
17/12/2021
APAKAH ITU KECEDERAAN ACHILLES TENDON @ URAT KETING ???
-DR.T NOVALAN ( M.D )
KLINIK BERGERAK PERCUMA DR.T NOVALAN
இலவச நடமாடும் கிளினிக் @ சிகிச்சையகம்
FREE MOBILE CLINIC
Melawat beberapa pesakit di kawasan Bandar Baru , Sg lalang @ Merbok. Salah seorang daripadanya merupakan remaja 16 tahun yang mengalami masalah di kakinya sejak 3 tahun , selepas mengalami kecederaaan ketika bermain bola sepak. Sejak itu adik ini mempunyai masalah ketika berjalan tetapi sampai sekarang tidak pernah melawat ke hospital.
Setelah memeriksanya mendapati adik ini mempunyai masalah di Achilles Tendon @ Urat Keting.Adik ini akan dirujuk ke hospital pakar untuk rawatan selanjutnya.
APAKAH ITU ACHILLES TENDON @ URAT KETING DAN APAKAH KECEDERAAN YANG BAKAL BERLAKU ???
Urat keting @ Achilles tendon adalah tendon yang paling kuat dan tebal dalam sistem tubuh manusia. Ia berukuran 15 sentimeter panjang dan bermula dekat dengan bahagian tengah keting hingga ke bawah tumit.
Tetapi, ia juga antara tendon paling kerap terkoyak atau putus berikutan fungsi utamanya menyelaraskan pergerakan sama ada berjalan atau berlari. Anda juga memerlukan bantuan urat keting apabila terpaksa menjengketkan kaki.
Justeru, jika berlaku gerakan mengejut misalnya melompat tiba-tiba, urat keting boleh terputus atau terkoyak. Urat keting yang terkoyak separuh masih berupaya menghubungkan otot keting tetapi jika terkoyak sepenuhnya, ia tidak lagi berfungsi menghubungkan antara otot keting dan tulang buku lali.
Namun, putusnya urat keting tidak bermakna anda tidak boleh berjalan. Mereka yang putus urat keting masih boleh berjalan justeru kebanyakan orang yang mengalaminya tidak terlalu prihatin untuk mendapatkan rawatan. Melainkan jika seseorang itu terbabit dalam sukan secara profesional.
Urat keting yang putus akan menghasilkan bunyi meletup (seperti ‘pop’) dan menyebabkan lebam. Apabila urat keting sudah lama putus, ia akan menyebabkan kesan lekuk pada keting. Urat keting yang putus, terutama di kalangan orang muda dan aktif dalam sukan akan disambung semula melalui pembedahan.
APAKAH SIMPTOM URAT KETING TERPUTUS ?
1)Rasa sakit, pedih secara tiba-tiba di belakang buku lali
2)Kedengaran bunyi ‘pop’ atau ‘meletup’
3)Tekanan dirasakan atau dilihat dengan jelas di kawasan tendon kira-kira dua inci di atas tulang tumit.
4)Bengkak, kejang diikuti dengan lebam dan lemah.
APAKAH RAWATAN JIKA ACHILLES TENDON @ URAT KETING TERPUTUS ???
Pembedahan adalah rawatan paling popular bagi menangani masalah putus urat keting. Bergantung pada tisu yang terkoyak atau putus, pembedahan ini mungkin akan memerlukan urat keting dijahit kembali ke tapak asalnya.
DR.T NOVALAN ( M.D )
&HEALTHY
*KAWASAN OPERASI* : MUKIM MERBOK
*HARI OPERASI* : AHAD / SELASA / KHAMIS
*WAKTU OPERASI* : 6pm - 12am
CONTACT NUMBERS (Call / WhatsApp) :-DR.T.NOVALAN :
📞 012-6851023
📧 dr.nova1081@gmail.com
Whatsapp: 012-6851023
016-4525045 / 016-4156046 / 011-11815132
010-9098704 / 017-4272204 / 010-9369895
010-9315847 / 011-36167004 / 016-4830