Rawatan islam altenatif warisan pusaka

Rawatan islam altenatif warisan pusaka rawatan islam altenatif warisan pusaka taiping 2019

Ramai orang hadapi masalah ni.. Time kita tak solat, takde p**ak pikir pasal apa2.. Time baca Fatihah, baca Surah, time ...
20/11/2021

Ramai orang hadapi masalah ni.. Time kita tak solat, takde p**ak pikir pasal apa2.. Time baca Fatihah, baca Surah, time Tahiyyat, time tu jugak la teringat baju kat ampaian, kasut kat luar, keter dah nak mati roadtax..⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Benda merepek2 yg masuk dlm kepala.. Abes je bagi salam, takde p**ak pikir pasal benda2 ni semua.. Bila dah khayal ingat benda2 ni semua, kita pun terlupa rakaat ke berapa.. Ada tu, kita rasa mcm kentut, tapi betul ke kentut? Kalau kentut, batal wudhu.. Batal ler solat.. Ishhh.. Camne nak buat ni? Camne la nak khusyuk solat ni??⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Meh sini atok habaq sat... Bila kita solat, akan hadir Iblis bernama Khanzab.. Dia ni kejenya memang mengacau orang solat.. Kita akan teringat benda2 tak penting, pastu terlupa rakaat, pastu dia timbulkan keraguan kita kentut ke tak.. macam kentut, macam tak..⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Nabi SAW ada berpesan yg diriwayatkan oleh Imam Ahmad pasal benda ni.. Kalau kentut, pastikan telinga kita dengar bunyi dan ada bau.. Kalau takde, tu si Khanzab nyer kejer le tu..⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Kalau teringat benda2 kat luar solat, tu kejer si Khanzab jugak.. Jahat kan dia ni? Samseng sungguh! Memang dia nak lalaikan kita.. Nak kita tak khusyuk dalam solat..⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Bila kita khayal teringat benda2 ni, tapi mulut kumat kamit baca bacaan dlm solat, si Khanzab ni berdekah-dekah ketawakan kita.. Cis!!!⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Cara nak lawan si Khanzab ni 👇⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
(Sebelum solat) ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
[1] Baca Ta'awuz (a'uzubiLLaHiminassyaitonnirrojim) sebelum solat pastu ludah ke kiri 3x (syarat meludah je.. Bukan ludah dgn kahak-kahak sekali keluar)⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
[2] Baca Ayatul Kursi 1x⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
[3] Baca Surah an-Nas 1x⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Pastu boleh niat dan teruskan solat.. Cuba fahami maksud ayat2 bacaan solat tu.. Sebab tu kita kena belajar.. Apa tafsiran al-Fatihah, surah2 yg kita baca, bacaan waktu ruku', i'tidal, sujud dan lain2..

17/11/2021

perang baru akhir zaman

Jauh lebih indahnya rancangan Allah 😍Harini Allah bagi rasa sedih, kecewa, tersakiti dan sebagainya lagi. Rupanya ada se...
14/11/2021

Jauh lebih indahnya rancangan Allah 😍

Harini Allah bagi rasa sedih, kecewa, tersakiti dan sebagainya lagi. Rupanya ada sesuatu indah yang Allah simpan untuk diberi nanti. Tak lambat dan jugak tak terlalu cepat. Tapi tepat pada masanya, itulah rezeki.

Siapa sangka kita rancang biasa-biasa je tapi Allah bagi yang luar biasa. Siapa sangka kita ikhtiar dah cukup padu, tapi Allah tak izin nak beri. Tak siapa pun tahu apa yang Allah tahu. Mungkin dengan mata kasar kita nampak, kenapa Allah tak beri apa yang aku nak? Allah tak sayang aku ke ?

Tapi, hakikatnya sayangnya Allah pada kita lebih dari segalanya, sebabtu ada benda2 yang Allah halang dari berlaku. Ramai je yang kecewa ditinggalkan pasangan. Ramai je yang diuji dengan kehilangan harta. Ramai je yang diuji dengan anak.

