Hospital Sultan Zainal Abidin

Hospital Sultan Zainal Abidin Hospital Sultan Zainal Abidin
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu
09-6655555

Program SUKSES 5.0 Karnival Pendidikan Kerjaya Murid Peringkat Negeri Terengganu5&6 Mei 2026 | Kuala Nerus - Jabatan Kec...
06/05/2026

Program SUKSES 5.0 Karnival Pendidikan Kerjaya Murid Peringkat Negeri Terengganu

5&6 Mei 2026 | Kuala Nerus - Jabatan Kecemasan dan Trauma HoSZA turut serta membuka reruai pameran dengan mengadakan demonstrasi Basic Life Support (BLS), bertujuan memberi pendedahan kepada orang awam mengenai tindakan awal yang kritikal dalam menyelamatkan nyawa ketika berdepan situasi kecemasan.

Program yang diadakan pada 5 dan 6 Mei 2026 di UniSZA ini menghimpunkan pelbagai pengisian bermanfaat melibatkan penyertaan sekolah-sekolah seluruh negeri Terengganu.

Alhamdulillah, reruai HoSZA menerima sambutan yang amat menggalakkan. Para pengunjung tidak melepaskan peluang untuk mempelajari teknik BLS daripada pasukan perubatan yang terlatih.

Semoga usaha ini dapat meningkatkan kesedaran pelajar tentang kepentingan ilmu asas kecemasan dalam membantu menyelamatkan nyawa dan menarik minat pelajar kepada bidang perubatan.

Jom Sihat Bersama HoSZA! ๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธโœจโ€‹Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA) sentiasa komited dalam memupuk gaya hidup sihat...
06/05/2026

Jom Sihat Bersama HoSZA! ๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธโœจ
โ€‹Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA) sentiasa komited dalam memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan staf. Jom luangkan masa menyertai aktiviti Brisk Walk mingguan kami!
โ€‹๐Ÿ“… Hari: Setiap Rabu
๐Ÿ“ Lokasi: Perkarangan Hospital & Sekitar Tasik UniSZA
โ€‹Aktiviti ini bertujuan untuk:
โ€‹Meningkatkan kecergasan fizikal ๐Ÿซ€
โ€‹Menggalakkan amalan gaya hidup aktif ๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ
โ€‹Menyokong usaha penurunan berat badan yang sihat & konsisten โš–๏ธ
โ€‹Khusus buat peserta program Fat to Fit, jadikan inisiatif ini sebagai motivasi untuk terus kekal berdisiplin mencapai sasaran kesihatan anda! ๐ŸŽฏ
โ€‹Bersama kita melangkah ke arah kehidupan yang lebih sihat! ๐Ÿ’ช๐Ÿšถโ€โ™‚๏ธ
โ€‹

๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐ ๐๐„๐๐†๐†๐”๐๐€๐€๐ ๐‘ฎ๐‘ฌ๐‘ต๐‘ฌ๐‘น๐‘จ๐‘ป๐‘ฐ๐‘ฝ๐‘ฌ ๐‘จ๐‘น๐‘ป๐‘ฐ๐‘ญ๐‘ฐ๐‘ช๐‘ฐ๐‘จ๐‘ณ ๐‘ฐ๐‘ต๐‘ป๐‘ฌ๐‘ณ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ฎ๐‘ฌ๐‘ต๐‘ช๐‘ฌ (๐‘จ๐‘ฐ) ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐๐„๐๐“๐€๐ƒ๐๐ˆ๐‘๐€๐ ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”6 Mei 2026 | Kuala Ne...
06/05/2026

๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐ ๐๐„๐๐†๐†๐”๐๐€๐€๐ ๐‘ฎ๐‘ฌ๐‘ต๐‘ฌ๐‘น๐‘จ๐‘ป๐‘ฐ๐‘ฝ๐‘ฌ ๐‘จ๐‘น๐‘ป๐‘ฐ๐‘ญ๐‘ฐ๐‘ช๐‘ฐ๐‘จ๐‘ณ ๐‘ฐ๐‘ต๐‘ป๐‘ฌ๐‘ณ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ฎ๐‘ฌ๐‘ต๐‘ช๐‘ฌ (๐‘จ๐‘ฐ) ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐๐„๐๐“๐€๐ƒ๐๐ˆ๐‘๐€๐ ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

