Rawatan Islam Darul Muttaqqin, Perak

Rawatan Islam Darul Muttaqqin, Perak وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ

“Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkannya"

11/08/2025

Siapa ada pengalaman macam ni. Boleh ceritakan tindakan anda?

30/05/2025

Terapi Ruqyah Pemusnah Jin

Bismillah was shalatu was salamu ‘ala rasulillah, amma ba’du.

Terdapat ramai orang yang sering berada dalam ketakutan kerana melihat kelibat jin atau jin menampakkan diri kepada mereka dalam keadaan yang mengerikan. Bahkan sering juga berlaku jin yang sengaja menyakiti tubuh manusia. Bagaimana mereka mempunyai kekuatan untuk menyakiti dan menakutkan manusia ? Sebab utamanya adalah kerana rasa takut!.

Antara rahsia kejayaan dalam meruqyah membentengi diri daripada gangguan jin ialah niat, keikhlasan, keyakinan dan ketakwaan kepada Allah , dan bacaan Ayat suci Al-Quran dan doa-doa. Inilah kunci kekuatan untuk mengalahkan jin dan tukang sihir. Kunci ini juga Insya Allah membantu menyembuhkan kesan gangguan jin dan sihir.

Teknik Pemusnah Jin

1.Jika Jin Menampakkan Dirinya

-Yang harus dilakukan oleh pesakit ialah berani dan yakin dengan pertolongan Allah! Apabila jin menampakkan diri kepada manusia mereka berada dalam keadaan yang lemah. Perkara yang perlu dilakukan ialah bertakbir dan memukul dengan tangan seperti memancung pada leher jin tersebut. Jika tepat kena pada sasaran, leher mereka boleh terputus atau terbelah tubuh mereka. Boleh juga menggunakan tusukan, tumbukan atau tendangan mengikut keinginan pesakit.

2.Jika Hanya Pesakit Yang Melihat Jin

-Jika pesakit melihat adanya jelmaan atau gambaran jin yang berada di sekitar rumah, berada dekat tubuhnya, berada di tempat tertentu ketika sesi rawatan, perawat meminta pesakit membaca kalimah tammah dengan niat untuk menghancurkan jin tersebut. Lakukan dengan penuh tumpuan. Kebiasaanya pesakit akan melihat jin tersebut terbakar.

Wallahua'lam. Semua terjadi atas kehendak dan izin daripada Allah Taala.

04/01/2025

Sihir Ta'thiil Az-Zawwaaj (Penghalang Jodoh)

Simpton-simpton terkena sihir penghalang jodoh:

1. Kerap sakit kepala/migrain dan tidak sembuh-sembuh walaupun telah banyak makan ubat, bila dirujuk kepada doktor disahkan normal.

2. Banyak berfikir, sering mengelamun, gundah-gulana, dan hati sentiasa tidak tenteram.

3. Melihat orang yang melamar dengan wajah yang buruk dan perasaan benci tanpa sebab.

4. Sesak nafas yg amat sangat dan sakit di bahagian dada terutamanya selepas asar hingga tengah malam.

5. Sukar untuk tidur dan gelisah di waktu malam.

6. Sakit di bahagian belakang dan bawah punggung.

Cara sihir ini dilakukan:

Biasanya tukang sihir akan meminta nama, gambar, atau pakaian atau apa pun yang telah terkena peluhnya dan ada bau peluhnya. Kemudian dihembuskan mantera sihir kepada barang tersebut. Selepas itu, jin tukang sihir akan pergi kepada mangsa dan masuk dalam badan mangsa ketika mangsa dalam keadaan berikut:

1.Ketika takut yang amat sangat
2.Ketika sangat marah
3.Ketika sedang lalai
4.Ketika dalam keadaan bersyahwat

Jin tersebut kebiasaannya akan mengawal fikiran mangsa (merasuk) dan membuatnya merasa tidak pernah sesuai kepada semua lelaki yang melamarnya. Atau ia tidak boleh merasuki mangsa (kerana hubungan mangsa yang dekat dengan Allah), maka jin akan mengenakan sihir takhyil (sihir halusinasi/ilusi) daripada luar tubuhnya, dan membuat setiap lelaki yang ingin melamarnya memandang mangsa dalam rupa yang buruk, dan tiba-tiba membatalkan pertunangan atau perkahwinan tanpa sebab yang jelas..

