11/11/2021
4 BENDA PANTANG LEPAS ANDA MINUM MADU!
Tahukah anda, ada pantang larang yang tidak boleh dilakukan selepas minum madu?
1. Jangan tidur selepas minum madu
Sebenarnya, madu memiliki kandungan kalori yang cukup tinggi. Ganti kebiasaan minum madu ini pada waktu pagi agar kalorinya dapat terbakar. Jika kita minum sebelum tidur, kalori yang terkandung di dalamnya boleh menyebabkan risiko obesiti.
2. Elak makanan bergula selepas minum madu
Pengambilan madu berlebihan dapat meningkatkan kadar gula dalam darah sehingga meningkatkan risiko kenaikan berat badan, penyakit jantung dan diabetes jenis 2. Sebaik-baiknya, elakkan mengambil makanan yang tinggi kandungan gula selepas minum madu.
3. Jangan minum madu dalam kedaan panas
Sebaik-baiknya jangan minum madu yang dipanaskan kerana ia dipercayai boleh mematikan khasiat yang terkandung di dalamnya selain menyukarkan proses penghadamannya..
4. Jangan beri madu pada bayi
Madu tidak sepatutnya diberikan pada bayi berusia kurang 12 bulan. Madu, terutamanya yang asli, terdedah kepada bakteria dikenali sebagai clostridium botulinum. Bakteria ini dapat menyebabkan keracunan botulisme, di mana tubuh akan mengalami kekejangan dan boleh meragut nyawa. Ia jarang berlaku kepada orang dewasa kerana mempunyai sistem imunisasi yang tinggi. Namun jika selepas minum madu anda berasa pening, mual, muntah dan cirit-birit, segera berjumpa dengan doktor.
https://linktr.ee/urbanecolifefarm
Rujukan : https://www.mstar.com.my