
19/02/2025
"Terima kasih kepada semua pembeli setia kami! ❤️ Tanpa anda, tiada kami.
Semoga rezeki anda melimpah ruah seperti sokongan anda kepada kami! 🌟
Remember, all cures and healing are from Allah. Kesan adalah berbeza mengikut individu tertentu.
Lot 14889B, Jalan Seri Jaya
Kampong Bukit Kapar
42200
Monday | 09:00 - 17:00 |
Tuesday | 09:00 - 17:00 |
Wednesday | 09:00 - 17:00 |
Thursday | 09:00 - 17:00 |
Friday | 09:00 - 17:00 |
Saturday | 09:00 - 17:00 |
Sunday | 09:00 - 17:00 |
Be the first to know and let us send you an email when Hawari Venture posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.
Send a message to Hawari Venture:
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Perniagaan merupakan sunah Rasulullah saw. Rezeki dalam perniagaan adalah 9/10 dan 1/10 adalah daripada kerja makan gaji. Beruntung bagi mereka yang bekerja makan gaji sambil berniaga maka mereka mendapat 10/10. Sedikit nukilan dibawah ini : Nak tahu kenapa Islam menggalakkan umatnya berniaga ? Bukan sebab nak kaya. Tetapi sebab berniaga itu adalah suatu tarbiyyah. Tarbiyyah tentang kehidupan, kemudian mendekatkan diri menuju Tuhan. Nabi s.a.w berniaga di usianya muda. Di usia 20 an dan nyata pada usia itu baginda masih belum dilantik menjadi Rasul. Jadi jelasnya kerja2 dakwah baginda tidak dibuat secara terang. Orang yang berniaga ini tawakkal mereka sebenarnya lebih tinggi. Sebab mereka tidak tahu bila rezeki dalam berbentuk wang akan dapat. Mereka hanya akan buat kerja dan terus usaha. Dan tawakkal mereka mutlak pada Allah taala sahaja. Kemudian apa? Kemudian dalam berniaga mereka akan berjumpa dan melihat pelbagai ragam manusia, mereka akan kenal ramai orang ternama dan biasa. Disini dalam konteks dakwah, nabi s.a.w akan belajar bagaimana untuk melihat ragam manusia dalam usaha dakwahnya sesudah dilantik menjadi rasul. Kemudian lagi apa? Berniaga Merapatkan Ukhwah Dan Silaturrahim. Ukhwah dan silaturrahim. Mereka akan kenal banyak orang baru dalam hidup mereka. Baik islam mahupun bukan Islam dan ukhwah akan terjalin , atas asbab perniagaan . Sebab itu dalam berniaga perkara pokok yang perlu di jaga ialah ‘ good contact ‘, masyarakat cina sangat menjaga hubungan ‘ good contact ‘ mereka. Dalam konteks dakwah Nabi SAW , ‘ good contact ‘ digunakan dalam usaha dakwah baginda kelak . Mereka akan melihat keluhuran dan kejujuran baginda. Jika produk yang di bawa itu adalah dari buatan manusia pun sudah dijual dengan jujur , pastilah produk dari langit juga akan disampaikan dengan jujur . Apa produk itu ? jawapannya ialah Iman dan Islam . Kemudian p**a apa lagi? Berniaga akan bawa diri kita merentas pelbagai medan seantero dunia . Dengan berniaga kita akan melihat kepelbagaian budaya , dan akan terhasil idea untuk menghasilkan produk yang terbaik. Contohnya goreng pisang cheese . Produk itu sudah lama wujud di Indonesia, kemudian dicipta dan dijual di Malaysia . Dan dalam konteks dakwah Nabi SAW , baginda kerap berdagang kesana kemari dan melihat kepelbagaian ragam manusia . Sewaktu muda , baginda menimba pengalaman bercampur pelbagai golongan manusia . Baginda tidak menilai manusia dari luaran . Sebab itulah dakwah baginda sampai ke setiap lapisan masyarakat. Tua dan muda, miskin dan kaya, hamba dan raja, lelaki dan wanita. Perniagaan Adalah Tarbiyyah Perniagaan adalah satu tarbiyyah terbaik. Terbaik untuk mendidik jiwa anda dan belajar matlamat asal kehidupan. Perasaan tawakkal dan syukur paling banyak dalam jiwa orang yang berniaga. Ramai antara kita membaca kisah sesudah Nabi SAW menjadi rasul iaitu di usia baginda 40 tahun. Namun ramai yang tidak tahu apa yang baginda buat sewaktu usia muda. Ketahuilah, baginda bukan duduk bersahaja . Baginda ditarbiyyah pelbagai cara . Salah satunya jalan perniagaan . Baginda bercampur dengan pelbagai jenis manusia untuk belajar mengenali umatnya . Baginda merantau untuk mendekati kepelbagaian manusia. Oleh itu, sunnah dalam perniagaan bukanlah mesti kaya. Kerana sunnah dalam perniagaan adalah tarbiyyah diri untuk menjadi hamba. Itulah cara Tuhan mengajar manusia. Tingkatkan dalam hati rasa syukur dan tawakkal. Sekiranya berniaga untuk kaya, maka tak perlu berniaga. Berniaga kerana nak kaya itu adalah kesilapan pertama. Tetapi sekiranya berniaga untuk mencari nafkah dan berbakti memberi manfaat pada umat manusia, itulah matlamat asal perniagaan dalam agama. Lupakah kalian pada sabda baginda , bahawa sebaik baik umat Nabi SAW adalah yg memberi manfaat pada mukmin yang lain? Sebenarnya konsep berniaga adalah memberi manfaat . Dan bukan nak kaya. Kaya dan kecukupan kewangan akan hadir setelah anda benar-benar faham konsep perniagaan yang anda jalankan.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MISI HAWARI VENTURE