Selain itu, kesan daripada sihir ini juga ialah ketika lelaki dan keluarganya memasuki rumah mangsa, lelaki tersebut merasa sesak dadanya, seakan hidupnya menjadi kelam dan suram seperti di dalam penjara, kemudian pergi dan membatalkan lamaran.

Kaedah merawat sihir penghalang jodoh:

1. Membaca ruqyah syar'iyyah sekurangnya tiga kali sehari dengan niat agar Allah musnahkan segala sihir yang mengganggu dan dilindungi daripada segala kejahatan sihir.

2. Berpakaian menutup aurat dengan sempurna menurut syarak.

3. Sentiasa solat fardhu di awal waktu.

4. Elakkan mendengar muzik dan lagu.

5. Berwuduk dan membaca Ayat Kursi sebelum tidur.

6. Membaca ayat pelindung (al-Falaq dan an-Naas) pada dua telapak tangan sebelum tidur sebanyak 3 kali, kemudian usapkan ke seluruh tubuh.

7. Dengarkan Ayat Kursi, al-Ikhlas, al-Falaq, dan an-Naas dengan penuh khusyuk sekurang-kurangnya satu jam setiap hari.

8. Bacakan ruqyah kepada air untuk mandi dan minum sekali setiap hari.

9. Amalkan membaca zikir "Laa Ilaaha illallaahu wahdahu laa syariika lah lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai'in qodiiir" 100 kali selepas solat subuh setiap hari.

10. Banyakkan berdoa memohon penyembuhan dari Allah dan melazimi istighfar.

Lakukan selama satu bulan.

Wallaahu khairul musta'an...

Semoga Allah melindungi kita dan keluarga kita dari segala kejahatan makhluk-Nya...

23/12/2024

Aqidah Dan Agama Jin

Jin sama seperti manusia dalam permasalahan ini. Di antara mereka ada yang Muslim, Kristian, Yahudi atau atheis. Bahkan, jin juga mempunyai pelbagai fahaman. Ada yang berfahaman Ahlus Sunnah, Qadariyyah, Syiah, dan yang lainnya. Ada yang taat, ada p**a yang berbuat maksiat. Ada yang taqwa, ada p**a yang jahat.

Allah Taala telah mengkhabarkan tentang hal itu bahawa mereka (para jin) berkata :

وَأَنَّا مِنَّا الصَّالِحُونَ وَمِنَّا دُونَ ذَلِكَ كُنَّا طَرَائِقَ قِدَدًا
“Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang soleh dan di antara kami ada (p**a) yang tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza” [Surah Jin : 11].

Ibnu ‘Abbas radliyallaahu ‘anhma berkata tentang firman Allah : ‘Adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza’ ; iaitu : Di antara kami ada yang mukmin (beriman) ada p**a yang kafir.[Tafsir Ibnu Katsir (4/430)]

Ibnu Taimiyyah berkata :
“Iaitu berbagai mazhab seperti Muslim, Kafir, Ahlus Sunnah, dan Ahlul Bidaah”.[Risaalatul-Jin (hal. 27)]

16/12/2024

KEMAMPUAN-KEMAMPUAN YANG DIBERIKAN OLEH ALLAH SWT KEPADA JIN

Allah telah memberikan kepada jin kemampuan-kemampuan yang tidak diberikan kepada manusia. Sebahagian kemampuan tersebut ialah:

1. Jin mampu bergerak dan berpindah dengan sangat cepat.

‘Ifrit dari golongan jin pernah berjanji kepada Nabi Sulaiman alaihissallam untuk membawkan singgasana Ratu Saba di Yaman ke Baitul Maqdis hanya dalam waktu seseorang berdiri dari tempat duduknya, sebelum mata berkelip.
(Lihat Surah An-Naml : 39-40)

2. Jin mendahului manusia dalam menerokai ruang angkasa.

Sudah sekian lama jin mampu naik ke tempat-tempat di langit dunia, di sana mereka mencuri dengar berita-berita langit untuk mengetahui maklumat sebelum terjadinya terjadinya sesuatu peristiwa. Apabila Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam diutuskan, langit diperketatkan penjagaannya.
(Rujuk Surah al-Jin:8-9)