6 Mei 2026 | Kuala Nerus - Jabatan Teknologi Maklumat HoSZA telah menganjurkan Latihan Penggunaan ๐บ๐‘’๐‘›๐‘’๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘ก๐‘–๐‘ฃ๐‘’ ๐ด๐‘Ÿ๐‘ก๐‘–๐‘“๐‘–๐‘๐‘–๐‘Ž๐‘™ ๐ผ๐‘›๐‘ก๐‘’๐‘™๐‘™๐‘–๐‘”๐‘’๐‘›๐‘๐‘’ (๐ด๐ผ) yang bertujuan memperkasa pengetahuan serta meningkatkan kefahaman warga kerja mengenai aplikasi ๐บ๐‘’๐‘›๐‘’๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘ก๐‘–๐‘ฃ๐‘’ ๐ด๐‘Ÿ๐‘ก๐‘–๐‘“๐‘–๐‘๐‘–๐‘Ž๐‘™ ๐ผ๐‘›๐‘ก๐‘’๐‘™๐‘™๐‘–๐‘”๐‘’๐‘›๐‘๐‘’ (๐ด๐ผ) dalam menyokong kecekapan urusan kerja dan pengurusan pentadbiran.

Penganjuran latihan ini mencerminkan komitmen HoSZA dalam memperkasa transformasi digital dan pembangunan kompetensi warga kerja. Semoga ilmu dan pendedahan yang diperoleh melalui latihan ini dapat dimaanfatkan sebaiknya dalam tugasan harian, seiring perkembangan teknologi semasa.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, YBhg. Datuk Dr. Mahathar bin Abd Wahab, telah meluangkan masa mengadakan ...
05/05/2026

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, YBhg. Datuk Dr. Mahathar bin Abd Wahab, telah meluangkan masa mengadakan lawatan ke Jabatan Kecemasan & Trauma serta Unit Hiperbarik HoSZA usai Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Profesor Adjung dan Penyampaian Syarahan Akademik.

Turut serta dalam lawatan ini, YBrs. Prof. Dr. Zuhairah Ariff bt Abd Ghadas, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UniSZA, YBrs. Prof. Madya Dr. Salwani bt Ismail, Pengarah HoSZA, Prof. Dr. Harmy bin Mohamed Yusoff, Dekan Fakulti Perubatan UniSZA, Prof. Dr. Shaik Farid bin Abdull Wahab, Timbalan Pengarah (Sokongan), Prof. Madya Dr. Nik Arif bin Nik Mohamed, Ketua Jabatan Kecemasan & Trauma dan Dr. Azlie bin Hassan, Ketua Unit Perubatan Hiperbarik.

Lawatan ini memberi peluang untuk beliau melihat sendiri operasi dan perkhidmatan barisan hadapan HoSZA. Beliau turut berkongsi pandangan dan pengalaman bagi memperkukuh perkhidmatan kesihatan, khususnya dalam bidang kecemasan.

Sekalung penghargaan buat YBhg. Datuk kerana sudi turun padang melihat sendiri denyut nadi perkhidmatan serta menyantuni petugas-petugas.

05/05/2026
Mesej Peringatan Penjagaan Kesihatan Musim JerebuSebagai langkah pencegahan menghadapi musim jerebu, orang awam disarank...
05/05/2026

Mesej Peringatan Penjagaan Kesihatan Musim Jerebu

Sebagai langkah pencegahan menghadapi musim jerebu, orang awam disarankan untuk memulakan peralihan aktiviti ke dalam bangunan dengan serta-merta, malah bagi golongan yang sensitif, langkah berjaga-jaga harus bermula seawal bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di tahap sederhana (51-100) bagi meminimumkan risiko terhadap kesihatan diri. Peralihan ini bukan sekadar saranan, tetapi merupakan protokol keselamatan yang perlu diberi perhatian untuk mengurangkan beban pendedahan sistem respiratori terhadap partikel berbahaya yang kini terapung di ruang udara luar.

