28/11/2025
π₯π Majlis Penutup Program Pengurusan Berat Badan IFitEr Siri 4 ππ₯
26 November 2025 | 10:00 Pagi | Wellness Hub Bera
Program Pengurusan Berat Badan IFitEr Siri 4 telah melabuhkan tirainya dengan penuh semangat dan disiplin tinggi. Siri kali ini amat istimewa apabila menghimpunkan anggota-anggota BOMBA & Penyelamat dari 13 balai sekitar Pahang Barat, melibatkan daerah:
β’ Bera
β’ Temerloh
β’ Kuala Krau
β’ Bentong
β’ Cameron Highlands
β’ Lipis
β’ Raub
β’ Jerantut
Program ini memberi tumpuan kepada peningkatan kecergasan, pengurusan berat badan dan ketahanan fizikal β elemen penting dalam memastikan kesiapsiagaan anggota BOMBA dalam tugasan harian yang penuh cabaran.
Tahniah diucapkan kepada 5 peserta terbaik yang menunjukkan komitmen luar biasa dengan penurunan berat badan paling tinggi:
π 1. Mohd Syamsul Idzuan bin Abdul Malek
Balai BOMBA Bukit Angin
π -22 kg
π₯ 2. Ibrahim bin Mat Said
Balai BOMBA Bukit Angin
π -19 kg
π₯ 3. Norizan binti Mamat
Balai BOMBA Ringlet
π -11 kg
π 4. Zul Hisham bin Ahmad
Balai BOMBA Bukit Angin Kuala Krau
π -10 kg
π 5. Muhamad Yusrizal Nizam bin Azmi
Balai BOMBA Zon 2
π -9 kg
Syabas dan tahniah kepada semua peserta dari seluruh balai yang mengambil bahagian. Komitmen dan semangat anda menjadi inspirasi kepada komuniti serta membuktikan bahawa kecergasan adalah aset penting seorang penyelamat.
Teruskan momentum sihat dan aktif ini. Jumpa lagi di siri seterusnya!