3. Jin mempunyai pengetahuan tentang teknologi.

Allah mengkhabarkan bahawa Dia telah menundukkan bangsa jin untuk Nabi Sulaiman alaihissallam. Bangsa jin banyak melakukan pekerjaan-pekerjaan untuk baginda yang menuntut kepada kemampuan dan kemahiran dalam teknologi tertentu.
(Rujuk Surah Saba` : 12-13)

Ibnu Taimiyah menyebut, ada seorang syaikh yang mempunyai hubungan dengan jin telah menyampaikan kepada beliau, bahawa bangsa jin telah memperlihatkan kepadanya suatu benda yang bercahaya seperti air dan pelita. Mereka menampakkan kepadanya di dalam benda itu berita-berita yang dia inginkan, lalu dia menyampaikannya kepada orang. Mereka (jin) juga menyampaikan kepadanya perkataan sahabat-sahabatnya yang meminta tolong kepadanya, lalu dia menjawabnya, dan para jin itu menyampaikan jawapannya itu kepada para sahabatnya tersebut. [Majmu ‘ Fatawa XI:309]

4. Kemampuan jin untuk berubah rupa atau bentuk.

Jin memiliki kemampuan untuk berubah rupa atau bentuk, ke bentuk manusia dan haiwan. Mereka pernah mendatangi kaum musyrikin dalam rupa Suraqah bin Malik. Sebahagian para sahabat, diantaranya Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, pernah didatangi jin dalam rupa orang tua yang ingin mencuri harta zakat. Jin juga boleh berubah menjadi unta, keldai, ular, anjing atau kucing.

6. Jin bergerak dalam tubuh manusia sebagaimana mengalirnya darah dalam saluran darah.

Diriwayatkan dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim, dari Anas, dia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِي مِنَ الإِنْسَانِ مَجْرَى الدَّمِ

”Sesungguhnya syaitan mengalir dalam tubuh manusia sebagaimana mengalirnya darah”.

Terapi Ruqyah Pemusnah JinBismillah was shalatu was salamu ‘ala rasulillah, amma ba’du.Terdapat ramai orang  yang  serin...
07/12/2024

Terapi Ruqyah Pemusnah Jin

Bismillah was shalatu was salamu ‘ala rasulillah, amma ba’du.

Terdapat ramai orang yang sering berada dalam ketakutan kerana melihat kelibat jin atau jin menampakkan diri kepada mereka dalam keadaan yang mengerikan. Bahkan sering juga berlaku jin yang sengaja menyakiti tubuh manusia. Bagaimana mereka mempunyai kekuatan untuk menyakiti dan menakutkan manusia ? Sebab utamanya adalah kerana rasa takut !.

Antara rahsia kejayaan dalam meruqyah membentengi diri daripada gangguan jin ialah niat, keikhlasan, keyakinan dan ketakwaan kepada Allah, dan bacaan Ayat suci Al-Quran dan doa-doa. Inilah kunci kekuatan untuk mengalahkan jin dan tukang sihir. Kunci ini juga Insya-Allah membantu menyembuhkan kesan gangguan jin dan sihir.

Teknik Pemusnah Jin

1.Jika Jin Menampakkan Dirinya

-Yang harus dilakukan oleh pesakit ialah berani dan yakin dengan pertolongan Allah! Apabila jin menampakkan diri kepada manusia mereka berada dalam keadaan yang lemah. Perkara yang perlu dilakukan ialah bertakbir dan memukul dengan tangan seperti memancung pada leher jin tersebut. Jika tepat kena pada sasaran, leher mereka boleh terputus atau terbelah tubuh mereka. Boleh juga menggunakan tusukan, tumbukan atau tendangan mengikut keinginan pesakit.

2.Jika Hanya Pesakit Yang Melihat Jin

-Jika pesakit melihat adanya jelmaan atau gambaran jin yang berada di sekitar rumah, berada dekat tubuhnya, berada di tempat tertentu ketika sesi rawatan, perawat meminta pesakit membaca kalimah tammah dengan niat untuk menghancurkan jin tersebut. Lakukan dengan penuh tumpuan. Kebiasaanya pesakit akan melihat jin tersebut terbakar.

Wallahualam. Semua terjadi atas kehendak dan izin daripada Allah Taala.

Metodologi Dalam Merawat Sihir Bismillah was shalatu was salamu ‘ala rasulillah, amma ba’du. 1.Mengeluarkan dan memusnah...
29/11/2024

Metodologi Dalam Merawat Sihir

Bismillah was shalatu was salamu ‘ala rasulillah, amma ba’du.