Pengambilan sekurang-kurangnya lapan gelas air kosong sehari disyorkan bagi memastikan membran mukus pada saluran pernafasan kekal lembap sebagai benteng pertahanan utama untuk memerangkap zarah halus, sekali gus mengoptimumkan fungsi buah pinggang dalam menapis serta mengeluarkan toksin jerebu yang telah meresap ke dalam sistem peredaran darah.

Perhatian khusus wajib diberikan kepada kumpulan rentan seperti kanak-kanak, warga emas, pesakit asma atau jantung, serta wanita mengandung.Orang ramai digesa untuk memantau status kualiti udara secara berterusan melalui portal APIMS atau aplikasi myCuaca agar setiap tindakan perlindungan yang diambil sentiasa berpaksikan data rasmi yang terkini.

Kepekaan terhadap isyarat amaran badan adalah penentu keselamatan, maka setiap individu perlu segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat sekiranya mengalami gejala kritikal seperti sakit dada, batuk yang berlarutan, atau sesak nafas .Jangan sesekali memandang ringan terhadap impak fisiologi jerebu kerana tindakan segera anda adalah kunci utama dalam memelihara kesejahteraan komuniti dan keluarga daripada ancaman pencemaran udara yang tidak kelihatan ini.

05/05/2026

Bersama Dr. Shah, Pakar Respiratori HoSZA

Alhamdulilah. Terima kasih atas feedback yang positif.
05/05/2026

Alhamdulilah. Terima kasih atas feedback yang positif.

237 likes, 26 comments. โ€œ #โ€

Bilik Eksekutif HoSZA
04/05/2026

Bilik Eksekutif HoSZA

04/05/2026

Sekalung tahniah diucapkan kepada Sahibus Samahah Profesor Dr. Syed Hadzrullathfi bin Syed Omar atas pelantikan sebagai Datoโ€™ M***i Negeri Terengganu yang berkuat kuasa pada 4 Mei 2026.

Semoga amanah yang dipikul dapat dilaksanakan dengan penuh hikmah, kebijaksanaan dan keberkatan dalam memimpin urusan hal ehwal agama di negeri Terengganu.

Ikhlas daripada:
Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah, Naib Canselor, Pengurusan Tertinggi serta seluruh warga UniSZA.

Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin



HoSZA Berintegriti, Perkhidmatan Berkualiti โœจ
04/05/2026

HoSZA Berintegriti, Perkhidmatan Berkualiti โœจ

๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ฎ๐—ป๐—ฝ๐—ฎ ๐—œ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ด๐—ฟ๐—ถ๐˜๐—ถ

Lama berkhidmat dalam organisasi bukan satu masalah. Malah, pengalaman itu aset besar. Yang menjadi masalah ialah apabila kita terlalu selesa, tidak mahu belajar, menolak perubahan dan mula mempengaruhi orang lain secara negatif.

Integriti bukan sekadar tidak melakukan kesalahan, tetapi sentiasa memilih untuk lakukan yang betul. Jadilah tulang belakang organisasi yang kukuh, bukan barah yang melemahkan budaya kerja.

Terus belajar. Berani berubah. Bina semangat positif. Jaga amanah dan etika.

Shamsul Azri bin Abu Bakar
Jabatan Perkhidmatan Awam
Jabatan Perdana Menteri



Address

Kampong Gong Badak
21300

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:45
Tuesday 08:00 - 16:45
Wednesday 08:00 - 16:45
Thursday 08:00 - 16:45
Sunday 08:00 - 16:45

Telephone

+6096655555

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Sultan Zainal Abidin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hospital Sultan Zainal Abidin:

Share

Category