Pusat Terapi Bekam Yeops Bersaudara

Pusat Terapi Bekam Yeops Bersaudara Pusat Terapi Bekam dan Super-Fisio

Pusat Terapi Bekam Yeops Bersaudara menyediakan servis

# Bekam Klinikal
# Bekam Kepala ( tanpa Perlu cukur rambut )
# Super Fisio
# Akupuntur
# Urut Saraf
Selepas bersalin / Urut Wanita

"Aku tidak berjalan di hadapan sekumpulan Malaikat pun pada malam ketika aki diisra'kan, kecuali mereka berkata, 'Wahai Muhammad, perintahlah umat kamu agar berbekam!"

(shahihu Al-Jami' :5671 ) , Dalam riwayat Tirmizi dari Ibnu Mas'ud dan riwayat Baihaqi.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاتهSemoga Allah tetap memimpin kita ke jalan yg Dia redhai sentiasa...Pusat Terapi Bekam Yeo...
14/03/2018

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semoga Allah tetap memimpin kita ke jalan yg Dia redhai sentiasa...

Pusat Terapi Bekam Yeops Bersaudara sekali lagi ingin memaklumkan kepada sesiapa shj yg membaca posting ini, sekiranya anda, saudara-mara, ayahbonda anda ingin mendapatkan khidmat bekam, namun tidak berkemampuan utk membayar upah bekam spt yg ditawarkan oleh mana-mana jurubekam, jemputlah datang ke Pusat Terapi Bekam Yeops Bersaudara.

Insya’Allah kami menyediakan khidmat bekam tanpa bayaran utk mereka yg tidak berkemampuan.

Sila hubungi Abg Yeop di talian +6019 314 9584 utk temujanji.

Insya’Allah...

Sekiranya posting ini bermanfaat utk dikongsikan, silakan..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاتهPusat Terapi Bekam Yeops Bersaudara ingin berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan ses...
27/02/2018

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pusat Terapi Bekam Yeops Bersaudara ingin berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan sesiapa sahaja yang berminat untuk mempelajari kaedah-kaedah asas membekam darah atau Al-Hijamah.

- Kaedah pembelajaran adalah melalui “Personal Coaching”.
- Perkongsian pengetahuan dan pengalaman secara terus oleh Abg Yeops Beso (Abg Chor).
- Tiada bayaran dikenakan pada yang betul-betul berminat.
- Waktu pembelajaran adalah mengikut persetujuan bersama Abg Yeop.
- Sekiranya ada rezeqi lebih, alatan bekam akan diberikan secara percuma pada peserta yang benar-benar ingin mempraktik dan mengembangkan amalan berbekam ini.
- Beberapa kaedah asas pembetulan tulang belakang juga insya’Allah akan dikongsikan bersama.

Pada yang berminat, boleh segera hubungi Abg Yeop melalui Whatsapp di +6019 314 9584.

Alhamdulillah malam tadi sesi berbekam bersama kariah surau baitul mukmin,subang murni untuk kali ke 5. Sekiranya tuan p...
15/01/2017

Alhamdulillah malam tadi sesi berbekam bersama kariah surau baitul mukmin,subang murni untuk kali ke 5.

Sekiranya tuan puan inginkan servis berbekam di komuniti anda, hubungilah kami.

9 AMALAN HARI JUMAAT*******************************AMALAN PERTAMA: Memotong Kuku. Sebelum menunaikan fardu Jumaat, kita ...
07/10/2016

9 AMALAN HARI JUMAAT
*******************************
AMALAN PERTAMA: Memotong Kuku. Sebelum menunaikan fardu Jumaat, kita disunatkan mandi walaupun waktu solat telah hampir. Disunatkan juga mencukur kepala, memotong kuku, memendekkan misai, memakai wangi-wangian dan mengenakan pakaian yang sebaik-baiknya. Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

AMALAN KEDUA: Membaca Surah Ali-Imran. Sabda Nabi s.a.w. yangb bermaksud: “Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendo’akan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.”

