Physio Hut - Fisioterapi Kelantan

Physio Hut - Fisioterapi Kelantan Physiotherapy & Wellness Centre
✓Fisioterapi (Centre & Ke Rumah)
✓Sport Massage & Therapeutic Massage
✓Bekam Klinikal & Sunnah
✓Akupunktur & Dry Needling

𝗦𝗮𝗸𝗶𝘁 𝗕𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮𝗻𝗴? 𝗞𝗲𝗻𝗮𝗹𝗶 𝟰 𝗝𝗲𝗻𝗶𝘀 ‘𝗦𝗽𝗼𝗻𝗱𝘆’ 𝗜𝗻𝗶 𝗗𝘂𝗹𝘂Ramai pesakit keliru bila doktor atau fisioterapis menyebut istilah sepe...
18/04/2026

𝗦𝗮𝗸𝗶𝘁 𝗕𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮𝗻𝗴? 𝗞𝗲𝗻𝗮𝗹𝗶 𝟰 𝗝𝗲𝗻𝗶𝘀 ‘𝗦𝗽𝗼𝗻𝗱𝘆’ 𝗜𝗻𝗶 𝗗𝘂𝗹𝘂

Ramai pesakit keliru bila doktor atau fisioterapis menyebut istilah seperti spondylosis, spondylolysis, spondylolisthesis atau spondylitis.
Walaupun bunyinya hampir sama, setiap satu sebenarnya merujuk kepada masalah tulang belakang yang berbeza dan memerlukan rawatan yang tidak sama.

Memahami perbezaannya sangat penting kerana ia menentukan:
✔ jenis rawatan,
✔ tahap kecederaan,
✔ jangka masa pemulihan,
✔ serta risiko komplikasi.

Penilaian awal oleh fisioterapi membolehkan rawatan diberikan dengan tepat supaya anda kembali bergerak tanpa rasa takut dan lebih yakin.
Jika sakit belakang anda makin teruk atau berpanjangan, dapatkan penilaian segera.

📩 PM kami untuk konsultasi awal
📞 WhatsApp untuk tempahan slot rawatan

wasap.my/601125600049/fisioterapikelantan

wasap.my/601125600049/fisioterapikelantan

wasap.my/601125600049/fisioterapikelantan

𝐀𝐭𝐚𝐬𝐢 𝐎𝐭𝐨𝐭 𝐓𝐞𝐠𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐅𝐨𝐚𝐦 𝐑𝐨𝐥𝐥𝐞𝐫Foam roller adalah antara alat yang berkesan untuk membantu melegakan ketegangan oto...
16/04/2026

𝐀𝐭𝐚𝐬𝐢 𝐎𝐭𝐨𝐭 𝐓𝐞𝐠𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐅𝐨𝐚𝐦 𝐑𝐨𝐥𝐥𝐞𝐫

Foam roller adalah antara alat yang berkesan untuk membantu melegakan ketegangan otot, terutamanya di bahagian lower back, paha dan betis.

Dengan teknik yang betul, foam rolling boleh membantu:
✔️ Mengurangkan rasa tegang di bahagian lower back
✔️ Melancarkan peredaran darah pada otot
✔️ Mengurangkan kekakuan selepas aktiviti harian
✔️ Membantu pemulihan otot dengan lebih cepat

Di bawah bimbingan physiotherapist, penggunaan foam roller jadi lebih selamat dan efektif untuk keperluan badan anda.





𝗙𝗜𝗦𝗜𝗢𝗧𝗘𝗥𝗔𝗣𝗜 memainkan peranan penting dalam menyokong 𝗣𝗘𝗦𝗔𝗞𝗜𝗧 𝗞𝗔𝗡𝗦𝗘𝗥 sepanjang perjalanan rawatan mereka. Ini adalah car...
15/04/2026

𝗙𝗜𝗦𝗜𝗢𝗧𝗘𝗥𝗔𝗣𝗜 memainkan peranan penting dalam menyokong 𝗣𝗘𝗦𝗔𝗞𝗜𝗧 𝗞𝗔𝗡𝗦𝗘𝗥 sepanjang perjalanan rawatan mereka. Ini adalah cara fisioterapi boleh memberi manfaat kepada mereka:

