akan mudah tidur tau. Tak percaya boleh cuba.

Akk pakai minyak urut ni terbaik untuk baby >> https://shope.ee/2KvFIJm9HG

15/07/2022

HINA KE BERSALIN CZER NI?

Eh apa p**ak Hina. Jangan risau! We should be proud😍 kita power, sanggup dibedah perut untuk keluarkan zuriat tersayang.

Abaikan je mulut yang selalu condemned atau cakap bersalin czer tak Sama macam bersalin Normal ni. Please awak, czer ke Normal ke kita dah jadi Ibu.

So kita focus untuk jadi yang terbaik untuk anak kita. Kita Sama juga, mengandung dan kandungkan anak kita 9 Bulan.

Rasa juga Contraction, tapi Allah takdirkan kita bersalin secara pembedahan. Kena bersyukur sebab kita dan anak selamat.

Setiap orang perjalan hidup tak Sama. Kita tak boleh Nak puaskan hati orang. Jadi, bersyukur lah kita masih ada zuriat sendiri 🥰

Semoga anak kita, Menjadi anak yang menyenangkan dan Menjadi asbab untuk kita ke syurga ❤️

09/07/2022

RISIKO MENINGGAL SEMASA BERSALIN 😰😰
Suami berbuat baik lah pada isteri ketika saat dia hamil anak anda.
Sakit siksa susah tidur dan berbagai dirasa seorang diri.
Siapa tahu saat melahirkan dia meninggal dunia syahid.kerana melahirkan ibarat pertaruh nyawanya sendiri.
Jangan biarkan buat kerja keras.urat paha berkaitan dengan rahim.boleh akibat tumpah darah,keguguran, bayi lahir tak cukup bulan,paking bahaya tumpah darah dan boleh ragut nyawa ibu.
Tangan jangan terlalu banyak hayun atau aktif atau bawa beban berat.urat di bahu bersangkutan dengan pinggang dan kepala.pengaliran darah wanita hamil laju dan banyak dari biasa serta pekat kerana ia berkongsi dengan bayi.
Banyak juga kes wanita meninggal bersalin kerana pecah pembuluh darah.
Berdoa lah.bahagiakan isteri untuk anak yang dikandung juga merasa nyaman dan bahagia.
💝💝💝

07/07/2022
06/07/2022

1. Jangan minum banyak air
Ibu selepas bersalin yang menjalani proses berpantang adalah tidak dibenarkan untuk meminum air dalam kuantiti banyak.
Dikatakan jika minum secara berlebihan, ia boleh mengakibatkan jumlah air di dalam badan menjadi terlalu banyak (water retention).
Fakta: Sudah tentu ia 1 kepercayaan karut yang harus DIELAKKAN.
Ibu baru bersalin boleh minum air secukupnya tapi tidak boleh berlebihan.
2. Tidak boleh membaca buku
Ada yang mengatakan proses bersalin akan menyebabkan hati menjadi lemah dan ia dikaitkan dengan mata.
Oleh sebab itu, wanita selepas bersalin amat tidak digalakkan untuk memberi tekanan kepada mata seperti membaca atau menangis. Atau ia akan menyebabkan masalah rabun.
Fakta: TIADA KAITAN yang dapat menghubungkan antara membaca atau menangis dengan masalah mata.
3. Jangan mandi atau basahkan rambut
Mandi atau membasahkan rambut dikatakan akan menyebabkan angin masuk ke dalam badan. Ia dibimbangi akan menyebabkan urat saraf mengembang dan sakit kepala.
Ada juga kepercayaan yang mengatakan ibu selepas bersalin yang mandi terlalu lama boleh mengalami masalah bentan.
Fakta: Ia adalah satu amalan berpantang yang TIDAK SAHIH.
Hakikatnya mandi atau membasahkan rambut adalah satu tabiat penjagaan kebersihan diri yang tidak boleh disingkirkan. Malahan ia membantu mencegah sebarang jangkitan kulit atau luka.
Walau bagaimanapun, ibu selepas bersalin amat dinasihatkan untuk tidak mandi dengan terlalu lama kerana bermungkinan cepat sejuk.
4. Jangan guna kipas atau penghawa dingin
Mitos ini lebih kurang sama dengan mandi. Mendedahkan diri dengan angin sejuk daripada kipas dan penghawa dingin dipercayai menyebabkan angin memasuki badan. Ia akan menyebabkan masalah kesihatan pada ibu di kemudian hari.
Ibu dalam berpantang juga perlu memakai pakaian berlapis atau tebal kerana risau angin masuk ke dalam badan.
Fakta: Berdasarkan sains, kulit manusia mempunyai beberapa lapisan. Angin tidak boleh memasuki kulit dan terus masuk ke saluran darah. Maka ia sudah tentu perkara yang TIDAK TEPAT.
Kunci utamanya adalah bersederhana. Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, ibu harus tahu perkara yang boleh memberikannya keselesaan.
Keadaan yang berpeluh dan panas, akan menyebabkan ketidakselesaan. Malah cenderung mengakibatkan strok haba.
Tidak salah untuk menggunakan penghawa dingin atau kipas, tetapi berpada-padalah. Usah menggunakan kipas yang berkelajuan tinggi atau menetapkan suhu penghawa dingin yang terlalu rendah.

Address

Kajang
43000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jemari Tradisi Ummi (Kajang) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share