Cuma satu saja, Allah itu sangat baik. Ujian yg Allah beri bukan sebab benci, tapi sebab Dia tahu kau mampu lalui. Kalau kita tahu kebaikan yg berlaku di sebalik perkara yg Allah tak izin, pasti kita akan minta terus berada dalam ujian 🥺

Kita merancang dengan cita-cita. Tapi Allah merancang dengan cinta-Nya dan Dia sebaik-baik perancang💯.

JANGAN S**A MENILAI ORANGKita manusia banyak kekurangan. Kita bukan Tuhan yang boleh menilai baik buruk seseorang. Kita ...
14/11/2021

JANGAN S**A MENILAI ORANG

Kita manusia banyak kekurangan. Kita bukan Tuhan yang boleh menilai baik buruk seseorang. Kita hanya pendosa tanpa noktah. Sudah sempurnakah kita hingga mampu menilai buruk orang?. Lebih baik fokus audit dalam diri, jangan sibuk jadi juruaudit hidup orang lain. Apabila kita selalu melihat keburukan orang lain lebih daripada keburukan diri sendiri, bermakna kita sedang menuju kehancuran hidup kita.

Perlu di ingat.. berilmu atau berlatar belakang baik bukan lesen untuk bersangka buruk dan memandang hina orang lain. Kita juga manusia yang tidak sempurna yang kadang2 tersalah sangka atau tersilap pandang terhadap orang lain juga. Maka perlulah tetapkan di dalam hati agar selalu Husnu Dzhon. Belajar menghormati orang lain dan lebihkan hargai diri sendiri. Berhentilah berbicara tentang hal orang lain. Di hari perhitungan kelak, kita akan sibuk dengan hal kisah hidup kita sendiri.

Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui, mungkin mereka yang kita pandang rendah itu lebih baik dari kita. Takutilah pada orang yang diam saat kita sakiti. Jika mereka tak berkata atau tak bertindak membalasnya, ALLAH lah yang akan membalasnya. Sentiasalah beristighfar dan memuji ALLAH dengan berzikir. Sama-sama kita muhasabah diri.

Sumber : Siti Nur ily

Nabi Sulaiman pernah bertanya seekor semut;"Wahai semut, berapa banyakkah makanan yang kamu perlukan untuk hidup selama ...
14/11/2021

Nabi Sulaiman pernah bertanya seekor semut;

"Wahai semut, berapa banyakkah makanan yang kamu perlukan untuk hidup selama setahun?"

Maka semut itu menjawab;

"Wahai Nabi ALLAH Sulaiman, aku hanya perlukan makanan sebesar sebutir gula untuk hidup selama setahun."

Maka Nabi Sulaiman mengurung semut tersebut di dalam sebuah botol dan diletakkan sebutir gula untuk makanan semut itu.

Selepas setahun Nabi Sulaiman membuka tudung botol itu dan mendapati hanya separuh sahaja gula yang dimakan oleh semut itu.

Lalu Nabi Sulaiman bertanya kepada semut tadi;

"Wahai semut, mengapa hanya separuh sahaja gula yang kamu makan dalam setahun??"

Maka semut itu menjawab;

"Jika diluar botol ini aku yakin ALLAH akan bagi rezeki yang cukup kepada aku untuk hidup, namun setelah kamu mengurung aku di dalam botol ini, aku tidak yakin manusia akan berikan aku rezeki yang cukup. Aku takut kamu terlupa untuk membuka tudung botol ini setelah setahun, Oleh itu aku terpaksa berjimat cermat."

Begitulah kisah seekor semut yang cukup yakin dengan Rezeki ALLAH kepadanya. Manusia macam kita kalau tidak yakin dengan Rezeki ALLAH maka lebih teruk daripada semut.

Yakinlah rezeki milik ALLAH, buka milik sesiapa. Ianya milik ALLAH secara mutlak.

Segala puji bagi ALLAH.

