Dr.Ridz Nutrilabs

Dr.Ridz Nutrilabs Produk Supplement & Nutrisi Untuk Kesihatan Anda

"Can Magnesium Supplements Really Improve Your Health? A Nutrition Expert Breaks It Down"Edward Saltzman, the academic d...
07/04/2025

"Can Magnesium Supplements Really Improve Your Health? A Nutrition Expert Breaks It Down"

Edward Saltzman, the academic dean at the Friedman School of Nutrition Science and Policy and an associate professor at both the Friedman School and Tufts University School of Medicine, explains what scientists understand about magnesium, what remains uncertain, and offers guidance on how to take it responsibly.

Magnesium is an essential mineral found naturally in a variety of foods, including nuts, seeds, legumes, whole grains, and leafy green vegetables. It plays a critical role in supporting healthy muscle and nerve function, as well as maintaining a well-functioning cardiovascular system.

Most people in the world. get enough magnesium through their regular diet. When a deficiency does occur, it’s often linked to underlying health conditions, such as gastrointestinal disorders that impair nutrient absorption.

You may have heard that magnesium supplements can offer a wide variety of benefits, from improving bone health to even helping you sleep. But like many vitamins and supplements, some uses of magnesium are strongly supported by scientific evidence, while others are not.

Evidence linking magnesium to improvements in health relies on epidemiologic studies that survey many health indicators for large amounts of people over time. There are far fewer of what researchers call ‘intervention trials,’ which test magnesium as a solution for specific health problems. The available epidemiologic research shows that there are sometimes correlations between magnesium and certain health outcomes, but it can be difficult to prove that magnesium itself is responsible for those health outcomes without many more intervention trials.

Magnesium and Bone Health
Let’s start with the bone health claim. Magnesium is important for bone formation, and some studies have found that both men and women with higher magnesium intake had healthier bones. Plus, there is some evidence that increasing magnesium intake can increase bone density in postmenopausal and elderly women (who are at the highest risk of developing osteoporosis, a bone-weakening disease).

Next, you may have seen magnesium promoted as a sleep aid in drinks, supplements, and even TikTok trends. We know that magnesium has a role to play in neurotransmitter release and muscle relaxation, so there may be some truth to the idea that magnesium can be a sleep aid. But the science surrounding magnesium and sleep is still uncertain.

If you’re struggling to sleep, try trusted sleep hygiene methods, such as maintaining a consistent bedtime and reducing screen time and caffeine, before turning to magnesium supplements. If you want to try magnesium as a sleep aid, stay as close as you can to about 300 milligrams per day, which is a little less than the recommended daily intake for adults.

Magnesium and Heart Health
There is also limited evidence that magnesium can improve cardiovascular health. Studies have found that magnesium supplements can result in small decreases in blood pressure, while adding foods high in magnesium via the DASH diet lowers blood pressure even more. But that may be due to the broad benefits of eating more food such as fruits, vegetables, legumes, and whole grains rather than the benefits of magnesium itself. Multiple observational studies also indicate that higher magnesium intake can reduce the risk of heart disease and stroke.

The risk of taking magnesium supplements is low. Side effects mainly include diarrhea, and there are no known long-term effects of taking magnesium supplements. However, very large doses (around 5,000 milligrams per day) can be fatal. If you’re thinking of giving your child magnesium supplements, discuss it with their pediatrician first.

Supplements are not medications, so dosages aren’t regulated by the Food and Drug Administration. If you want to start taking magnesium supplements, look for brands with a label from Kementerian Kesihatan Malaysia MAL.

KRIM UNTUK ECZEMA??? ANTARA SELAMAT, MANFAAT & RISIKO YANG ANDA PERLU TAHU.Maaf, hari ni saya nak beleter panjang skit p...
05/07/2023

