01/03/2026
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini, 1 Mac, kita menyambut Hari Kerusi Roda Sedunia.
Kerusi roda bukan sekadar peralatan. Ia adalah lambang kebebasan, keyakinan dan peluang kedua untuk bangkit.
Bagi ahli-ahli PSPT, kerusi roda menjadi sahabat setia dalam perjalanan kehidupan selepas kecederaan spinal. Melalui sokongan berterusan dan pendekatan 5M โ Merawat, Motivasi, Melawat, Mengajar dan Memantau โ kita berusaha memastikan setiap Spinal Consumer mampu berdikari dan menjalani kehidupan dengan lebih bermaruah.
Marilah kita bersama-sama meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan akses mesra OKU dan sokongan berterusan kepada komuniti ini.
Selamat Hari Kerusi Roda Sedunia.
Bersama kita melangkah lebih jauh, mengatasi had dan cabaran.