1️⃣ 𝗣𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗦𝗮𝗸𝗶𝘁: Kanser dan rawatannya boleh menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan. Pakar fisioterapi boleh menggunakan pelbagai teknik termasuk terapi manual dan senaman untuk membantu menguruskan kesakitan dan meningkatkan keselesaan.
2️⃣ 𝗠𝗲𝗺𝘂𝗹𝗶𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗳𝘂𝗻𝗴𝘀𝗶𝗮𝗻: Kanser dan rawatannya boleh menyebabkan kecacatan fizikal seperti kekuatan, fleksibiliti dan mobiliti yang berkurangan. Fisioterapi bertujuan untuk memulihkan atau memperbaiki fungsi ini bagi membantu pesakit mendapatkan semula keupayaan mereka untuk melakukan aktiviti harian.
3️⃣ 𝗠𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝘂𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗹𝗲𝘁𝗶𝗵𝗮𝗻 (𝗳𝗮𝘁𝗶𝗴𝘂𝗲): Keletihan yang berkaitan dengan kanser adalah perkara biasa dan boleh memberi kesan ketara kepada kualiti hidup pesakit. Ahli fisioterapi akan menghasilkan program senaman yang membantu memerangi keletihan dan meningkatkan daya tahan.
4️⃣ 𝗠𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻𝗶 𝗟𝘆𝗺𝗽𝗵𝗲𝗱𝗲𝗺𝗮: Sesetengah rawatan kanser terutamanya pembedahan dan radiasi untuk kanser payudara, boleh membawa kepada lymphedema (bengkak pada anggota badan) . Teknik fisioterapi seperti 'manual lymphatic drainage' dan 'compression therapy' boleh membantu mengurus dan mengurangkan bengkak.
5️⃣ 𝗠𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝗯𝗮𝗶𝗸𝗶 𝗝𝘂𝗹𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗿𝗴𝗲𝗿𝗮𝗸𝗮𝗻: Pembedahan dan rawatan kanser kadangkala boleh menyebabkan pergerakan terhad pada bahagian badan tertentu. Intervensi fisioterapi termasuk senaman regangan dan teknik mobilisasi, boleh membantu memulihkan atau meningkatkan julat pergerakan.
6️⃣ 𝗦𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗻𝗮𝗳𝗮𝘀𝗮𝗻: Bagi pesakit kanser paru-paru atau mereka yang menjalani pembedahan toraks, ahli fisioterapi boleh menyediakan teknik dan senaman untuk meningkatkan fungsi pernafasan dan mencegah komplikasi seperti radang paru-paru.
7️⃣ 𝗣𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗣𝗮𝗿𝘂𝘁: Pembedahan dan terapi sinaran boleh menyebabkan parut. Pakar fisioterapi boleh menyediakan teknik untuk meningkatkan mobiliti dan penampilan tisu parut.
8️⃣ 𝗠𝗲𝗻𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘀𝗲𝗷𝗮𝗵𝘁𝗲𝗿𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗮𝗹: Aktiviti fizikal dan pergerakan boleh memberi kesan positif kepada kesihatan mental. Melibatkan diri dalam fisioterapi boleh meningkatkan mood pesakit, mengurangkan kebimbangan, dan memberikan rasa pencapaian.
9️⃣ 𝗠𝗲𝗺𝘂𝗽𝘂𝗸 𝗦𝗶𝗸𝗮𝗽 𝗕𝗲𝗿𝗱𝗶𝗸𝗮𝗿𝗶: Fisioterapi memperkasakan pesakit kanser untuk mengambil peranan aktif dalam pemulihan mereka. Ia memberikan mereka alat dan teknik untuk menguruskan cabaran fizikal mereka, menggalakkan rasa untuk berdikari dan mengawal.
🔟 𝗠𝗲𝗻𝘆𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 𝗞𝗲𝗺𝗮𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶𝗮𝗻: Selepas rawatan kanser, fisioterapi boleh terus memainkan peranan dalam membantu pesakit mendapatkan semula kekuatan, fleksibiliti dan kesejahteraan semasa mereka beralih kepada kemandirian.

Adalah penting bagi pesakit kanser untuk berunding dengan pakar penjagaan kesihatan mereka, termasuk pakar onkologi dan ahli fisioterapi bertauliah mereka untuk menentukan intervensi fisioterapi yang paling sesuai dan berkesan untuk situasi khusus mereka. Para profesional ini boleh membuat pelan rawatan. yang disesuaikan dengan keperluan pesakit dan peringkat rawatan.