1.Mengeluarkan dan memusnahkan barang sihir jika diketahui tempatnya dengan cara yang dibolehkan syariat. Ini merupakan metode paling berkesan untuk mengubati orang yang terkena sihir.[ Zaadul Ma’ad (4/114)]

2. Membaca ruqyah-ruqyah yang disyariatkan. Para ulama telah bersepakat bolehnya menggunakan ruqyah sebagai pengubatan apabila memenuhi tiga syarat [Fathul Baari (10/195)].

Pertama: Hendaklah ruqyah tersebut dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran atau dengan Asmaul Husna atau dengan sifat-sifat Allah Azza wa Jalla, atau dengan doa-doa yang diajarkan oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam.

Kedua: Ruqyah tersebut dengan menggunakan bahasa Arab, atau dengan bahasa yang difahami maknanya.

Ketiga: Orang yang meruqyah dan yang diruqyah meyakini bahawa ruqyah tersebut tidak mampu memberikan kesembuhan melainkan dengan kekuasaan Allah Azza wa Jalla. Kerana ruqyah hanyalah salah satu sebab di antara sebab-sebab untuk mendapatkan kesembuhan kesembuhan. Dan hanya Allah yang berkuasa untuk menyembuhkan.

Selain itu, perkara yang sangat penting untuk diperhatikan ialah ruqyah akan memberikan kesan yang efektif apabila orang yang terkena sihir dan orang yang merawat sama-sama memiliki keyakinan yang kuat kepada Allah Azza wa Jalla, bertawakkal kepada-Nya semata, bertakwa dan mentauhidkan-Nya, serta meyakini dengan sebenar-benarnya bahawa Al-Quran adalah penyembuh bagi penyakit dan rahmat bagi orang-orang beriman. Jika hal ini tidak dipenuhi, maka ruqyah tersebut tidak akan memberikan kesan kepada penyakitnya, kerana ruqyah itu merupakan ubat mujarab yang diajarkan oleh syariat. Namun ibarat senjata, setajam mana pun ia, jika berada di tangan orang yang tidak ahli dalam menggunakannya, maka senjata itu tidak memberikan banyak manfaat. [Ad Du’a Min Al Kitab Wa As Sunnah, hlm. 80-82 dengan ringkasan]

Telah berkata Ibnu At Tiin rahimahullah: “Ruqyah dengan membaca mu’awwidzat atau dengan nama-nama Allah Subhanahu wa Ta'ala merupakan pengubatan rohani, dan akan memberikan kesan efektif apabila dibaca oleh hamba-Nya yang soleh, kesembuhan pun akan diperoleh dengan izin Allah Azza wa Jalla”.

3.Mengeluarkan sihir tersebut dengan melakukan bekam pada bahagian tubuh yang kelihatan kesan sihir.

Imam Ibnu Qayyim rahimahullah telah menjelaskan rahsia bekam di bahagian yang terkena sihir. Meneurut beliau, sihir itu tersusun daripada pengaruh ruh-ruh jahat dan mempunyai respon kekuatan yang lahir daripada ruh jahat tersebut. Ini adalah jenis sihir yang paling kuat, terutama pada bahagian tubuh yang menjadi pusat sihir tadi. Maka bekam pada bahagian tersebut merupakan metode rawatan yang sangat efektif bila dilakukan dengan cara yang tepat.[Zaadul Ma’ad (4/115)]

4.Menggunakan ubat/bahan rawatan yang dinyatakan dalam Al-Quran dan Sunnah, dengan diiringi keyakinan penuh terhadap kebenaran firman Allah Subhanahu wa Ta'ala dan sabda Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam. Antaranya ialah dengan menggunakan madu, habbahtus sauda`, air zam-zam, dan minyak zaitun

Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :"Pengubatan itu ada dalam tiga perkara iaitu berbekam, minum madu dan pengubatan dengan besi panas. Sedangkan aku melarang umatku menggunakan pengubatan dengan besi panas". [Riwayat Bukhari, hadis No.5680 dan 5681, Al Fath (10/137).

Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya habbahtus sauda’ ini merupakan ubat bagi segala jenis penyakit, kecuali as saam”. Aku (‘Aisyah radhiyallahu 'anha) bertanya, ”Apakah as saam itu?” Baginda shallallahu 'alaihi wa sallam menjawab,”Kematian." [Bukhari, hadis No. 5687 dan 5688, Muslim, hadis No. 2215]

Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda : "Air zam-zam itu bergantung kepada niat orang yang meminumnya". [Riwayat Ibnu Majah, hadis No. 3062.]

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda : "Makanlah minyak zaitun dan minyakkan rambut kalian dengannya, kerana sesungguhnya ia berasal daripada pohon yang diberkahi".[Riwayat At Tirmizi, hadis No. 1851 dan Ibnu Majah, hadis No. 3319]

Demikianlah secara ringkas penjelasan mengenai metodologi dalam merawat sihir. Seharusnya seorang muslim terutama pemimpin keluarga, untuk mengetahui perkara ini dan mengajarkan kepada keluarganya. Semoga kita sentiasa mendapat perlindungan Allah daripada segala kejahatan makhluk-Nya.

“Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudarat dengan sihirnya kepada seorang pun kecuali dengan izin Allah.” (Surah al-Baqarah:102)

Wallaahu khairul musta'an...

11/11/2024

Merawat Bayi Yang Sering Menangis Disebabkan Gangguan Jin

Bismillah was shalatu was salamu ‘ala rasulillah, amma ba’du.

Antara tanda-tanda bayi terkena gangguan jin mengikut pengalaman perawat ialah:

1. Mata akan melilau melihat sekeliling ke arah kiri, kanan dan atas ketika menangis.

2. Menangis meraung-raung tetapi tiada air mata.

3. Menangis seolah-olah sedang kesakitan sangat-sangat.

4. Tidur dalam keadaan sering terjaga.

5. Tidur di selang seli dengan tangisan.

6. Menangis pada waktu yang sama setiap hari. Contohnya, bermula pukul 11 malam bayi akan menangis.

7. Bayi kadang-kadang berhenti menangis sebentar, kemudian menangis semula. Mata yang pejam ketika berhenti menangis itu akan melahirkan ombak pada kelopak mata, seolah-olah kedua-dua biji matanya itu sedang memerhatikan sesuatu di bahagian kanan dan kiri.

8. Tangisan akibat gangguan selalunya mengeluarkan suara yang mendayu-dayu dan berpanjangan.

9. Tangisan terjadi seperti dalam keadaan tidak sedarkan diri (tidur).

10. Dahi atau bahagian tengah, antara dua alis kadang-kadang berkerut, seolah-olah ada sebiji mata di bahagian tersebut yang sedang memerhatikan sesuatu.

11. Menangis dan menjerit dalam keadaan ketakutan dan menggigil seolah-olah disergah oleh sesuatu yang menakutkan.

12. Setelah puas menangis, bayi akan tidur sebentar, dan menangis lagi dalam keadaan teresak-esak yang disertai dengan tarikan nafas yang tersekat-sekat.

Kaedah Rawatan:

1. Baca tepi telinga bayi anda 2 ayat terakhir Ayat Qursi sebanyak 33x dan tiup 10 saat pada seluruh muka dan ubun-ubun bayi.
2. Azan sebanyak 3x.

2. Baca ayat 9 surah Yaasin 7x lalu tiup pada tapak tangan kanan dan sapu pada mata dan ubun-ubun bayi.

وَجَعَلْنَا مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُون

“Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (p**a), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.”

Berhenti bacaan pada kalimah sadda (سَدًّ) dan doa dalam hati agar bayi anda terhijab dari melihat jin\syaitan dan bayi anda didinding dengan pendinding yang kukuh supaya tidak boleh disentuh oleh jin. Kemudian sambung baca dan berhenti sekali lagi pada kalimah sadda (سَدًّ) dan doa lagi dalam hati seperti tadi, kemudian habiskan bacaan dan tiup pada ubun-ubun bayi.

Peringatan:

Jangan sesekali membawa anda berjumpa dengan bomoh yang mengamalkan perubatan yang bercanggah dengan syariat Islam. Kebiasaaanya bomoh akan memakaikan tangkal pada bayi seperti benang hitam. Dan perkara ini diharamkan dan boleh membawa kepada kesyirikan.

Wallaahu khairul musta'an...

Hakikat penyembuhan hanyalah daripada Allah Azzawajalla!!