AMALAN KETIGA. Membaca Surah Al-Kahfi. Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri yang bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”

AMALAN KEEMPAT. Mengucapkan Selawat Ke atas Nabi s.a.w. Berselawat sekali ke atas Nabi, Allah Taala memberi rahmat 10 kali ganda. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksid: “Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali)”.(HR.Al-Baihaqi) Allah Taala juga ada berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah Taala dan para malaikat telah berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sempurna ke atasnya (Nabi)”. (QS.Al-Ahzab:56)

AMALAN KELIMA. Membaca Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah

AMALAN KEENAM. Mandi Sunat Jumaat. Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.” Dan sebuah hadith daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu. (Muttafaq alaih)

Manakala sebuah lagi hadith yang menerangkan tentang mandi sunat hari Jumaat adalah sebuah hadith daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi tetapi mandi itu adalah lebih utama. (HR.Imam Abu Daud dan Tarmidzi).

AMALAN KETUJUH. Solat Jumaat. Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Barang siapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam, dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur. Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan dalam buku kehadiran malaikat.”

AMALAN KELAPAN. Berdoa Bersungguh-sungguh. Majoriti ulama’ berpendapat bahawa makbulnya do’a yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua. Ibnu Qayyim Al-Jauzi mengatakan: Di antara sekian banyak pendapat ada dua yang paling kuat, sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadis yang sahih, pertama saat duduknya khatib sampai selesainya solat. Kedua, sesudah Asar. Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba Mukmin apabila meminta (berdo’a) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan do’anya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan. (HR.At-Tirmidzi).

Sebuah hadith daripada Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan : Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. sedang membicarakan tentang hari Jumaat, dan baginda bersabda: Padanya (hari Jumaat) terdapat suatu saat yang tidak ditemui oleh seorang hamba (Allah) yang muslim dengan dia mendirikan solat sambil memohon kepada Allah akan sesuatu, melainkan apa yang dipohonkannya itu diberikannya kepadanya. Dia mengisyaratkan dengan tangannya yang diangkatkan”. (HR.Al-Bukhari dan Muslim)

AMALAN KESEMBILAN. Banyakkan Bersedekah. Sedekah pada hari itu lebih utama dibanding sedekah pada hari-hari lainnya. Ibnu Qayyim berkata: Sedekah pada hari itu lebih utama dengan sedekah pada enam hari lainnya seumpama di sedekah pada bulan Ramadhan dibanding bulan-bulan lainnya. Hadis dari Kaâab menjelaskan: Dan Sedekah pada hari itu lebih mulia dibanding hari-hari selainnya.

13/08/2016

Operasi Pusat Terapi Bekam Yeops Bersaudara telah berpindah ke alamat 5 Jalan Tropika 4, Taman Tropika, Sg Tangkas, Kajang. Lokasinya betul-betul di belakang pusat rawatan asal.

Jom buat temujanji rawatan dgn YEOPS....

Hubungi 019-3149584 (Abg Yeop) atau 013-3084250 (Adik Yeop) sekarang.... :)

Pusat Terapi Bekam Yeops Bersaudara mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri maaf Zahir & Batin, # Berhati2lah dalam pe...
27/06/2016

Pusat Terapi Bekam Yeops Bersaudara mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri maaf Zahir & Batin,

# Berhati2lah dalam perjalanan ke destinasi yang dituju.
# Biar lambat asal sampai
# Mulakan doa disetiap perjalanan.

=)

HUKUM BERBEKAM SEMASA PUASAUlama berselisih pendapat berkenaan dengan hukum berbekam semasa puasa , adakah membatalkan p...
17/05/2016

HUKUM BERBEKAM SEMASA PUASA

Ulama berselisih pendapat berkenaan dengan hukum berbekam semasa puasa , adakah membatalkan puasanya atau tidak. Ada dua pendapat berkenaan masalah ini:

PENDAPAT PERTAMA: Berbekam tidak membatalkan puasa.
Ini pendapat mazhab Syafie , Maliki dan Hanafi.

DALIL PENDAPAT INI:-

1. Hadis dari Ibnu Abbas:
أن النبي صلى الله عليه وسلم، احتجم وهو محرم، واحتجم وهو صائم

“Sesungguhnya Nabi saw berbekam semasa memakai ihram dan Nabi saw berbekam semasa puasa.” Hadith sahih Bukhari

2.

رخَّص رسول الله صلى الله عليه وسلم في القُبلة للصائم والحجامة

“ Rasulullah saw membenarkan bercium dan berbekam bagi orang yg berpuasa.”

(HR. Ad Daruquthni, An Nasa’i dalam Al Kubro, dan Ibnu Khuzaimah)

PENDAPAT KEDUA: Berbekam membatalkan puasa.
Ini pendapat mazhab Hambali, Ibnu Taymiah, Ibnul Qayyim, Ibnul Munzir, Auza’ie, Ibnu Khuzaimah dan Addarimi.

DALIL PENDAPAT INI:

1.
حديث شدّاد ورافع بن خديج رضي الله عنهما مرفوعاً : ( أفطر الحاجم والمحجوم ) أحمد وأبو داود والترمذي وحسنه وابن ماجه.

Hadis Nabi saw dari Syaddad dan Rafie’ bin khadij:

“ Tukang bekam dan orang yang dibekam batal puasanya.”

Jawapan dari Jumhur ulama'

“ Hadis ini dimansukhkan hukumnya dgn hadis yang menyatakan Nabi saw berbekam semasa puasa. Ini kerana hadis syaddad adalah semasa hari pembukaan kota mekah dan hadis ibnu abbas adalah semasa haji wada’ (perpisahan).

KESIMPULAN

Pendapat yg lebih kuat ialah berbekam tidak membatalkan puasa dan hanya makruh sekiranya melemahkan tubuh. Berikut adalah hadith yg menguatkan ini:

أن أنساً -رضي الله عنه- سُئِل: أكنتم تكرهون الحجامة للصائم؟ قال : لا، إلا من أجل الضعف.

“ Sesungguhnya Anas ra ditanya : Adakah kamu (para sahabat) menghukum makruh berbekam bg org yg berpuasa. Anas menjawab “ Tidak kecuali sekiranya tubuhnya lemah untuk berpuasa.”

Hadith sahih Bukhari.

https://bekamyeopsbersaudara.wordpress.com/
03-8920 8134
Whatsapp : 019-314 9584 / 013 - 308 4250

PENGUMUMAN*********************Assalamualaikum w.b.tKepada pelanggan yang budiman,Waktu operasi pusat kami telah berubah...
02/05/2016

PENGUMUMAN
*********************
Assalamualaikum w.b.t

Kepada pelanggan yang budiman,

Waktu operasi pusat kami telah berubah seperti berikut

# Boleh temujanji melalui page ini / hubungi 03-8920 8134 / Whatsapp 019 - 314 9584 , 013 - 308 4250.

Terima Kasih.

Kesibukan dengan pelbagai urusan perniagaan tidak menghalang Dato' Sidi Oraza untuk menetapkan tarikh berbekam dan rawat...
25/04/2016

Kesibukan dengan pelbagai urusan perniagaan tidak menghalang Dato' Sidi Oraza untuk menetapkan tarikh berbekam dan rawatan lain untuk dirinya pada 17 Rejab di Pusat Terapi Bekam Yeops Bersaudara. Bersama-sama beliau adalah sahabat lama, ayahanda AnuarRahman Atk yang juga salah seorang artis beladiri suatu ketika dulu... :)

Syukran tuan-tuan....

Yeops Bersaudara menerima kunjungan Dato' Sidi Oraza dan juga abangnya Dr Syed Omar.
04/04/2016

Yeops Bersaudara menerima kunjungan Dato' Sidi Oraza dan juga abangnya Dr Syed Omar.

Address

Taman Tropika, Sg Tangkas
Kajang
43000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Terapi Bekam Yeops Bersaudara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category