Untuk renungan kita bersama 😊

Hidayah milik Allah 💗moga Allah redha

Date = 13/11/2021(Sabtu)Rawatan = Gangguan dari nenekPesakit =  Matang, Simpang, Taiping perak
14/11/2021

Date = 13/11/2021(Sabtu)
Rawatan = Gangguan dari nenek
Pesakit = Matang, Simpang, Taiping perak


JANGAN DENGAR CAKAP ORANG! BACA NI!Apabila Giliran suami/isteri nak cium....dia mencium dahi isterinya/suaminya...air ma...
13/11/2021

JANGAN DENGAR CAKAP ORANG! BACA NI!

Apabila Giliran suami/isteri nak cium....dia mencium dahi isterinya/suaminya...air mata mengalir kep**i jenazah....di peluk isteri/suami agak lama...Kalu secara fitrah nya akan mengalir air matanya terkena kain kafan jenazah...

Seorang makcik bersuara:
"Angkat suami dia tu...jgn peluk lama2 arwah isteri awk tu...jgn sampai air mata ni menitik kene jenazah...kesian dia..berat dia nak pergi...."...maka si suami di papah oleh anak lelakinya keluar rumah....

Ini lah khilaf yg sering berlaku dlm masyarakat melayu islam kita...sebenarnya biarkan sahaja contohnya jika si suami ingin mencium dan memeluk isterinya lama buat kali terakhir...kalau pun dia menangis dan air matanya terkena kain kafan xmengapa...

tiada hadis atau nas yg mengatakan xboleh...disaat itulah si suami mungkin sedang berbisik memaafkan dan menghalalkan segala makanminum kpd isterinya....

Begitu juga sebaliknya yang berlaku pada isteri yang mencium jenazah suaminya...

Malah tidak akan batal wuduk si mati oleh kerana sebab dicium oleh suami atau isteri nya. Yg batal wuduk hanya lah orang yg hidup.

Ingat...yg tak boleh itu jika kamu meratap atau meraung dihadapan jenazah atau sewaktu kematian nya..dilarang keras oleh Rasulullah saw..wallahualam

Kekhilafan yang ramai lakukan dan masih berlaku hingga hari ini..😢

Basyirol Abu Bakar

Date : Ogos 2021Jenis Rawatan : Scan dan Pagar Home CareAlhamdulillah yg strok kembali pulih. Boleh makan n minum/cakap ...
13/11/2021

Date : Ogos 2021
Jenis Rawatan : Scan dan Pagar Home Care

Alhamdulillah yg strok kembali pulih. Boleh makan n minum/cakap seperti biasa. Alhamdulillah dengan izinnya..

Untuk renungan kita bersama                        👇🏼👇🏼👇🏼...Kenapa rumah saya adik beradik x datang pun. Saya je kena zi...
13/11/2021

Untuk renungan kita bersama
👇🏼👇🏼👇🏼...

Kenapa rumah saya adik beradik x datang pun.
Saya je kena ziarah mereka.
Dan mereka "lalu" rumah saya tetapi x singgah ..

Mari saya bagi tau.

Allah SWT perintahkan kita menziarahi untuk eratkan silaturrahim. Jika kita buat kira dapat pahala. Mereka x dapat.

Bab ni kita yang pilih. Antara pahala @ kebencian @ dendam @ cemburu.

Jadi biarkan orang yang x nak menyambung silaturrahim.

Kita ikut sunnah pasti kita bahagia.

Seperkara lagi:

Saya sendiri tidak kesal @ kecewa jika rumah saya tidak dikunjungi sanak saudara. Mungkin mereka bz. Ada hal lebih penting daripada silaturrahim.

Kita x perlu kecil hati. InsyaAllah orang lain jadi tetamu kita..membawa balik dosa kita dan membawa rahmat .