KRIM UNTUK ECZEMA??? ANTARA SELAMAT, MANFAAT & RISIKO YANG ANDA PERLU TAHU.
Maaf, hari ni saya nak beleter panjang skit pasal steroid.
Post saya kali ni bukanlah bertujuan nak menidakkan kebaikan krim steroid atau menakut-nakutkan masyarakat tentang krim steroid ni. Memang betul steroid terbukti selamat untuk digunakan & telah banyak membantu khususnya pesakit eczema, TAPI HANYA sekiranya digunakan dibawah selian doktor/pharmacist.
Yang saya risaukan adalah tahap kesedaran masyarakat tentang bahaya salah guna krim steroid ini masih lagi sangat rendah. Ditambah p**a dengan penjualan krim2 ni berleluasa di online/shopee yg rata-rata pengguna membeli kerana terpengaruh dengan testimony "instant effect" selepas sapu krim ni tanpa sedar akan kesan negetif jangka panjang!!!
Sebelum sy ulas krim steroid yg belambak dekat online/shopee ni, sy focus dulu untuk krim steroid yg sah under regulation dari klinik/farmasi dulu.
Tak dinafikan, sesetengah penyakit especially yang melibatkan keradangan, memang memerlukan steroid. The benefit outweighs the risk. Jadi incase terpaksa juga ambil krim steroid ni untuk rawat masalah eczema/gatal-gatal, boleh rujuk tips di bawah ni:
TIPS STEROID: #10 PERKARA YANG PERLU CONSIDER
1) Firstly, know the types of steroids available! Kekuatan steroid terbahagi kepada 4 ; paling lemah (mild), sederhana kuat (moderate potency), kuat (potent) dan sangat kuat (very potent). Makin kuat steroid, makin cepat keberkesanannya tapi as expected, makin banyak kesan sampingan.
.
2) Secondly, bagaimana nak pilih steroid yang sesuai? Pemilihan steroid bergantung pada umur, kawasan kulit yang terlibat, chronicity (berapa lama penyakit kulit) dan tahap keterukan (severity) penyakit kulit.
3) Pesakit kanak-kanak dan orang tua mempunyai kulit yang nipis. Disyorkan menggunakan krim steroid yang tidak kuat.
4) Jika kawasan kulit yang sediakala nipis ie muka, pelipat dan kemaluan, pastikan guna steroid yang tidak kuat.
5) Jika penyakit kulit sudah kronik dan menjadi tebal, boleh gunakan steroid yang kuat. Tapi make sure dapat nasihat doctor dulu.
6) Sangat digalakkan untuk guna krim steroid bersama-sama dengan pelembab. Seeloknya masa kulit sedang lembab seperti lepas mandi. Jarakkan lebih kurang 30 minit antara pelembab dan steroid. Siapa dulu, pelembab atau steroid? Tak kisah.
7) Berapa banyak nak pakai? Gunakan konsep FTU (Finger tip unit). 1 FTU = amount of cream from tip of adult’s finger to the first joint. So setiap bahagian badan orang dewasa atau kanak-kanak, sudah diletakkan rough estimate berapa banyak steroid krim diperlukan. Boleh rujuk gambar.
'8) Berapa lama boleh gunakan steroid kuat? Potent (kuat) krim steroid tidak sepatutnya digunakan berterusan > 4 minggu. Dan very potent (sangat kuat) krim steroid tidak sepatutnya melebihi > 2 minggu.
9) Apa patut buat bila kulit sudah ok? Boleh turunkan (taper) krim steroid perlahan-lahan. Ini untuk elakkan rebound flare (kulit radang semula jika berhenti krim steroid secara tiba-tiba). Caranya; 2x sehari -> 1x sehari -> 1 -3 x seminggu. Untuk eczema yang kerap berlaku di tempat yang sama seperti pelipat (hotspot area), digalakkan proactive or weekend therapy apabila kulit sudah ok. Maksudnya, sapu krim steroid yang mild 1x atau 2x seminggu masa hujung minggu untuk prevent daripada jadi flare semula.
10) Last sekali, jangan sekali-kali beli steroid tanpa pengawasan doctor. Setiap 3 -6 bulan, tolong berjumpa dengan doctor untuk pantau response (keberkesanan) dan kesan sampingan. InshaAllah dengan pengawasan doktor, ok.

RISIKO STEROID YANG PATUT ANDA TAHU.
Tahu tak, steroid ni tak boleh pakai lebih dari 14 hari & maksimum penggunaan sehari hanya 2 kali? Lepas ON steroid, pesakit tak boleh berhenti mengejut, dia mesti ada tempoh tapper down steroid secara berkala. Kalau tak, next time sakit tu datang kali ni akan lebih teruk & maybe krim tu dah tak berkesan lagi.
Dos kuantiti & tahap "potency" steroid juga berbeza untuk setiap pesakit. Sebab tu kalau terlalu kerap atau lama bergantung dengan krim ni boleh mendatangkan mudarat yang sangat dasyat samada untuk bayi mahuan orang dewasa seperti:
⚠️ Kegagalan system buah pinggang
⚠️ Pertumbuhan kanak-kanak terbantut
⚠️ Cushing syndrome (muka bayi menjadi bulat)
⚠️ Kulit menipis & tulang menjadi rapuh
⚠️ Lemah daya tahan penyakit & jangkitan kuman
(boleh rujuk post saya yang sebelum ni untuk kesan negetif steroid ini)
Sebab tu Malaysia letakkan steroid dibawah akta dadah kawalan KKM. Jadi semua produk yang mengandungi steroid walaupun hanya 0.001miligram, wajib apply kelulusan under pharmaceutical (MAL) iaitu under kategori ubat-ubatan. (NOT KKM untuk kategori bukan ubat, seperti herba etc..).
Bayangkan steroid yg dibawah selian doktor ni pun masih berisiko, inikan p**a krim-krim shopee yg kita pun tak tahu brp tinggi kandungan steroid dalam tu. Dah tu plak main sapu je banyak2 & ikut s**a brp kali nak.
HATI-HATI PRODUK TIPU DECLARE
Produk yang ada NOT KKM pun belum tentu selamat. Saban tahun ada sj produk yg KKM tarik balik kelulusan sbb bila diaudit rupanya mengandungi bahan2 merbahaya seperti steroid ni (tipu declare). Bayangkan, tu produk yg at lease register juga under KKM… kalau takde? Ntah apa yg dia letak dalam tu. Kita pun beli je sebab tengok gamba testimony semuanya gempak-gempak, harga plak RM2 jer…
Dekat online/shopee penuh dengan produk yg ada steroid, camphor, etc pun diorg berani claim 100% "herba base". Produk ni confirm tak ada kelulusan KKM.
Nanti dah sapu dekat anak, anak boleh kena sawan (Effect camphor). Esok anak tu dah besar macam-macam penyakit ada. Jangan kata anak, org besar pun tak kurang risikonya…
Awak ingat time tu seller tu nak bertanggungjawab???
Berbaloi ke semata-mata untuk kelegaan sementara, tapi kita memperjudikan masa depan anak sendiri? Tepuk dada tanyalah hati….
ALTERNATIF KEPADA KRIM STEROID, BEBAS KESAN SAMPINGAN
Kebelakangan ini, kesedaran masyarakat terhadap kesan sampingan akibat pergantungan kepada krim steroid ni dah mula meningkat. Ramai yang mula mencari alternatif yang lebih selamat seperti produk berasaskan bahan natural.
Untuk anda yang sedang mencari alternatif selain steroid, boleh cuba produk "Steroid FREE" yang berasaskan herba dengan 100% natural ingredient seperti DERMCARE Soothing Cream yang saya rumuskan khas untuk melegakan masalah eczema.
Bukan saja sangat berkesan untuk melegakan kegatalan dengan kadar segera, tp juga bertindak sebagai pelembab yg sangat diperlukan oleh kulit eczema untuk baikkan skin condition yg rosak akibat keradangan eczema.
Untuk anda atau parent yg mencari ikhtiar untuk melegakan kegatalan/keradangan akibat eczema atau jangkitan, boleh baca dulu detail tentang produk hasil kajian kami di Dr.Ridz Skinlabs ini di link dibawah:
drridzskinlabs.com/dermcare