KURSUS ISU-ISU AKIDAH DAN SYARIAT DALAM PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI SIRI 2bersama Prof. Madya Dr. Mahyuddin ...
04/11/2024

KURSUS ISU-ISU AKIDAH DAN SYARIAT DALAM PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI SIRI 2
bersama Prof. Madya Dr. Mahyuddin Ismail

📝 MAKLUMAT PROGRAM
===================
Tarikh : 22 & 29 November dan 6 & 13 Disember 2024 (Setiap Jumaat)
Masa : 9.00pm - 10.00pm
Platform: Zoom Online Meeting
Daftar disini:
https://forms.gle/krr5HvsATrUnXF8s5

💶 YURAN
RM 40.00/ orang

💶 CARA BAYARAN
Pindahan/ Bayar ke akaun *MAHYUDDIN ISMAIL*: 156094309401 (Maybank)
Sila hantar resit bayaran melalui Whatapps kepada urusetia di talian 011-30359683 beserta *NAMA PENUH* dan *NO KAD PENGENALAN*. Anda akan diberikan pautan (link) untuk kursus ini.

*📖 PENGISIAN KURSUS*
Untuk siri 2, sebanyak 8 isu akan dikupas iaitu:

🎯 Topik 1: Isu Pengeras & Pemutus Ubat
🎯 Topik 2: Isu Ilmu Pengasih/ Pelet
🎯 Topik 3: Isu Ilmu Kebal
🎯 Topik 4: Isu Ilmu Ghaib
🎯 Topik 5: Isu Ilmu Pukau
🎯 Topik 6: Isu Hipnosis dalam Latihan Minda Bawah Sedar
🎯 Topik 7: Isu Penyakit Mental
🎯 Topik 8: Isu Cincin dan Kayu Hikmat

*📋 MAKLUMAT PENTING*
📌 Kursus secara Online
📌 Peserta perlu mendaftar & membuat bayaran.
📌 Bilangan peserta adalah terhad kepada 80 orang sahaja
📌 e-Modul berwarna disediakan
📌 Sijil penyertaan disediakan
📌 Rakaman sesi di Youtube akan diberikan kepada anda.

*📋 MAKLUMAT PENCERAMAH*
*PROF MADYA DR MAHYUDDIN BIN ISMAIL*
📌 Pengerusi Jawatankuasa Kajian Lanjut Undang-undang Sihir JAKIM
📌 Panel Pakar Tasawuf. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
📌 Panel Jawatankuasa Penilai Pengamal Pengubatan Islam Negeri Pahang, Terengganu dan Sarawak.
📌 Pengerusi Panel Penilai MQA (Diploma Amalan Pengubatan Islam)
📌 Panel JK Pemurnian Akidah Jabatan Agama Islam Pahang
📌 Saksi Pakar Bagi Kes-kes Melibatkan Sihir Dalam Mahkamah
📌 Penceramah dan Fasilitator Kursus Amalan Pengubatan Islam anjuran JAKIM, JKSM, Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, WP KL, Kedah, Perak, Sabah dan Sarawak.
📌 Ketua Penyelidik 12 projek penyelidikan berkaitan API dan Undang-undang Sihir
📌 Ketua Panel Penggubal Manual Ilaj Home JAKIM
📌 Ketua Fasilitator Bengkel Pembuktian Jenayah Sihir Bagi Pegawai-pegawai Mahkamah Syariah Negara Brunei Darussalam.
📌 Ahli Mesyuarat Penggubalan Garis Panduan Pengubatan Islam, Kementerian Kesihatan Malaysia.

=================
*⏳ TARIKH TUTUP*
20 NOVEMBER 2024 (RABU) 5:00pm

Untuk info lanjut, sila whatapps ke: 011-30359683

25/10/2024

Penggunaan Jin Menurut Islam


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-39 yang bersidang pada 21 September 1995 telah membincangkan Penggunaan Jin Menurut Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

1. Bersahabat dengan jin dengan tujuan mendapatkan pertolongan dalam perkara-perkara yang ditegah oleh syarak adalah haram.

2. Meminta pertolongan jin dalam rawatan perubatan sehingga membawa kepada syirik adalah haram.

3. Meminta pertolongan jin untuk mencari kekuatan dan kehebatan adalah haram.

4. Meminta dan menggunakan khidmat jin untuk ilmu sihir atau nujum adalah haram.

Address

Malim Nawar
Kampar

Telephone

+60194342458

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rawatan Islam Darul Muttaqqin, Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram