Pusat Sehenti Sementara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur - Pusara

Pusat Sehenti Sementara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur - Pusara Pusat Pengurusan Jenazah Terkoordinasi Pertama Di Malaysia.

PUSARA WPKL di dalam berita.Etika_Hormat_Mulia.
10/08/2021

PUSARA WPKL di dalam berita.

Etika_Hormat_Mulia.

Digital identification of Covid-19 victims helps grieving next-of-kin cope with loss.

PUSARA 10.8.2021Tempat ini kubangunkanbersama rakan seperjuanganMemastikan jasad kaku disempurnakanDengan etika, hormat ...
10/08/2021

PUSARA 10.8.2021

Tempat ini kubangunkan
bersama rakan seperjuangan
Memastikan jasad kaku disempurnakan
Dengan etika, hormat dan mulia

Namun,
Aku diuji
Hari ini aku ditempat mereka
Mengurus ahli keluarga tercinta
Yang pergi buat selamanya

Kuatlah duhai hati
Melihat sendiri yang dikasihi
Buat terakhir kali
diurus dengan rapi
Petugas Penuh dedikasi
Walaupun penat terus berbakti
Terima kasih petugas semua
Melihat anda terasa bangga
Teruskanlah bekerja
Demi agama, bangsa dan negara

Innalillahi wainna ilaihi rajiun
29.9.1944 - 9.8.2021
Omar @ Mat Nor Bin Jaafar
Semoga ruhnya bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

*Jutaan terima kasih kepada PUSARA WPKL, Balai Polis Bandar Sri Damansara, PKD Petaling Jaya, JAWI, Jabatan Patologi HKL, Unit Angkut HKL, UKA HKL, Petugas di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, sahabat-sahabat, rakan-rakan dan ahli keluarga yang banyak membantu dan mendoakan. Dr Salmah Arshad & Suami (Azrin Bin Omar).

Pusat Sehenti Sementara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur - PusaraDi saat ramai bercuti,Kami tetap disini,Menunai amanah,...
10/08/2021

Pusat Sehenti Sementara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur - Pusara

Di saat ramai bercuti,
Kami tetap disini,
Menunai amanah,
Kepada pertiwi.
Di tahun baru,
Penuh keazaman,
Agar semua,
Diberi kemudahan,
Kepada waris,
Kepada jenazah,
Sehabis baik,
Kami usahakan,
Semoga dibalas,
Segala rahmah,
Untuk kami,
Untuk semua.

Etika_Hormat_Mulia

Catatan Thabib pencari sebab mati.

09/08/2021

Takziah kepada Dr Salmah Arshad , Ketua Tadbir Urus PUSARA WPKL atas pemergian ayahanda mertua beliau hari ini. Warga PUSARA WPKL turut berdukacita dan mendoakan segala kebaikan kepada arwah ayahanda. Al fatihah.

PUSARA WPKL1 Muharram ini,Kami teruskan perjuangan,Yang masih panjang,Tidak tahu akhirnya,Walaupun sinar itu,Telah kelih...
09/08/2021

PUSARA WPKL

1 Muharram ini,
Kami teruskan perjuangan,
Yang masih panjang,
Tidak tahu akhirnya,
Walaupun sinar itu,
Telah kelihatan,
Peritnya berterusan,
Keringat dan peluh,
Akan terus basah,
Satu pengorbanan,
Tiada taranya,
Usaha kami,
Demi memastikan,
Tubuh-tubuh kaku itu,
Mendapat,
Apa yang selayaknya,
Seorang manusia,
Di pengakhiran hidup,
Satu kemuliaan,
Satu penghormatan,
Penuh Etika...

Catatan Thabib Pencari Sebab Mati.

8.8.2021 @ 2100H-2300HKetika ramai yang sibuk dengan online shopping,Para sukarelawan dan petugas2 PUSARA WPKL bertungku...
08/08/2021

8.8.2021 @ 2100H-2300H

Ketika ramai yang sibuk dengan online shopping,
Para sukarelawan dan petugas2 PUSARA WPKL bertungkus mengambil jenazah-jenazah dari Wad2 dan Jabatan Kecemasan HKL. Lori terpaksa digunakan kerana jumlahnya ramai.

Terima kasih kepada para sukarelawan yg sudi membantu sehingga ke malam hari. Tanpa bantuan mereka petugas2 Forensik akan kepenatan dan ‘Burns out’. Tidak lupa juga bantuan yang diberikan oleh pihak Bomba.


Data Sukan

08/08/2021

Sejarah Ringkas.

PUSAT SEHENTI SEMENTARA WPKL adalah sebuah Pusat Pengurusan Jenazah COVID 19 dan non COVID 19 yang sistematik dan terkoordinasi di WPKL. Inisiatif PUSARA WPKL adalah dari Kementerian Wilayah Persekutuan, Agensi Pengurusan Bencana Negara dan Hospital Kuala Lumpur bagi mengatasi masalah bilangan jenazah diuruskan melebihi kapasiti di HKL. Ia diluluskan oleh YAB Perdana Menteri pada 16.7.2021 di dalam mesyuarat GKVTF. Agensi Pelaksana Fasiliti adalah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur manakala Agensi Pelaksana Operasi adalah IPFN HKL. Operasi PUSARA oleh IPFN HKL dan di bantu JAWI, Jabatan BOMBA dan Penyelamat WPKL, PDRM KUALA LUMPUR, RELA WPKL, YAYASAN WILAYAH, PRIHATIN VOLUNTEER, Malaysia Society Disaster Victim Identification (M. S. D. V. I) dan DATA SUKAN CONSULTING SDN BHD.

Address

Jalan Raja Muda Abdul Aziz
Kampong Baharu
50300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Sehenti Sementara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur - Pusara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category