24/05/2023

"Betul ke pantang Makanan Radang (gluten/gula/dairy) boleh sembuhkan masalah eczema terutamanya kanak-kanak?"
Tak dinafikan, makanan juga boleh jadi antara faktor pencetus eczema. Tapi perlu ke kita berpantang makanan sampai tapis segala benda? Kalau ye, makanan yang macamana kena elakkan untuk eczema?
Pada pandangan saya, boleh berpantang makanan especially makanan yang boleh mencetuskan radang. Tapi biar kena dengan caranya. Jangan kita terlalu trauma sampai sanggup tak bagi langsung pada anak tu. Kena sentiasa ingat, tak semestinya anak alah pada ayam (cth) akan selamanya alah dengan ayam. Sama juga sekarang anak serasi dengan ayam, tak selamanya akan serasi dgn ayam. Mungkin boleh alergik di masa depan. Tahap alahan boleh berubah-ubah atas pelbagai faktor.
SANGAT TAK DIGALAKKAN UNTUK BERPANTANG SECARA RAWAK!!!
Especially ibu mengandung & bayi eczema, sangat-sangat tak digalakkan untuk berpantang secara rawak (banned segala jenis makanan). Nutrisi yang seimbang amat penting untuk tumbersaran bayi yang sihat. Kalau ibu simply pantang semua benda, boleh risiko pada tumbesaran bayi & kesihatan ibu sendiri. Banyak kajian mendapati masalah salah faham orang ramai tentang alahan. Kajian menunjukkan bahawa hapir 50%~90% pengidap eczema yang menganggap dirinya ada alahan sebenarnya tiada alahan.
Maksud berpantang di sini, bukanlah kena elak semua jenis makanan kategori yang pesakit tu alah. Cth, jika alah susu, tak bermaksud tak boleh minum semua jenis susu. Terutamanya untuk kanak-kanak, susu sangat penting untuk perkembangan mereka. Jadi kalau kita terus cut pengambilan susu, maka risiko terbantut tumbesaran mereka sangat tinggi.
Jadi kena kenal pasti susu mcmn yang boleh trigger alahan, dan kena cuba mana yang tak. Mungkin boleh try susu yg free lactose, Nan HA atau susu kambing. Susu formula ni kena try & error. Sama juga ayam (protein). Mungkin alah dgn ayam pasar, tapi tak bila ayam organik. Kena sentiasa try & error. Begitu juga untuk diet yg lain seperti ikan, beras, etc.
Sebab tu saya suggest buat "Food Diary" untuk record diet dan reaksi selepas consume makan/minum diet tersebut. Mungkin makanan yang kita anggap alahan, rupanya bukan. Kelebihan food diary bkn saja kita boleh trace makanan yang pesakit alah, tapi juga boleh jadi rujukan doktor untuk consult dengan lebih tepat masalah pesakit.
(boleh rujuk sini : drridzskinlabs.com/blog/eczema-diet-food-diary)
BASIC MAKANAN RADANG YANG PERLU DIELAK.
Kalau nak ikutkan, sangat banyak teori-teori makanan yang perlu pesakit eczema ni elakan, ada yang betul dan ada yang kita tak pasti betul atau tak. Boleh jadi juga pesakit A yang OK bila makan, tapi pesakit B tak boleh. Jadi, semuanya berngantung pada keadaan pesakit. Tapi di sini saya just suggest basic kategori makanan randang yang paling common:

👉🏼 GLUTEN (roti, biskut, kek, kuih muih, mee kuning, pasta dan semua asas tepung gandum).
- Tepung gandum mengandungi protin GLUTEN (bersifat melekit) yang menyebabkan keradangan dan reaksi melampau dinding usus. Gluten juga susah untuk dihadam. Jadi untuk mereka yang ususnya tak berapa kuat, lambat nak hadam.

👉🏼 GULA PUTIH
- Gula menyebabkan masalah keradangan usus dan gangguan kepada bakteria baik dalam usus kerana ia menyebabkan masalah persekitaran berasid dalam usus. Gula juga menggalakkan pertumbuhan kulat seperti kandida dalam usus.