Fahamilah 7 perkara dalam hidup kamu:

1. Apabila meninggal dunia ayah kamu , maka matilah pimpinan dan nasihatnya...

2. Apabila meninggal dunia ibu kamu, maka terpadamlah cahaya kelembutan belaian dan tunjuk ajar nya...

3. Apabila meninggal dunia abang kamu, maka longlailah cita2 yg dikongsi bersama...

4. Apabila meninggal dunia kakak kamu, maka hilanglah senyuman kasihnya...

5. Apabila meninggal dunia adik2 kamu, maka hilanglah tempat tumpang kasih, nakal, gurauan dan keceriaanya...

6. Apabila meninggal dunia pasangan kamu, maka pudarlah perkongsian harapan, perasaan dan keceriaannya...

7. Apabila meninggal dunia sahabat kamu maka pudarlah sinar nasihat dan doa tulus dari bersih hatinya...

Ketahuilah.... hidup ini sangat singkat utk kedengkian, kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan kerana ESOK semuanya hanya tinggal kenangan.

Maka..
senyumlah, berlapang dadalah, maafkanlah sesiapa yang menyakitkan kamu lantaran kita tidak tahu.... bila kita akan berangkat ' meninggalkan' dunia yg fana ini....

Andai kamu melihat kanak-kanak yang sedang bermain, itulah masa silam kita.

Andai kamu melihat orang tua yang berjalan menggunakan seluruh kudrat kerana tidak larat. Maka, itulah masa depan kita.

Andai kamu melihat p**a jenazah yang sedang diusung ke tanah perkuburan. Maka, ingatlah itulah nanti pengakhiran hidup kita didunia ini.

(Manfaatkanlah masa yg mulia ini...sebelum kesempatan berlalu pergi....)

13/11/2021

sudah lama admin x update tentang rawatan islam in shaa allah petang nie admin ada rawatan persakit dari telok intan dan taiping utara,in shaa allah dgn izin allah semoga di permudahkan dari hasad dengki dan khianat manusia,

Nota Ingatan Untuk Para Suami dan Ayah.Bila anak kecil, anak gadis atau isteri kalian tiba-tiba keluar urat hijau di tan...
29/10/2021

Nota Ingatan Untuk Para Suami dan Ayah.

Bila anak kecil, anak gadis atau isteri kalian tiba-tiba keluar urat hijau di tangan, kaki atau p**i dan perutnya seperti mengandung di tengah malam.

Jangan teruskan tidur. Bangun peluk mereka dan tiup 7x Al-fatihah di ubun kepalanya.

Sapu pati atau minyak angin Bidara di kedua ibu kaki, nadi tangan dan tangannya.

Anak kecil anda boleh mati serta merta,anak gadis atau isteri boleh meninggal semasa tidur.

Ini disebabkan:

1. Mereka dalam ketakutan melampau terlihat sesuatu yang menakutkan, mimpi yang menakutkan sehingga terjaga secara mengejut sehingga aliran jantung terlalu kencang megepam darah dan memecahkan pembuluh darah.

2. Mereka terlalu stress,kecewa, menangis tanpa air mata tanpa diketahui puncanya.

3. Anak kecil sangat ketakutan dan akan terus meninggal. Selalu didianogsis sebagai sawan.

Saintifik research disebabkan oleh symptom darah tinggi dan kencing manis yang serious.

Antara sebabnya ialah sihir yang dihantar, saka yang kelaparan tidak diketahui pemiliknya dan kerja Jin Ummu Shibyan yang membawa kuman yang menyebabkan implikasi dalam aliran darah.

Baca ayat perlindungan 3 Kali , niatkan untuk anak anda.

22/10/2021

celaka lah kamu wahai bangsa arab...
sudah bersediakah kita fitnah paling besar semakin hampir,kesibukkan kita sambut mailidur rasul,mereka di arab dubai,kesibukan dengan konsert hampir 500k...

semua jawapan ada pada kita,teruskan senyuman dan teruskan amalan dan keimanan...tidak perlu sibuk mencari dajjal,sibukkan diri dgn amalan dan rapatkan saf dan keimanan...

Address

Kampong Asam Kumbang
34000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rawatan islam altenatif warisan pusaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram