03/08/2025
Hospis Melaka is preparing for a New Chapter in Caregiving Education
Hospis Melaka is in the early stages of planning a basic caregiving course aimed at empowering individuals with essential care skills. While this initiative is still in development, we are currently focusing on training our dedicated volunteers and continuously evaluating areas where our teaching methods can be improved. This is part of our long-term vision to provide structured, compassionate caregiving education to the community.
As part of our volunteer training, we recently conducted an experiential session where volunteers took on the roles of both caregiver and patient. One of the key activities involved washing each other’s hair while lying in bed, simulating the experience of being bed-bound. This hands-on exercise helped our volunteers better understand the physical and emotional aspects of receiving care in a vulnerable state.
Here are some reflections from the volunteers:
• “I enjoyed it.”
• “As a patient, I felt good. It’s nice to have clean hair and enjoy a hair wash even while being bed-bound.”
• “Sungguh nyaman. I enjoyed every moment of it. It felt so refreshing to have clean hair. Thank you, Ruby, for washing my hair so well.”
These small but meaningful experiences are essential in shaping compassionate caregivers. Stay tuned for more updates as we move closer to launching our caregiving course.
=======================
Langkah Awal ke Arah Pendidikan Penjagaan Asas
Hospis Melaka kini dalam peringkat awal merancang kursus penjagaan asas yang bertujuan untuk memberi kemahiran penjagaan penting kepada individu dalam komuniti. Walaupun inisiatif ini masih dalam perancangan, kami kini memberi tumpuan kepada melatih para sukarelawan kami dan secara berterusan menilai aspek pengajaran yang boleh diperbaiki. Ini adalah sebahagian daripada visi jangka panjang kami untuk menyediakan pendidikan penjagaan yang tersusun dan penuh belas ihsan.
Sebagai sebahagian daripada latihan, kami telah mengadakan satu sesi di mana para sukarelawan bergilir-gilir menjadi penjaga dan pesakit. Salah satu aktiviti utama adalah membasuh rambut antara satu sama lain dalam keadaan berbaring, bagi mensimulasikan pengalaman sebagai pesakit yang terlantar. Aktiviti ini membantu para sukarelawan memahami aspek fizikal dan emosi dalam menerima penjagaan ketika berada dalam keadaan lemah.
Berikut adalah beberapa ulasan daripada para sukarelawan:
• “Saya menikmatinya.”
• “Sebagai pesakit, saya rasa sangat selesa. Seronok rasanya apabila rambut dibasuh dan terasa bersih walaupun sedang terlantar.”
• “Sungguh nyaman. Saya menikmati setiap detik. Rasa segar dan gembira apabila rambut bersih. Terima kasih Ruby kerana mencuci rambut saya dengan baik.”
Pengalaman seperti ini mungkin nampak kecil, tetapi ia sangat bermakna dalam membentuk penjaga yang berempati dan penuh kasih sayang. Nantikan pengumuman rasmi kami mengenai kursus penjagaan ini tidak lama lagi.