20/01/2024
𝗣𝗥𝗨𝗗𝗘𝗡𝗧𝗜𝗔𝗟 𝗔𝗦𝗦𝗨𝗥𝗔𝗡𝗖𝗘 𝗕𝗘𝗥𝗛𝗔𝗗 (𝗣𝗔𝗠𝗕)
Ia telah bertapak di Malaysia pada 1924 lagi.
Pada tahun kewangan 2017 berakhir pada 31 Disember 2017,PAMB telah mencapai jualan sebanyak .61 billion.Jualan tersebut termasuk insurans & Takaful.Produk takaful dijual melalui wealth planner atau ejen di bawah BSN Takaful.
Sebagai peneraju industri dan operator insurans yang inovatif, produk PAMB merangkumi simpanan, perlindungan dan pelaburan yang diperlukan oleh seluruh warga Malaysia.Banyak produk yang kami tawarkan melalui ejen, cawangan, rakan niaga dan banccassurance di seluruh Malaysia.
Dengan lebih 1,700 kakitangan, PAMB komited untuk membantu warga Malaysia mencapai impian mereka dalam melindungi kewangan dan masa hadapan mereka.
PAMB adalah anak syarikat dari Prudential pls UK.Prudential plc bertapak di England dan Wales.Prudential plc dan rakan niaga telah menguasai pasaran dunia dengan jumlah pelanggan lebih 26 juta orang dan mempunyai pegangan aset £669 billion (setakat 31 Disember 2017).
Walaupun begitu,Prudential plc tiada kaitan dengan Prudential Financial inc. yang bertapak di Amerika Syarikat.
Pudential BSN Takaful (PruBSN) telah bertapak di Malaysia sejak 2006.
Ketika itu,Bank Negara telah memberi lesen takaful kepada PruBSN untuk menjual produk berlandaskan patuh syariah.PBTB adalah gabungan (JV) antara syarikat Prudential Assurance Malaysia Bhd & Bank Simpanan Nasional.
Dua syarikat gergasi bergabung dan kini telah menjadi peneraju operator takaful terunggul dan memenangi banyak anugerah sejak ditubuhkan.
Dengan pengalaman selama 12 tahun beroperasi,PruBSN telah memberi kepada 800,000 orang pelanggan dengan sokongan seramai 16,000 orang di seluruh Malaysia.Sejak tahun 2011,PruBSN telah menjadi syarikat operator no 1 Malaysia.
Dengan slogan 'Takaful For All,For Life",PruBSN telah menjadi satu syarikat yang kukuh dan komited untuk memberi impak dalam membantu rakyat Malaysia dalam merancang,mengurus dan melindungi kewangan mereka.
Walaubagaimanapun,PruBSN bukanlah sebuah bank,Bank Simpanan Nasional (BSN) hanya sebagai rakan kongsi sahaja.Kami hanya fokus dalam menyediakan produk-produk takaful yang inivatif dan berlandaskan syariah untuk kesejahteraan rakyat Malaysia.
Alhamdulillah...
TAHNIAH PRUDENTIAL BSN TAKAFUL.
2024 tahun ke 100 Prudential
sejarah prudential