👉🏼 DAIRY PRODUCTS
- Produk susu dan tenusu terutamanya susu lembu komersil mengandungi protin kasein dan boleh menyebabkan masalah keradangan dalam usus.Laktosa dalam susu yang gagal di hadamkan akibat kekurangan enzim ‘lactate dehydrogenase’ menyebabkan kembong iaitu perut rasa ‘bloated’.

👉🏼 FAST/JUNK FOOD.
- Junk/processed food biasanya kandungan gula yang tinggi disamping tidak mengandungi sebarang zat-zat pemakanan surih seperti vitamin & mineral yang membantu dalam tumbesaran.
TEORI CONTROVERSI MAKANAN RADANG VS ECZEMA TRIGGER
Secanggih manapun teknologi perubatan yang kita ada sekarang, pakar scientist perubatan masih belum berjaya kenal pasti 100% punca & cara rawatan yang paling mujarap untuk merawat eczema. Eczema boleh terjadi atas macam-macam faktor, dan tak semestinya sama untuk setiap pesakit.
Penting di sini untuk saya stress out, kaitan antara makanan radang contoh seperti Gluten (tepung gandum) penyebab eczema masih lagi KEKAL KONTROVERSI. Tiada bukti saintifik yang definitively menunjukkan yang gluten boleh menyebabkan eczema. Cuma, berdasarkan anecdotal evidence (melalui pemerhatian & pengalaman individu) menunjukkan bahawa sesetengah pesakit ekzema mungkin mengalami flares apabila mengambil gluten.
Ekzema ni bukan penyakit kulit semata-mata yang bersangkut paut dengan masalah dalaman seperti usus sahaja. Boleh jadi genetik, emosi, cuaca, persekitaran, bahan kimia (sabun, detergent etc), tahap imuniti dan sebagainya. Namun boleh dikatakan 100% adalah disebabkan kerana genetik jadi hanya boleh dirawat tapi tak boleh disembuhkan (masalah boleh hilang, tapi akan datang balik)
Walaupun kita kawal & consume diet pemakanan yang sihat, ini hanya boleh elakkan eczema dari berlaku (flare-up) tapi tak boleh rawat symptom (gatal2 & radang) on the spot. Kita masih perlukan produk (krim/moisturiser etc) untuk handle eczema ketika flare-up. Kalau dibiarkan tanpa rawatan, dikhuatiri bertambah serius especially apabila anak2 mula menggaru hingga luka teruk mungkin terdedah pada jangkitan kuman yang lebih serius.
RISIKO BERGANTUNG RAWATAN STEROID
Sedia maklum yang masalah eczema ni dia come & go anytime. Bukan menidakkan rawatan conventional ni, cuma kita concern jika terlalu bergantung pada penggunaan krim yang mengandungi bahan seperti camphor atau steroid, dikhuatiri boleh mencetuskan kesan sampingan.
Steroid terbahagi kepada 4 tahap/class, hanya pakar yang boleh advise class mana yang sesuai dengan keadaan pesakit. Makin tinggi classnya, makin tinggi risiko kesan sampingan. Sebab tu dia diletakkan di bawah dadah kawalan KKM.
Penggunaannya hanya dibenarkan dengan pengawasan doktor pakar sahaja (tak smua doktor boleh prescribe steroid pada pesakit, dan perlu consent dari pesakit sendiri sblm guna). Maximum penggunaan tak boleh lebih dari 14 hari, & tak boleh stop secara mengejut (boleh rujuk pos sebelum ni tentang penggunan steroid yang betul). Sedangkan yang dibawah pengawasan doktor pun berisiko tinggi, apatah lagi krim yang kita tak pasti apa bahan & siapa pengeluarnya. Jadi, hati-hati bila beli produk takut2 terbeli yang ada steroid & champor.
KESIMPULAN & ALTERNATIF KEPADA STEROID
Walau apapun caranya kita berikhtiar, kepada Allah jualah kita berserah keputusannya. Semoga apa jua solusi yg anda sedang gunakan sekarang, kami doakan ia mampu selesaikan masalah & dihindari dari kesan yang tak diingini…
Untuk anda yang mencari alternatif kepada steroid yang menggunakan natural ingredient untuk merawat keradangan akibat eczema, boleh baca dulu detail tentang produk hasil kajian kami yang berasaskan gabungan herba tradisional cina & melayu (bebas steroid, camphor & kimia bahaya) di link di bawah:
drridzskinlabs.com/dermcare
drridzskinlabs.com/dermcare

Produk Supplement & Nutrisi Untuk Kesihatan Anda

"Ada NOT KKM pun rupanya belum tentu selamat. Patutla tiap2 tahun ada je yang kena tarik balik"Pernah tak terfikir kenap...
18/05/2023

"Ada NOT KKM pun rupanya belum tentu selamat. Patutla tiap2 tahun ada je yang kena tarik balik"
Pernah tak terfikir kenapa ada banyak kes produk yang mempunyai notifikasi KKM dirampas dan ditarik semula selepas didapati mengandungi bahan berbahaya?
Tak nafikan memang penting untuk pastikan setiap produk memiliki kelulusan dari badan penyeliaan seperti KKM untuk pastikan keselamatan pengguna terjamin. Tapi, disebabkan terlalu banyak produk dipasaran, badan penyelia ini tak mampu untuk check 1-1 setiap produk dipasaran samada betul-betul menetapi piawaian yang ditetapkan.
ADA NOT KKM, BUKAN BERMAKSUD LULUS UJIAN MAKMAL!
Ramai yang menyangka jika produk tersebut telah mepunyai nombor NOT KKM, produk tersebut telah diuji keselamatannya di makmal KKM. Anda silap! Nombor NOT KKM hanyalah satu pengesahan bahawa produk tersebut telah di’notifikasi’kan atau didaftarkan dalam sistem KKM dimana pengeluar/founder hanya perlu declare bahan-bahan melalui documentasi, tanpa bukti ujian makmal.
Maksudnya KKM dimaklumkan bahawa produk tersebut dihasilkan di kilang GMP (Good Manufacturing Practice) yang tersenarai dalam direktori KKM seperti Dr.Ridz Manufacturing (kilang yang menghasilkan produk dermcare & beberapa produk kerjasama dengan universiti tempatan).
NOT KKM hanyalah bukti produk tu berdaftar & di bawah pemantauan KKM sahaja, bukan bukti selamat ke tak. Biasanya jenama yang bertanggungjawab akan hantar sendiri untuk ujian makmal seperti SIRIM, & Independent Lab (Permulab, Weryx, Bioeconomy, etc) untuk mengesahkan produk mereka bebas dari bahan bahaya.
Jadi, bila p**a poduk akan diuji oleh KKM? Ia akan diuji sekiranya terdapat sebarang laporan kesan sampingan produk tersebut. Contohnya ramai yang membuat laporan kulit muka mereka rosak selepas menggunakan krim pemutih XYZ. Maka ketika itu pihak KKM akan menyemak semula nombor NOT KKM untuk krim XYZ dan menjalankan penyiasatan serta ujian ke atas produk yang dilaporkan tersebut.
#5 TAKTIK PENIPUAN NOT KKM
Disebabkan untuk dapatkan NOT KKM ni founder hanya perlu declare melalui documentasi sahaja, jadi banyak yang boleh dimanip**asi oleh mereka yang tak bertanggungjawab. Berikut adalah 5 taktik penipuan NOT KKM:
1. NOT KKM yang dibeli!

Kes ini memang sangat banyak. Untuk founder yang hanya memikirkan keuntungan wang semata-mata, mereka meletakkan nombor NOT. KKM palsu! Mereka membeli nombor ini dengan harga beberapa ribu dari kilang GMP yang tidak bertanggungjawab dan meletakkannya di label produk mereka sendiri. Pengguna menyangkakan produk mereka benar-benar telah dinotifikasi tetapi sebenarnya tidak! Kenapa mereka berbuat begitu? Sebab sebenarnya produk mereka tidak dibuat di kilang GMP untuk mengurangkan kos produksi/pengeluaran produk. Mereka mungkin membancuh produk di dapur rumah untuk menjimatkan kos pengeluaran/penghasilan produk. Jika dapur bersih, Alhamdulillah tetapi jika dapur dikongsi dengan tikus dan lipas??? Fikirkanlah.
2. NOT KKM sudah tidak ‘valid’.

Kes ini berlaku apabila mula-mula produk dihasilkan di kilang GMP. Jadi pengeluar produk dapat memohon nombor NOT KKM. Kemudian untuk pengeluaran batch seterusnya, mereka hasilkan produk di rumah sahaja tetapi dengan menggunakan nombor NOT. KKM yang sama. Sekali lagi, tak tahulah bagaimana kebersihan dijaga sepanjang proses penghasilan produk.
3. NOT KKM Palsu.

Ini berlaku apabila pihak syarikat mereka-reka nombor NOT KKM padahal NOT KKM tersebut tidak wujud pun dalam sistem KKM. Untuk menyemak senarai produk yang berdaftar dengan PBKD, layari laman web rasmi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan di www.bpfk.gov.my. Klik pada ‘Registered Product Search’ (Quest 2 & Quest 3) dan masukkan butir-butir produk untuk memulakan carian.
4. NOT KKM telah luput tarikh.

Ini lagi satu masalah. Sebenarnya setiap kali memohon NOT KKM untuk sesuatu produk, nombor NOT KKM itu boleh digunakan untuk satu tempoh masa tertentu sebelum ianya luput. Ada juga yang menggunakan nombor itu walaupun telah luput. Apa yang membimbangkan adalah kandungan produk juga telah berubah dan mengandungi campuran bahan berbahaya.
5. Produk tiruan

Ini yang paling membimbangkan. Produk dengan bungkusan luar dan NOT KKM sebiji macam produk asal tetapi sebenarnya produk tiruan! Biasanya produk tiruan mengandungi bahan berbahaya sebab mereka ingin mendapatkan kesan yang cepat tetapi dengan kos yang murah. Contohnya cepat putih, cepat kurus dan cepat sembuh.
KESIMPULAN
Jadi, hanya merujuk kepada NOT KKM sahaja belum menjamin sesuatu produk itu benar-benar selamat dan berkesan. Bayangkan yang ada KKM pun orang boleh tipu, apatah lagi yang langsung tak ada seperti krim2 viral import dari china tu?
Jadi apa yg lebih penting selain KKM adalah "kenal" SIAPA DIBELAKANG produk tersebut. Pilihlah produk yang back by scientific research, ada paper & journal-journal kajian yang benar-benar wujud bukan direka-reka.
Kaji siapa yang buat kajian & apa bukti saintifik yg telah dijalankan untuk back their claim, bukan hanya testimony gambar/whatapps yg boleh direka-reka. Banyak juga produk ada NOT tapi hanya claim kosong tanpa sebarang bukti kajian menyeluruh.
Selidik siapa founder, detail tentang syarikat etc supaya mudah untuk kita ambil tindakan undang-undang sekiranya sesuatu yang tak diingini terjadi selepas guna produk tersebut.

Pernah tak rasa gatal dan tidak selesa bila tangan bersentuhan dengan benda-benda seperti: sabun, pewangi, detergent, cl...
15/05/2023

Pernah tak rasa gatal dan tidak selesa bila tangan bersentuhan dengan benda-benda seperti: sabun, pewangi, detergent, cleaning agent, besi, pita pelekat etc? Kalau ye, mungkin anda mengalami Contact Dermatitis.
Contact Dermatitis adalah reaksi kulit yang berlaku apabila kulit bersentuhan dengan bahan tertentu, sama ada melalui iritan (bahan penyebab reaksi berlaku) atau alahan terhadap sesuatu bahan. Ia boleh berlaku pada sesiapa, terutama kanak-kanak dan dewasa.
Contact Dermatitis ada banyak jenis, tapi saya nak cerita 2 jenis yang paling common berlaku iaitu Irritant Contact Dermatitis (ICD) dan Allergic Contact Dermatitis (ACD) serta cara-cara untuk mengelakkannya.
Irritant Contact Dermatitis (ICD)
ICD adalah tindakbalas kulit yang berlaku apabila kulit terkena bahan kimia tertentu seperti sabun, pewangi atau bahan pembersih lain. Ini biasanya berlaku disebabkan oleh bahan yang kasar dan mengeringkan kulit (SLS, SLES, paraben, etc) atau yang mengandungi asid atau alkali yang terlalu kuat.
Sebagai contoh, tindakbalas kulit ini boleh berlaku apabila kita mencuci pinggan tanpa menggunakan sarung tangan atau apabila kulit terdedah kepada bahan kimia di tempat kerja.
Gejala ICD termasuk kemerahan, kekeringan, ketidakselesaan, rasa gatal, kulit pecah-pecah, atau pembentukan lepuh. Kulit mungkin menjadi kasar atau mengelupas. Jika terus terdedah dengan bahan kimia yang menyebabkan dermatitis, simptom-simptom boleh menjadi lebih buruk. Bagi yang mempunyai reaksi alergi yang teruk, mereka mungkin mengalami keadaan yang dikenali sebagai "Anaphylactic Shock", yang memerlukan rawatan segera.
Allergic Contact Dermatitis (ACD)
ACD adalah jenis contact dermatitis yang terjadi apabila seseorang mempunyai reaksi alergi terhadap bahan tertentu yang menyebabkan kulit menjadi bengkak, kemerahan, dan gatal-gatal. Bahan yang paling sering menyebabkan ACD ialah logam seperti nikel, emas, atau perak, serta bahan lain seperti rubber atau lateks.
Reaksi alergi boleh berlaku pada sesiapa sahaja, tetapi biasanya cenderung kepada mereka yang mempunyai alergi lain seperti alergi makanan atau rinitis (selsema alergi). Ini disebabkan kerana individu yang mempunyai alergi lain biasanya mempunyai sistem imun yang lebih sensitif terhadap bahan asing, termasuk bahan yang dapat menyebabkan ACD.
Apabila kulit bersentuhan dengan bahan alergen, sistem imun individu yang sensitif akan identify bahan tersebut sebagai bahan asing dan menghasilkan antibodi untuk counter. Ini akan menyebabkan reaksi alergi pada kulit, termasuk kemerahan, bengkak, dan gatal-gatal. Gejala ACD biasanya muncul dalam beberapa hari selepas kulit terkena alergen.
Cara-cara Untuk Mengelak Contact Dermatitis
Bagi kebanyakan orang, tanda-tanda contact dermatitis mungkin timbul dalam masa beberapa minit atau jam selepas terdedah kepada bahan kimia tertentu. Tapi ada juga yang tanda-tanda mungkin tidak muncul sehingga beberapa hari selepas terdedah.
Untuk mengelak dermatitis sentuhan, seseorang harus mengenal pasti bahan-bahan yang menyebabkan tindak balas kulit dan cuba mengelak daripada terdedah kepada bahan-bahan tersebut. Jika seseorang berkerja dengan bahan kimia, ia penting untuk menggunakan sarung tangan dan peralatan perlindungan diri lain yang sesuai. Bagi individu yang mempunyai alahan terhadap bahan tertentu, mereka harus mengelak daripada terdedah kepada bahan tersebut.
Sekiranya tanda-tanda teruk atau tidak hilang dengan rawatan mandiri, anda harus berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan yang sesuai.
Rawatan Untuk Contact Dermatitis
Rawatan paling biasa digunakan adalah dengan topikal krim seperti steroid. Steroid mmg boleh membantu meredakan keradangan, tetapi perlu dengan pengawasan doktor kerana ia adalah bahan kawalan & haram dibawah undang-undang untuk dijual kepada umum tanpa subscription drpd doktor pakar sendiri.
Terlalu bergantung kepada krim steroid yg terlalu lama boleh mendatangkan implikasi negetif terhadap organ dalaman. Sebab tu kebelakangan ini ramai yg lebih prefer alternatif treatment yg bebas dari pengaruh steroid seperti krim Dermcare hasil kajian Dr. Rizuan bersama beberapa universiti tempatan.
Dihasikan 100% dari gabungan herba & bahan semulajadi, jadi boleh gunakan seberapa kerap tanpa kesan sampingan. Kesan sangat pantas yg mampu menyaingi krim steroid, namun bebas kesan sampingan.
Untuk anda yg mencari ikhtiar untuk merawat kegatalan/keradangan akibat eczema atau jangkitan, boleh baca dulu detail tentang produk hasil kajian kami ini link dibawah:
drridzskinlabs.com/dermcare
drridzskinlabs.com/dermcare

Seorang bayi yang baru berusia 4 bulan datang ke klinik untuk pemeriksaan rutin. Doktor mendapati berat badan bayi ini n...
15/05/2023

Seorang bayi yang baru berusia 4 bulan datang ke klinik untuk pemeriksaan rutin. Doktor mendapati berat badan bayi ini naik mendadak dan mukanya bulat seperti bulan!

Mungkin ibu ibu sangka ia satu perkara yang normal. Pertanyaan lanjut mendapati neneknya ada menggunakan krim steroid untuk masalah ruam lampin sejak 2 bulan lalu. Krim di sapu untuk 5-8 kali setiap hari!

Krim yang mengandungi steroid ini meresap dari permukaan kulit masuk ke dalam peredaran darah dan menyebabkan perubahan hormon sehingga menjadi Cushing Syndrome.

Berhati hati ya, penggunaan berterusan melebihi 7 hari krim steroid perlu ada pemantauan doktor. Krim perlu di sapu mengikut arahan dan hanya di sapu lapisan nipis sahaja.

Rujukan
Alkhuder L, Mawlawi H. Infantile Iatrogenic Cushing Syndrome due to Topical Steroids. Case Rep Pediatr. 2019;2019:2652961. Published 2019 Dec 2. doi:10.1155/2019/2652961

Anak anak kecil mungkin tidak dapat mengadu tetapi mereka berkomunikasi melalui tingkahlakuJika anak sudah mula menunjuk...
15/05/2023

Anak anak kecil mungkin tidak dapat mengadu tetapi mereka berkomunikasi melalui tingkahlaku

Jika anak sudah mula menunjukkan perubahan emosi apabila ingin dihantar ke taska, ia mungkin satu petanda awal. Mereka boleh kelihatan takut, sedih atau resah.

Kadangkala mereka cuba mengadu dengan memberitahu perkara perkara yang pelik seperti teacher kurung dalam bilik, cikgu jahat dan sebagainya.

Anak mungkin sentiasa kelaparan bila p**ang kerumah kerana tidak diberi makan (walaupun bekalan makan sentiasa habis)

Red flags yang utama sudah tentu apabila ada tanda tanda fizikal seperti lebam, di gigit dan luka luka.

Bawa ke Fasiliti kesihatan jika anda mengesyaki berlaku pengabaian di pusat jagaan. Jangan tunggu, bertindak awal!
Kredit : Public Health Malaysia

14/05/2023

Anak tak boleh tido malam, menggaru-garu sebab gatal akibat eczema sampai habis luka 1 badan. Dah habis akal, tak tau nak buat apa dah… Untuk parent yang tgh ada masalah ni, boleh cuba Wet Wrap Therapy (WWT).
Kajian menunjukkan yang teknik WWT boleh mengawal & melegakan symptom eczema hingga 71% secara purata. Hari ni saya kongsikan bagaimana kita boleh lakukan wet wrap ni sendiri hanya di rumah. WWT ini memerlukan 1 set kain (garment) yang lembab dan 1 set kering. Harap lepas ni anak boleh tido nyenyak tanpa menggaru lepas dah buat WWT ni. Jom try.
[1].
Sediakan pakaian/kain ketat. Anda boleh gunakan tubifast, yg boleh dibeli dari farmasi, klinik kulit atau online. ‘Tubifast garments’ sememangnya direka utk pesakit kulit spt eczema. Terdapat dalam bentuk baju, lengan atau kaki. Semasa anda beli tubifast, pastikan anda beli utk umur yang sesuai utk anak anda. WWT tidak boleh terlalu ketat atau terlalu longgar. Nanti tidak berkesan.
Ada yg biasa guna jenis Molnlycke Tubifast, dan potong mengikut saiz anggota badan. Cara lain ialah membungkuskan 2 lapisan kain seperti gauze di dalam, dan bandage di luar, atau menggunakan stokin yg nipis.
[2].
Jika anda tidak mempunyai tubifast, jangan risau. Anda boleh gunakan baju cotton. Contohnya seperti baju tidur kanak-kanak. Cuma bagi memastikan tidak longgar, anda boleh gunakan 1 size lebih kecil dari size anak anda yang biasa (1 size smaller).
Kain yg paling sesuai ialah jenis yg sejuk dipakai, ringan, nipis tetapi boleh 'grip' dan tidak licin supaya ia kekal tidak terjatuh apabila digunakan. Kain mesti boleh meruapkan keluar air dgn cepat utk menyejukkan kulit, dan tidak membenarkan air terperap di dalam.
[3].
Tidak kira utk tubifast atau baju cotton, sila sediakan 2 set. Kerana WWT memerlukan 1 set yang lembab dan 1 set yang kering. Jika ada lebihan wang, boleh sediakan 4 set. Supaya apabila 2 set pertama digunakan, lebihan 2 set boleh dibasuh dan dijemur.
[4].
Utk memulakan WWT, anak anda perlu mandi terlebih dahulu. Lap kering badan dengan lembut sehingga kering. Kalau eczema anak tu basah, guna teknik 0.9% saline water (air garam) spt yg saya kongsikan sebelum ni untuk keringkan dulu eczema tu sebab sapu any krim/pelembab.
[5].
Sapu krim Dermcare ke kawasan keradangan (merah/gatal). Tunggu 10-5minit (untuk dia meresap), kemudian sapu pelembab dengan urutan mengikut satu arah (ikut arah jatuh bulu rambut) ke seluruh badan.
(blh dapatkan krim dermcare di website rasmi Dr. Ridz: drridzskinlabs.com/dermcare)
Kalau nak guna bersama krim steroid dari klinik/doktor pun boleh. Make sure krim tu hanya di kawasan radang . Ingat, penggunaan steroid mesti under pengawasan doktor, kalau tak side effect dia boleh sebabkan eczema anak lagi teruk.
Secara mudah, ini turutan apa nak guna sebelum kita start wrap badan anak:
[Dermcare Krim] (tunggu 10-15min) --> [Pelembab] --> [Krim Steroid]
[6].
Seusai itu, rendamkan keseluruhan 1 set tubifast ke dalam air suam kuku. Angkat dan perah sehingga kering. Set pertama ini adalah set lembab (wet garment). Balut bahagian kulit yang disapu pelembab +/- krim dermcare tadi dengan wet garment ini. Tujuan ini, adalah utk trap kelembapan pada kulit.
[7].
Kemudian, balutan kedua adalah dengan 1 set tubifast yang kering (set kering atau dry garment). Then, selesai! Mudah je kan?
[8].
WWT ini boleh dilakukan secara berterusan selama 24 jam. Sebagai permulaan, saya selalu nasihatkan ibu bapa supaya mulakan pada waktu malam terlebih dahulu semasa hendak tidur. Ini bagi membiasakan kanak-kanak dgn terapi ini.
[9].
Jika pakai berterusan dan anda dapati WWT mulai kering, anda perlu buang lapisan yang kedua itu (dry garment) dan spray air suam kuku pada balutan pertama (wet garment). Kemudian, balut semula dengan dry garment. Terapi ini berkesan kerana ada wet garment tu. Jika dibiarkan wetwrap kering, dikhuatiri akan menyebabkan kulit menjadi gatal p**a nnti.
[10].
Krim steroid tidak perlu digunakan setiap masa. Jika tiada radang, tidak perlu pakai. Jika pakai krim steroid, pastikan tidak melebihi 14 hari.
[11].
Elakkan guna WWT jika ada tanda jangkitan kuman, seperti keluar cecair kuning, keruping kuning, nanah.
[12].
Kain yang digunakan dalam WWT boleh dibasuh dan digunapakai lagi. Tatkala basuh, tidak perlu gunakan sabun antibakteria/pewangi. Memadai basuh dengan air suam kuku dan biarkan kering.
Apabila kulit anak sudah baik dari ekzema boleh terus slow-slow kurangkan kekerapan wet wrap dan stop. Dan ulangi proses ini jika ekzema berlaku semula. Kebanyakan ibubapa akan teruskan wet wrap setiap malam kerana mereka merasakan cara ini paling membantu anak untuk tidur dgn selesa.
Semoga perkongsian saya ini dapat membantu anda mengawal ekzema anak anda dengan lebih baik. Selamat mencuba.
KRIM ECZEMA TANPA STEROID:
Jangan cuba krim sebarangan tanpa kaji dulu bahan product tersebut. Kesan pantas tak semestinya dia selamat untuk jangka masa panjang. Terlalu bergantung kepada krim steroid yg terlalu lama boleh mendatangkan implikasi negetif kpd anak di masa hadapan. Sebab tu kebelakangan ini ramai parent yg lebih prefer alternatif treatment yg bebas dari pengaruh steroid seperti krim Dermcare hasil kajian Dr. Rizuan & beberapa universiti tempatan.
Dihasikan 100% dari gabungan herba & bahan semulajadi, jadi boleh gunakan seberapa kerap tanpa kesan sampingan. Kesan sangat pantas yg mampu menyaingi krim steroid, namun bebas kesan sampingan.
Untuk anda yg mencari ikhtiar untuk merawat kegatalan/keradangan akibat eczema atau jangkitan, boleh baca dulu detail tentang produk hasil kajian kami ini link dibawah:
drridzskinlabs.com/dermcare
drridzskinlabs.com/dermcare

Produk Supplement & Nutrisi Untuk Kesihatan Anda

Address

DR. RIDZ NUTRILABS, PM803, LOT 22197, KAWASAN PERINDUSTRIAN GONG BADAK, KUALA NERUS
Kampong Gong Badak
21300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dr.Ridz Nutrilabs posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Dr.Ridz Nutrilabs:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram