10/04/2026
Alhamdulillah dan Syukur.
Qinos telah berjaya dalam tender kontrak penyelenggaraan farmaseutikal frigde dan freezer di Pusat Perubatan UM (PPUM) utk tempoh 3 tahun.
InsyaAllah, Qinos akan memberikan komitmen yang terbaik dalam menjalankan kontrak ini.
Sebenarnya dalam masa yang sama, Qinos masih memegang kontrak penyelenggaraan farmaseutikal fridge dan freezer seperti PPUM ini iaitu di Hosp UKM (HUKM) utk tempoh 3 tahun juga yang bermula pada tahun Oct 2024.
Ini bermakna Qinos memegang DUA kontrak besar dalam satu masa. Mudah2n dengan pertambahan staff dan pengalaman yang ada, ia dapat berjalan dengan baik.
Makluman juga, Qinos ada pengalaman sebelum ni dalam mengendali kontrak yang sama di Agensi Nuklear Malaysia untuk tempoh 4 tahun ( 2 + 2). Dari sini bermulanya pengalaman yang berharga buat Qinos.
Semoga Qinos akan terus maju jaya. InsyaAlah. AMIN.
Nota:
Lain2 kontrak Qinos
- Kalibrasi dan inspection LEV system di seluruh Jabatan Kimia Malaysia ( Semenanjung dan Sabah Sarawak) utk 2 tahun.
- Inspection dan selanggara LEV system di Senju Malaysia - kilang electronic selama 2 tahun.