19/02/2023
Assalamualaikum wbt.
Doakan seorang hamba Allah yang sedang mengandung agar disembuhkan Allah SWT dari segala gangguan ghaib.
Jangan takut scan diri. Jika ada gangguan, terus rawat diri sendiri dengan berdoa kepada Allah. Jika ada reaksi sewaktu scan, teruslah rawat diri dengan tonton video rawatan.
Ikhtiar saya buat umatnya Rasulullah SAW. Moga kalian sembuh seperti sediakala, dapat menambah amal ibadah kepada Allah. aminn.
Terkena Sihir, Saka, Ain@Hasad?
SCAN DULU DAN IKHTIAR SENDIRI RAWAT DI RUMAH
Khidmat saya untuk umat Rasulullah SAW, bagi mereka yang rasa diri ada gangguan ghaib, boleh manfaatkan video di bawah. Percuma sahaja. Lillahitaala.
Scan diri (Video No 1) untuk lihat kemungkinan wujud atau tidak gangguan ghaib dalam diri anda. Ikut arahan dalam video.
Jika ada reaksi, rawatlah diri dengan berdoa pada Allah, dan dengar video-video selanjutnya (Video No 2 atau 3). Jangan putus asa rawat diri. Moga diberi kesembuhan oleh Allah SWT jua. Ulang rawat diri anda, moga dipermudah kesembuhan oleh Allah SWT.
Perbanyakkan amalan istighfar (bertaubat atas semua dosa dan kesilapan) serta selawat, minima sehari 1000 kali, jika lebih banyak lebih bagus.
1. SCAN GANGGUAN JIN (SIHIR @ SAKA): https://youtu.be/qhcMPPfobCQ
2. RAWAT GANGGUAN SIHIR: https://youtu.be/7pF1udzHes0
3. RAWAT GANGGUAN SAKA: https://youtu.be/MpLY_-UCZ3E
4. BIMBINGAN UNTUK SUAMI RAWAT ISTERI@ANAK. PALING SIMPLE. : https://youtu.be/2yHFwTZNAnk
5. PUAS RAWAT TAPI TAK SEMBUH?: https://youtu.be/SRF72WY46xg
Jika berkesempatan, hadiahkanlah Al-Fatihah buat ibu-bapa saya, guru-guru saya, dan seluruh perawat-perawat Rawatan Islam semuanya.
Yang baik itu dari Allah SWT jua, yang tak baik itu dari saya sendiri pendosa yang mengharap syafaat Baginda Nabi, Rasulullah SAW.
Semoga bermanfaat buat semua.…