17/03/2020
Apa itu Black Ginger atau Kunyit Hitam?
Black Ginger (Kaempferia parviflora) merupakan tumbuhan herba dari kumpulan keluarga Zingiberaceae. Senang didapati dan tumbuh di Asia Tropika. Sejak sekian lama, ia telah digunakan secara meluas sebagai penambah tenaga, minuman tonik malah ia juga terbukti dapat menyembuh dan merawat pelbagai penyakit tanpa memberi kesan sampingan.
Hasil projek kolaberasi bersama MARDI (Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia) dan dana yang telah disuntik oleh syarikat berjaya menghasilkan beberapa produk berasakan kunyit hitam. Projek kolaberasi ini telah ditandatangani oleh MARDI bersama syarikat dibawah tajuk “Evaluation, development and up-scaling of black ginger based product” yang diketuai oleh Dr Zuraida Ab Rahman bekepakaran dalam bidang Bioteknologi & Biokimia tumbuhan. Produk-produk yang dihasilkan DIJAMIN SELAMAT DAN BEBAS DARI BAHAN-BAHAN TERLARANG. Seperti sedia maklum, terdapat lambakan produk kesihatan dipasaran yang tidak diketahui “Jaminan Keselamatan”. Malah kini ia telah menjadi isu yang sangat sensitif kepada para pengguna.
Semua produk yang dihasilkan adalah kajian bersama MARDI dan ia akan terus dipantau oleh pihak MARDI agar tiada bahan-bahan terlarang ditambah ataupun dimanipulasi. Produk yang dihasilkan bersama MARDI telah diberi hak kepada syarikat untuk mengilang, mengeluar dan memasar semua produk-produk berasaskan Black Ginger.
Produk yang menggunakan jenama “Nutrima by MARDI” iaitu jenama keluaran Mardi akan menjadi produk yang pertama menggunakan Black Ginger sebagai bahan asas untuk produk supplement kesihatan yang berdaftar di dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
LATAR BELAKANG
Latar Belakang Syarikat
Syarikat Black G Sdn Bhd (BGSB) adalah pengeluar dan pemasar produk menggunakan jenama Nutrima by MARDI. Nutrima by MARDI adalah jenama bagi produk keluaran Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). BGSB telah menandatangani perjanjian dengan MARDI untuk mengeluar dan memasar produk berasaskan tumbuhan yang dikenali sebagai Black Ginger (kunyit hitam) dengan menggunakan jenama NUTRIMA by MARDI.
Black Ginger (kaya dengan Bioflavonoids)
Nama Saintifik: Kaempferia parviflora
Kumpulan keluarga: Zingiberaceae.
Ciri-ciri botani: Tumbuhan dwitahunan dengan rizom di bawah tanah. Berwarna hitam ungu dan kepekatan warna bergantung kepada tanah. Parviflora, memutuskan bahawa ciri-cirinya adalah hitam ungu.
KHASIAT BLACK GINGER UNTUK KESIHATAN DAN KECERGASAN
Khasiat kesihatan & perubatan secara tradisional menggunakan black ginger telah diguna dengan meluas lebih berabad lamanya. Ia digunakan untuk mencegah dan menyembuh pelbagai masalah kardiovaskular seperti alahan (allergy), asma (asthma), mati pucuk (impotence), gout, diarrhea, ulser dan kencing manis. Black ginger merupakan bahan antioksidan yang tinggi. Keterlibatannya secara aktif dalam sistem saraf dan aliran darah dalam badan ke tisu (vasorelaxant) juga dikenal pasti (Pengcharoen, 2002; Pojanagaroon and Rujjanawate, 2005; Vichitphan et al., 2007; Wattanapitayakul et al., 2008)
a. Peningkatan Tenaga & Libido
b. Meningkat Kekuatan Otot & Stamina
c. Diperkaya Dengan Anti Oksidan
d. Membantu mengurangkan Resdung Tahap Kronik, Alergi Kegatalan kulit
e. Anti-Gastrik Ulser
f. Membantu Penghadaman, Sembelit & Buasir
g. Ransangan Prestasi Seksual (Wanita) & Menopause
h. Membantu mengatasi Masalah Obesiti & Mencegah Diabetic
i. Mengurangkan Migrain & Sakit Kepala
j. Penyakit Kardiovaskular (Strok & Jantung), Peningkatan Peredaran Darah
k. Anti-Kanser
l. Membantu meningkatkan Prestasi Seksual Dan Penguat Fizikal
m.merawat sakit lutut,sendi dan saraf.
ANUGERAH YANG TELAH DIMENANGI
a. Pingat Emas Hari Inovasi MARDI 2017
b. Produk Paling Inovatif Hari Inovasi MARDI 2017
c. Saintis Muda Hari Inovasi MARDI 2017
d. Pingat Emas Malaysia Technology Expo 2018
e. Korean Invention Promotion Association Award in Malaysia Technology Expo 2018
f. Pingat Perak International Invention, Innovation & Technology Exhibition 2018
utk order klik sini👉🏻 https://wa.me/60133977173