
04/09/2024
**Latihan Pengusian Bangunan Bersama Balai Bomba Kepala Batas**
Pusat Penjagaan Ceria ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pegawai Bomba Encik Mohd Akmal dan anggota Balai Bomba Kepala Batas atas kejayaan menganjurkan Latihan Pengusian Bangunan Bomba yang penuh dengan ilmu dan pengajaran berharga.
Latihan ini bukan sahaja memberi pendedahan tentang langkah-langkah keselamatan, malah turut merangkumi pengetahuan mengenai penggunaan alat pemadam api, cara menyelamatkan diri daripada bangunan berapi, dan tanggungjawab penjaga untuk memastikan suis elektrik dimatikan serta menjadi orang terakhir keluar dari bangunan.
Terima kasih juga kepada pihak bomba atas panduan menugaskan 4 PIC yang penting dalam situasi kecemasan: Communicate Man untuk berhubung dengan pihak berkuasa, Assembly Man, PIC bagi setiap bangunan, dan PIC Keputusan.
Pengalaman ini tidak ternilai, dan kami amat berterima kasih kerana memberi peluang kepada kakitangan kami untuk bergambar bersama jentera bomba. Kehadiran dan kerjasama daripada pihak bomba telah memberikan impak positif dan memantapkan lagi persediaan kami dalam menghadapi sebarang kemungkinan.
Sekali lagi, terima kasih atas sokongan dan perkongsian ilmu yang sangat berguna ini!