
17/06/2024
๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ โจ๐
Antara hikmah disyariatkan ibadah korban adalah bagi meneladani perjuangan, pengorbanan dan ketaatan Nabi Ibrahim a.s. serta keluarganya terhadap perintah Allah SWT.
Kehadiran Aidil Adha sentiasa mengingatkan kita tentang peristiwa Nabi Ibrahim a.s. yang diuji oleh Allah SWT dengan perintah menyembelih anaknya iaitu Nabi Ismail a.s. sebagaimana yang terakam dalam surah as-Saffat, ayat 102 yang bermaksud:
โMaka tatkala anaknya itu sampai ke peringkat umur yang membolehkan dia berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: โWahai anakku! Sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah bagaimana pendapatmu!โ
Dia (Ismail) menjawab: โWahai ayahku! Lakukanlah apa yang diperintahkan (Allah) kepadamu; dengan kehendak Allah, engkau akan mendapatiku termasuk dari kalangan orang yang sabar.