Boleh hubungi no di bawah untuk booking sesi fisioterapi atau sebarang pertanyaan mengenai fisioterapi :

☎️ wasap.my/601125600049/fisioterapikelantan

𝙁𝙞𝙨𝙞𝙤𝙩𝙚𝙧𝙖𝙥𝙞 𝙔𝙖𝙣𝙜 𝘼𝙣𝙙𝙖 𝘾𝙖𝙧𝙞 𝘼𝙙𝙖 𝙙𝙞 𝙎𝙞𝙣𝙞PhysioHut menawarkan rawatan fisioterapi yang komprehensif,berfokus kepada pemulih...
14/04/2026

𝙁𝙞𝙨𝙞𝙤𝙩𝙚𝙧𝙖𝙥𝙞 𝙔𝙖𝙣𝙜 𝘼𝙣𝙙𝙖 𝘾𝙖𝙧𝙞 𝘼𝙙𝙖 𝙙𝙞 𝙎𝙞𝙣𝙞

PhysioHut menawarkan rawatan fisioterapi yang komprehensif,
berfokus kepada pemulihan yang efektif dan selamat.

Kami menggabungkan:
✔️ Kepakaran fisioterapis terlatih
✔️ Penilaian klinikal yang menyeluruh
✔️ Pelan rawatan individu
✔️ Penggunaan teknik & peralatan moden

Pendekatan kami adalah berasaskan evidence-based practice,
bagi memastikan setiap rawatan memberi hasil yang optimum kepada pesakit.

📍 Kota Bharu
⏰ Sabtu–Khamis | 9.00 pagi – 6.00 petang

Hubungi kami untuk konsultasi dan tempahan slot.

𝗗𝗥𝗬 𝗡𝗘𝗘𝗗𝗟𝗜𝗡𝗚 𝗩𝗦 𝗔𝗖𝗨𝗣𝗨𝗡𝗖𝗧𝗨𝗥𝗘 𝗔𝗽𝗮 𝗜𝘁𝘂 '𝗗𝗿𝘆 𝗡𝗲𝗲𝗱𝗹𝗶𝗻𝗴' ❓Rawatan moden ini melibatkan tusukan jarum filiform ke dalam ‘trigge...
13/04/2026

𝗗𝗥𝗬 𝗡𝗘𝗘𝗗𝗟𝗜𝗡𝗚 𝗩𝗦 𝗔𝗖𝗨𝗣𝗨𝗡𝗖𝗧𝗨𝗥𝗘

𝗔𝗽𝗮 𝗜𝘁𝘂 '𝗗𝗿𝘆 𝗡𝗲𝗲𝗱𝗹𝗶𝗻𝗴' ❓
Rawatan moden ini melibatkan tusukan jarum filiform ke dalam ‘trigger point’ atau pada kawasan otot yang ketat atau bersimpul. ‘Dry needling’ dapat membantu melepaskan simp**an dan melegakan sebarang sakit otot atau kekejangan.

Jarum yang digunakan untuk rawatan ini tidak mengandungi cecair, jadi tiada cecair yang disuntik ke dalam badan anda. ‘Dry needling’ biasanya dilakukan oleh ahli terapi kecederaan fizikal dan sukan. Teknik yang paling biasa melibatkan tusukan jarum dalam kulit selama 10-30 minit.

𝗔𝗽𝗮 𝗜𝘁𝘂 𝗔𝗸𝘂𝗽𝘂𝗻𝗸𝘁𝘂𝗿 ❓
Berasal dari perubatan tradisional Cina, prosedur ini telah digunakan secara meluas selama beribu-ribu tahun untuk merawat pelbagai keadaan perubatan. Falsafah utamanya ialah badan boleh sembuh apabila chi, atau aliran tenaga dilepaskan.

Dilakukan oleh perawat yang terlatih dan berlesen, rawatan alternatif ini melibatkan tusukan jarum pada titik tertentu untuk merangsang saraf anda bagi membebaskan endorfin, yang merupakan ubat penahan sakit semula jadi otak anda. Proses rangsangan ini membantu melegakan kesakitan dan ketegangan otot.

Di PhysioHut, kami ada menawarkan rawatan akupunktur tau. Jom cuba rawatan ni dengan kami. Boleh hubungi talian perkhidmatan pelanggan kami untuk booking tarikh appointment SEGERA! 👇
wasap.my/601125600049/akupunktur

12/04/2026

𝗥𝗮𝗺𝗮𝗶 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗳𝗮𝗵𝗮𝗺, 𝗳𝗶𝘀𝗶𝗼𝘁𝗲𝗿𝗮𝗽𝗶 = 𝘂𝗿𝘂𝘁 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗿𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗴𝘂𝗻𝗮 𝗺𝗮𝗰𝗵𝗶𝗻𝗲 𝘀𝗮𝗵𝗮𝗷𝗮.
Tapi sebenarnya, Fisioterapi adalah satu sesi atau program pemulihan untuk masalah/sakit badan dengan target untuk sembuh atau menjalani semula aktiviti harian tanpa sakit.

Sesi fisioterapi yang betul bermula dengan assessment yang tepat.

Di Physio Hut, setiap sesi adalah rehab berstruktur berdasarkan kondisi sebenar badan anda. Bukan rawatan dengan template yang sama.

Sebab tu result lebih jelas, lebih cepat & lebih selamat.

📩 Nak tahu punca sebenar sakit anda? Book assessment dengan team kami sekarang.

𝗣𝗘𝗡𝗬𝗔𝗞𝗜𝗧 𝗡𝗬𝗔𝗡𝗬𝗨𝗞, 𝗞𝗘𝗦𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗔𝗪𝗔𝗟Dementia adalah istilah umum yang digunakan untuk menggambarkan penurunan dalam fungsi ...
12/04/2026

𝗣𝗘𝗡𝗬𝗔𝗞𝗜𝗧 𝗡𝗬𝗔𝗡𝗬𝗨𝗞, 𝗞𝗘𝗦𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗔𝗪𝗔𝗟

Dementia adalah istilah umum yang digunakan untuk menggambarkan penurunan dalam fungsi kognitif yang dapat mengganggu kehidupan seharian. Ia menjejaskan ingatan, pemikiran, dan kebolehan sosial. Gejala adalah berbeza-beza bergantung kepada punca dan kawasan otak yang terjejas.

11/04/2026

𝐓𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐜𝐞𝐩𝐚𝐭 𝐥𝐞𝐧𝐠𝐮𝐡? 𝐉𝐚𝐫𝐢 𝐫𝐚𝐬𝐚 𝐤𝐞𝐛𝐚𝐬?

Cuba Flexor Tendon Glides - senaman simple tapi sangat membantu pulihkan pergerakan ✋🏻

Lakukan langkah demi langkah dan perhatikan perubahan 💚


Walaupun nampak macam “simple”, latihan guna dumbbell sebenarnya ada teknik yang betul 💪Ramai ingat angkat ringan tak be...
10/04/2026

Walaupun nampak macam “simple”, latihan guna dumbbell sebenarnya ada teknik yang betul 💪

Ramai ingat angkat ringan tak beri kesan…
Tapi hakikatnya, kalau buat dengan cara yang salah:
❌ Boleh tambah sakit
❌ Otot tak aktif dengan betul
❌ Risiko injury berulang

Sebaliknya, bila teknik betul:
✔️ Otot diaktifkan dengan lebih efektif
✔️ Bantu kuatkan bahagian yang lemah
✔️ Kurangkan ketegangan & sakit
✔️ Percepatkan proses recovery

Sebab tu dalam sesi fisioterapi, kami bukan sekadar bagi exercise —
kami guide step by step, betulkan postur, dan pastikan setiap pergerakan selamat & berkesan 👩🏻‍⚕️✨

Recovery yang betul bukan tentang buat banyak…
tapi buat dengan teknik yang tepat.

📩 Nak tahu exercise yang sesuai dengan kondisi anda?
Jom buat physiotherapy assessment dengan kami sekarang!

📞 Walk-in atau booking slot pun boleh
📍 Physio Hut & Wellness Centre

𝗦𝗲𝗻𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗨𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗦𝗮𝗸𝗶𝘁 𝗕𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗲𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗚𝘆𝗺 𝗕𝗮𝗹𝗹Latihan menggunakan gymball membantu menguatkan otot teras (core), memp...
09/04/2026

𝗦𝗲𝗻𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗨𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗦𝗮𝗸𝗶𝘁 𝗕𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗲𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗚𝘆𝗺 𝗕𝗮𝗹𝗹

Latihan menggunakan gymball membantu menguatkan otot teras (core), memperbaiki postur dan mengurangkan risiko kecederaan.
Dengan bimbingan physiotherapist yang betul, setiap pergerakan jadi lebih selamat dan berkesan.

Sesuai untuk:
✔️ Sakit belakang
✔️ Masalah postur
✔️ Pemulihan kecederaan
✔️ Penguatan otot badan

Mulakan langkah kecil hari ini untuk badan yang lebih kuat esok. ✨

𝐑𝐄𝐒𝐓𝐎𝐂𝐊 𝐀𝐋𝐄𝐑𝐓! 𝐀𝐧𝐢𝐨𝐬𝐲𝐦𝐞 𝐗𝟑 𝐃𝐚𝐡 𝐒𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢 𝐃𝐢 𝐂𝐞𝐧𝐭𝐫𝐞 𝐊𝐚𝐦𝐢!Good news untuk semua pelanggan kami!Aniosyme X3 kini dah RESTOCK d...
08/04/2026

𝐑𝐄𝐒𝐓𝐎𝐂𝐊 𝐀𝐋𝐄𝐑𝐓! 𝐀𝐧𝐢𝐨𝐬𝐲𝐦𝐞 𝐗𝟑 𝐃𝐚𝐡 𝐒𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢 𝐃𝐢 𝐂𝐞𝐧𝐭𝐫𝐞 𝐊𝐚𝐦𝐢!

Good news untuk semua pelanggan kami!
Aniosyme X3 kini dah RESTOCK di centre kami!

Aniosyme X3 ialah cecair enzimatik yang digunakan untuk membersihkan dan menanggalkan kotoran organik seperti darah, tisu dan protein pada peralatan perubatan dengan lebih efektif dan selamat.

Siapa yang sesuai guna Aniosyme X3?
✅ Klinik fisioterapi
✅ Klinik bekam
✅ Klinik kesihatan & rawatan
✅ Pengamal rawatan yang menggunakan peralatan berulang
✅ Mana-mana centre yang mementingkan kebersihan dan standard disinfeksi yang tinggi

Dengan penggunaan Aniosyme X3, peralatan anda boleh dibersihkan dengan lebih menyeluruh sebelum proses disinfeksi seterusnya — lebih bersih, lebih selamat, lebih yakin! 🧼✨

⚠️ Stok adalah TERHAD — dapatkan segera sementara masih ada!
📩 WhatsApp kami sekarang untuk tempahan
📍 Boleh walk-in terus ke centre kami

Individu yang TIDAK AKTIF secara fizikal akan kehilangan 3% hingga 5% j***m otot setiap 10 tahun selepas berumur 30 an.P...
07/04/2026

Individu yang TIDAK AKTIF secara fizikal akan kehilangan 3% hingga 5% j***m otot setiap 10 tahun selepas berumur 30 an.

Proses DEGENERATIF ini juga dikenali sebagai Sacropenia.

Ia biasanya akan berlaku dengan lebih cepat bila mencecah umur 75 tahun atau pun seawal 65 tahun. 😱

Sacropenia juga merupakan antara faktor penyebab warga emas sering HILANG KESEIMBANGAN dan berisiko mengalami PATAH akibat daripada jatuh.

Sememangnya kita tidak boleh menghentikan proses penuaan ini.

Tapi. . . Ada cara untuk melambatkannya melalui amalan GAYA HIDUP SIHAT, AKTIF dan PEMAKANAN yang seimbang.

Selama kita bergerak, otot kita akan turut bekerja dan secara automatik akan menjadi KUAT.

Oleh itu, aktifkan otot kita dengan melakukan aktiviti atau HOBI kegemaran seperti berkebun, berjalan, berkayak atau berbasikal. Tiada alasan untuk terbaring atau duduk sahaja hanya kerana bertambah usia.

Mudah kan? Jom mula gaya hidup sihat hari ni. 🥰

Address

Lot 1175, Lorong SK Sultan Ismail 1, Jalan Kuala Krai
Kampong Dalam Kota
15150

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

+601125600049

Website

https://linktr.ee/physiohut, https://easydesign.my.canva.site/physiohut-kb

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Physio Hut - Fisioterapi Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Physio Hut - Fisioterapi Kelantan:

Share

PUSAT RAWATAN FISIOTERAPI & SPA MUSLIMAH KOTA BHARU

Pusat Rawatan Fisioterapi & Spa Muslimah PERTAMA di bandar Kota Bharu.

Lengkap dengan peralatan dan mesin terapi canggih & terkini. Terapis kami p**a merupakan lulusan ijazah, terlatih & berpengalaman.

Dengan harga yang berpatutan, anda dapat menikmati rawatan kami tanpa kerisauan. Rawatan kami turut merangkumi pelbagai teknik manual, mobilisasi otot & sendi, elektroterapi serta senaman pemulihan.

Selain daripada rawatan fisioterapi untuk mereka yang mengalami masalah kesihatan, Physio Hut juga menyediakan servis Terapi Spa. Antaranya, pakej urutan badan, kaki, leher serta rendaman & scrub kaki.