BekamMedic Kuantan Pahang

BekamMedic Kuantan Pahang TERAPI BEKAM DAN RAWATAN ISLAM khusus kepada warga kuatan:-
RAWATAN BEKAM DI TERAPKAN SEKALI RAWATAN ISLAM SECARA TIDAK LANGSUNG..

RAWATAN ISLAM AKAN DIBUAT SECARA KHUSUS BERDASARKAN PENYAKIT PESAKIT..

28/09/2016

Bayi Menangis

Hampir Setiap Hari dalam minggu ini saya di panggil untuk merawat atau ruqyah anak kecik atau bayi baru di lahirkan

Dan Kebanyakkannya Ada masalah gangguan jin dan ada sebahagiannya bukan gangguan jin tetapi masalah kesihatan(parent sangka gangguan Jin)

Simptom Bayi yang Di Ganggu
# Menangis yang agak Lama
# Menangis Pada Waktu Tertentu
# Menangis Di Tempat Yang Tertentu
# Selalu Melihat atau memandang syiling atau bumbung Rumah
# Tersentak atau Terkejut Ketika Tidur
# Mengigil Ketakutan
# Kelihatan Tidak Selesa
# Perut Mula Kembung
# Kesan Lebam Tanpa Sebab
# Melihat Lembaga
# Tiada Mengalami Masalah Penyakit Atau Demam

Cara Atasi Peringkat Awal(Parent)
# Alih/Ubah Tempat Tidur Anak Atau Bayi
# Azan Di Telinga Anak Perlahan-lahan dengan Tenang
# Baca Al-Quran dan Pegang Bayi di bahagian Dada atau kepala sambil Membaca Al-Quran
# Tenang Dan Tidak Menunjukkan Keadaan Yang Panic
# Mula Dengan Mendukung atau Pegang Bayi dengan Baik Serta Berpindah2 Kedudukan dalam Beberapa Minit
# Dapatkan Rawatan Jika Keadaan Bayi Masih Tidak Menunjukkan Perubahan

***Pastikan Bukan Masalah Kesihatan Pada Bayi

***Boleh Dapatkan Rawatan Walaupun Maslaah Kesihatan Bayi Jika Perlu Tetapi Dapatkan Medical Treatment Terlebih Dahulu Sebelum Dapatkan Rawatan Eltenetif

Pengamal Perubatan Islam/Ruqyah
Mohd Badrul Bin Mohd Safian
013-4687591

Darul Nuraniyyah Kuantan Pahang



24/09/2016

Sesak Nafas

Saya Di Kejarkan Ke Balok beberapa Hari Lepas kerana Waris Pesakit Memaklumkan bahawa Pesakit Dalam Keadaan Sesak Nafas dan Mengigil

Antara Makluman Yang saya terima dari pihak waris
# Pesakit sesak Nafas/mengigil pada waktu petang hari tersebut
# Dan Terus Membawa Ke Medical Treatment proses
# Medical Treatment Claim tiada masalah Jantung atau paru-paru(normal)
# dan Mereka Terus Coll Saya untuk dapatkan Rawatan Ruqyah

Bila Saya Smpai di rumah Pesakit setikar 12 malam dan saya lihat pesakit dalam keadaan tidak bermaya

Dan Saya bertanya beberapa soalan

Ada pening kepala?
Sakit dada?
Sesak nafas dan mengigil?
Ada melihat jin/makhluk halus?
Berdebar secara tiba-tiba?
Ada makan buah pada hari ini?
Mabuk/Mamai/Berpusing2?

Selepas soalan ini di jawab dan saya buat semakan ke atas pesakit

Pesakit Mengalami Masalah Gangguan Jin yang cuba untuk merasukinya

Setelah Itu Rawatan Ruqyah dimulakan dengan beberapa Ayat al-Quran dan zikir

Semasa Ruqyah Di jalankan, saya Mula Tekan Point(dada) dan selepas beberapa ayat di bacakan

Pesakit mula Ingin Muntah Serta loya

Dan Saya terus tenangkan Pesakit serta memberi Sedikit Air yang di tilawahkan agar ia tidak muntah pada sesi rawatan

Dengan Secara tidak Sengaja saya Melihat Jin/Lembaga Hitam Yang Besar bergerak Ke Dapur Rumahnya

Dan Saya teruskan ruqyah sehingga selesai

Berdasarkan Keterangan Pesakit, beliau Melihat Jin itu Sangat Besar Dan Hitam

Maka Yang saya Lihat itu adalah Jin yang Cuba untuk Merasukinya

Lantas Saya meminta Izin Untuk Memagar Rumah Atau Keluarkan Jin itu pada kediamannya

Selepas di Izinkan Saya terus melulu Ke dapur rumahnya

Dan Sangkaan Saya tepat, Jin Itu berada Di Dapur Rumahnya, saya terus Mulakan Dengan Beberapa Ayat Ruqyah untuk mengusirnya keluar dari rumahnya.

saya terus ke setiap ruang Di dalam Rumahnya untuk memastikan Tiada Lagi gangguan atau Jin yang menganggu Diri Pesakit

Setelah Selesai, Rupanya Jiran-jiran Pesakit juga Menunggu Untuk mendapatkan Rawatan

Setelah itu Rawatan selesai dan Saya P**ang Untuk Berehat

******Pesakit mengalami Masalah Pernafasan dan Mengigil adalah Sebab atau Simptom Awal untuk berlakunya keras**an atau histeria akan tetapi tubuh pesakit masih lagi boleh mengawalnya

Simptom Awal Kerasukkan
- Sesak nafas
- Mengigil
- Sakit Kepala yang amat sangat
- Mamai/blur
- Melihat Jin**
- Terasa ingin Menjerit**
- Sakit pada bahagian Dada atau organ Tertentu
- Menjadi tertekan Tanpa Sebab(Stress)
- Perubahan Pada Pergerakkan anggota badan**
- Tidak Mampu mengawal Pergerakkan badan sedangkan masih dalam keadaan sedar**
- Terasa Panas pada Bahagian Badan/anggota**
- Meremang Bulu Roma**
- Bermula tindakan yang di luar jangkaan**
- Berbau Busuk**

@ jika Hampir Kesemua atau sebahagian simptom Ini berlaku maka ia mungkin dalam keadaan kerasukkan atau hampir berlaku kerasukkan/Jin masuk tubuh badan

@ Jika Hanya Berlaku beberapa simptom sahaja maka ia bukan lah gangguan atau kerasukkan secara teknikalnya(Rujuk Medical)

By Badrul

Pengamal Perubatan Islam/Ruqyah
Mohd Badrul Bin Mohd Safian
013-4687591

Darul Nuraniyyah Kuantan Pahang



Selesai Sudah Rawatan BekamRm48/Sesi #12 point # Bekam Angin # Bekam Darah # Free TranspotationPengamal Perubatan Islam/...
24/09/2016

Selesai Sudah Rawatan Bekam

Rm48/Sesi
#12 point
# Bekam Angin
# Bekam Darah
# Free Transpotation

Pengamal Perubatan Islam/Ruqyah
Mohd Badrul Bin Mohd Safian
013-4687591

17/09/2016

Kubur

Seorang Lelaki meminta untuk saya Buat rawatan Ruqyah padanya

Katanya badannya sakit2 dan sengal2 dan tak tahu sebab apa yang berlaku walaupun dah pergi ke medical serta mengurut akan tetapi masih lagi sakit walaupun sudah 2 minggu

Bila Saya Semak pesakit Lelaki Tersebut dan Saya Teruskan Rawatan Ruqyah Pada Pesakit

Selepas Selesai Rawatan Ruqyah, saya bertanya pada pesakit!

Saya : Abang Ada pergi Ke Kubur ke dalam Masa terdekat ini

Pesakit : Dia terkejut, memang ada seminggu dua nie saya kerap ke kubur ziarah kubur istri saya yang baru meninggal 1 bulan yang lalu.

Istri pesakit : kami pun baru je Kawin selepas isteri abang Meninggal

Saya : Bagi pandangan saya ini kes tersampuk atau Terkene gangguan Jin semasa di kubur ketika abang dlm keadaan penat

Pesakit : Memang ada beberapa kali saya pergi ke kubur selepas saya balik kerja

Selepas Itu Saya Semak rumah dengan Memasuki Setiap Ruang Rumah

Sangkaan Saya tepat, kehadiran Jin yang menggangunya memang ada di dalam rumahnya atau di dalam biliknya

Dan saya mula baca beberapa ayat ruqyah dan memohon pada Allah agar jin itu keluar dari rumah tersebut

Selepas selesai Saya Pun Berangkat pulang

Tips Elak Di Ganggu Makhluk Halus
# pergi ke tempat orang sakit atau kubur dengan keadaan yang baik atau tidak terlalu letih atau penat
# Menjaga Adab Ketika ziarah kubur atau ziarah orang sakit
# sentiasa Memberi salam ketika memasuki rumah
# Lafaz ta'awus bila terasa tak sedap hati atau terasa kehadiran jin atau makhluk halus

Pengamal Perubatan Islam/Ruqyah
Mohd Badrul Bin Mohd Safian
013-4687591

Darul Nuraniyyah Kuantan Pahang



16/09/2016

Gay

Semasa Dalam Proses Rawatan Bekam di jalankan Pada seorang pesakit

Pada biasanya akan berlaku sentuhan atau contact pada bahagian Atau kawasan Point Bekam/Titik Bekam di bahagian Belakang Badan

Bila Selesai Rawatan Bekam dan Pesakit P**a Mula pulang

Pada Petang Tersebut saya Dapat SMS dari pesakit yang Sama

Yang menyatakan untuk Berkenalan Dengan Saya Dengan Lebih Dekat

Dan Dia mula ajak Keluar makan Pada Malam itu

Pada Mulanya Saya bersangka Baik

Tetapi saya menolak pelawaannya untuk keluar atau kenal lbih dekat

Siapa sangka tindakan Saya itu membuat
Dia tertekan dan dia mula SmS saya banyak Kali dan Coll saya Banyak Kali untuk ajak Saya keluar dan berkenalan dgnnya

Akhirnya Saya berdiam diri dan Tidak Respone apa-apa dari tindakan beliau

Hampir 1 minggu dia sms dan coll dan akhirnya

Ia Berhenti dengan Sendiri

# Gay Adalah Perkara Yang Di tegah Dalam Agama
# Mengundang Kemurkaan Allah
# Menbawa kepada Pelbagai Penyakit
# Berlawan Dengan Fitrah Manusia

Pengamal Perubatan Islam/Ruqyah
Mohd Badrul Bin Mohd Safian
013-4687591



06/09/2016

Kesembuhan itu Milik Allah

Ketika saya sedang memandu menuju ke rumah Pesakit di sekitar kuantan dan tiba-tiba telefon saya berbunyi dan memaparkan number tidak di kenali

Tanpa teragak-agak saya angkat panggilan di buat

Ternyata suara wanita yang seperti ceria atau gembira memberi salam dan bertanya hal tentang saya

Kemudian dia mencerita tentang saya pernah merawatnya bebrapa bulan lepas

Saya pun ingat-ingat lupa siapa dia dan pesakit bagi hint yang dia pernah alami Istihadah selama 5 tahun.

Dan Baru saya teringat tentang siapa pesakit ini

Istihadah 5 tahun lamanya dan selepas rawatan alhamdulillah hampir kembali kepada normal atau seperti wanita normal

Masalah di alami oleh pesakit ketika sebelum sembuh
# darah keluar dari f***j hampir 5 tahun atau lebih(istihadah/penyakit)
# pelbagai ubat/rawatan eltenetif di lakukan
# berjumpa jalan Buntu
# masih tiada kesan positve

Pesakit mengucapkan terima Kasih dan tanya beberapa soalan berkaitan dengan Rawatan sebelum ini dan bila selesai saya pun tutup panggilan tersebut

**Pengajaran**

# kesembuhan itu Milik Allah
# manusia tidak mampu melainkan berusaha dan berdoa
# Bila Sampai Waktu Sembuh maka ia akan sembuh
# Rawatan islam antara Asbab kesembuhan Berlaku
# Penyakit Akan mudah Sembuh Bila kita selesai masalah dengan Allah/manusia/mahluk Allah/dan Hati manusia sendiri

Pengamal Perubatan Islam
Mohd Badrul Bin Mohd Safian
013-4687591

Darul Nuraniyyah Kuantan Pahang



02/09/2016

Kambing

Seorang ibu memanggil saya ke rumahnya untuk melihat keadaan anaknya yang nampak pelik

Selalu kita melihat kambing berjalan di hadapan rumah atau di kebun-kebun

Tetapi tidak pada anak akak ini!!

Akak : anak akak nie selalu cakap jumpa kambing dalam rumah dan kambing tu berjalan-jalan dekat dinding dan syiling rumah(penjuru Dinding) dan membuatkan akak risau

Akak : sedangkan akak sendiri tidak nampak apa yang anak akak nampak dan anak akak hanya berkata-kata melihat kambing berjalan atau menujuk kambing di atas dinding

# Bunyi Macam Kelakar tetapi ini sejenis gangguan yang di alami oleh anak akak ini

# jin mampu mengubah bentuk atau rupa

Selepas Di semak pada anak akak ini

Ternyata anaknya mengalami gangguan Jin yang bertapak di rumahnya

Setelah itu saya mulakan dengan Azan di tengah-tengah rumahnya serta membaca beberapa surah atau ayat al-quran

Dan saya mulakan rawatan ruqyah terhadap anaknya dan cuba untuk menutup hijabnya supaya ia tidak lagi boleh melihat jin

# Jin yang menganggu anaknya sudah menetap di rumahnya sebelum ia berpindah ke rumah itu

# Jika kes seperti ini, kita mohon pada Allah supaya Jin itu di keluarkan dari rumah dan cuba alihkan jin itu ke tempat yang lain.

Jin Menetap Di Rumah Manusia
# Manusia Ada hak untuk halau jin sebab rumah itu milik kita (kita bayar sewa/beli)
# boleh menetap jika tidak menganggu manusia
# Jin mampu menetap di dalam air/tanah/pokok/perigi/dll( jadi pindahkan mereka)
# Jin mampu memberi kesan negetive jika serumah dengan manusia

Tips Keluarkan Jin Dari Rumah
# Azan di tengah-tengah Rumah( niat Allah bantu keluarkan jin tersebut dari rumah)
# boleh mula membaca surah al-baqarah
# boleh mula membaca ayat-ayat ruqyah pada tempat yang mungkin jin itu duduk/kedudukan jin

Selamat Mencuba๐Ÿ˜Š

Pengamal Perubatan Islam
Mohd Badrul Bin Mohd Safian
013-4687591

Darul Nuraniyyah Kuantan Pahang



01/09/2016

Melihat Jin

Seorang wanita mengaku dapat melihat jin/lembaga

Dia sangkakan rumah yang di diami ada penghuni tidak di undang
Tetapi sangkaan dia meleset

Selepas saya buat semakkan
masalah yang di hadapi adalah bukan rumah tetapi diri sendiri yg sudah mempunyai jin tersendiri

Saya ajukan beberapa soalan
# selalu tengok jin di rumah sahaja atau banyak lagi di tempat lain?
# pernah kerasukkan atau histeria?
# ada ahli keluarga pandai berubat tradisional?

Jawapan yang diberi ada positve yang di mengalami kes saka

Katanya : kemana saya pergi mesti akan jumpa lembaga atau jin

Saya : ini menunjukkan bukan rumah akak yang bermasalah tetapi diri akak sendiri

Katanya : saya pernah kerasukkan selepas melihat orang lain di rasuk ketika zaman muda-muda dlu

Katanya : ayah akak memang pandai berubat(tradisional) orang tetapi dia dah arwah dah

# anak akak ini mula demam selepas membuat appointment dengan saya sehari sebelum rawatan

Selepas semakan ternyata akak ini mengalami masalah gangguan saka yang mungkin datang dari keturunannya

Sebab itu dia mampu melihat jin atau lembaga
# jin yang berhampiran
# jin yang berdamping dengan dirinya

Setelah itu bermula sesi ruqyah pada akak ini

Dalam sesi ruqyah, anaknya yang demam ini(umur tak smpai 2 tahun) makin kuat menangis dan seperti meronta-ronta

Selepas selesai sesi ruqyah berjalan saya bagi ruang kepada baby untuk tenang dan dapatkan susu seketika

Dan saya panggil semula untuk sesi rawatan pada baby tersebut

Selesai rawatan ruqyah pada baby dan selang beberapa minit selepas rawatan

Baby dah mula bagi respon yg positve
Dia sudah mampu bermain/ketawa dan ceria

Pada Asalnya dia demam dan muram serta lesu

Alhamdulillah Allah Izinkan baby itu sembuh dengan cepat

Selepas selesai rawatan kepada kedua-duanya

Akak ini mula bercerita tentang anaknya yang lelaki berusia kurang 10 tahun berkawan atau bercakap sendiri sehingga memberi pinjam mainanya kepada kawannya yang maknya sendiri tidak nampak

Bila di tanya dimana rumah kawannya dan di mana mainannya

Sungguh mengejutkan mainan anak nya di dalam paya di belakang rumahnya dan sudah jelas kawanya anaknya bukan lah manusia

Selepas sudah dijelaskan, saya mula sesi ruqyah dan mohon pada Allah supaya hijab pada anak ini ditutup agar tidak nmpk lagi jin atau jin yang mahu berkawan dengannya

Sesudah itu saya berangkat pulang

Pengamal Perubatan Islam
Mohd Badrul Bin Mohd Safian
013-4687591

Darul Nuraniyyah Kuantan Pahang



29/08/2016

Hadis ke-15 "Etika Orang Beriman"

ู…ู† ูƒุงู† ูŠูˆู…ู† ุจุงู„ู„ู‡ ูˆุงู„ูŠูˆู… ุง๏ปตุฎุฑุ› ูู„ูŠู‚ู„ ุฎูŠุฑุง ุฃูˆ ู„ูŠุตู…ุช. ู…ู† ูƒุงู† ูŠูˆู…ู† ุจุงู„ู„ู‡ ู… ุง๏ปตุฎุฑุ› ูู„ูŠูƒุฑู… ุฌุงุฑู‡. ูˆู…ู† ูƒุงู† ูŠูˆู…ู† ุจุงู„ู„ู‡ ูˆุงู„ูŠูˆู… ุง๏ปตุฎุฑุ› ูู„ูŠูƒุฑู… ุถูŠูู‡.

Daripada Abu Hurairah r.a Berkata bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah berkata baik atau diam. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah menghormati jiran tetangganya. Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah menghormati tetamunya"

[ Riwayat al-Bukhari, no 5672 dan Muslim, no 47 ]

Hadis 40 Imam Nawawi

27/08/2016

Ingin Mengilai Sewaktu Rawatan Ruqyah

Seorang guru/nenek mempunyai perasaan benci dan ingin membunuh cucu sendiri tanpa sebb atau alasan

Makcik : mak tak tahu lah kenapa makcik ada perasaan tak s**a pada cucu makcik secara tiba-tiba dan kadang-kadang ada rase untuk cubaan membunuh dia tapi ada masa makcik ok dengan cucu makcik/sayang

Selepas semakan di buat ternyata makcik ini mengalami masalah gangguan Sihir dan kene ilmu penunduk, dan saya semak hampir semua ahli keluarga yg mempunyai kes yang sama.

Tahap kemerseraan keluarga ini tidak begitu baik, sehingga berlaku pergaduhan yang besar di sbbkan oleh orang luar

Sebelum Sesi ruqyah, saya bagi penerangan tentang ciri-ciri

Rawatan islam/ruqyah
# bacaan al-quran/zikir
# bacaan jelas/boleh di dengar
# penggunaan bahan alami
# tiada unsur yg bercanggah dari syariat islam

Rawatan Bomoh/Tradisional
# bacaan al-quran di terbalikan
# bacaan dalam diam/bukan dari al-quran
# bacaan al-quran(niat nk panggil Jin)
# menggunakan bahan perantara(kain kafan/batu permata/keris/kain merah hijau kuning/ barang entik/dll)
# asap/tulang/lada kering(di bakar)
# menggunakan beras kuncit
# dan banyak lagi

Selepas selesai , saya mulakan sesi rawatan ruqyah pada setiap orang yang mengalami masalah gangguan

bila rawatan ruqyah di jalankan pada makcik dengan membaca al-quran secara kuat, tiba-tiba makcik itu mula senyum tanpa sebab

Saya mula untuk tidak tekankan pada bacaan tetapi fokus kepada tempat jin itu bertapak di dalam diri makcik itu sendiri

Selepas jin itu di keluarkan dari dada mkcik itu, dia kembali tenang dan cool tanpa sebarang kerasukkan atau pengsan

Makcik : makcik rase tadi mcm nk gelak, macam ada bende yang kelakar tetapi makcik tahan atau kawal je masa rawatan tadi

Menantu lelaki : dulu kami buat rawatan islam sampai 2 pagi baru selesai sbb berlaku keras**an pada makcik tapi alhamdulillah dengan cara ini
Jin di keluarkan tanpa berlaku keras**an
(Dengan Izin Allah)

*** kes agak complicated sbb dlm ahli keluarga( ada pengamal ilmu hitam di antara punca berlaku pepecahan)

Pengamal Perubatan Islam
Mohd Badrul Bin Mohd Safian
013-4687691

Darul Nuraniyyah Kuantan Pahang



24/08/2016

Di Paksa Menjadi Demo Ilmu Sihir

Saya s**a berkawan dengan Orang tua atau lebih tua

Maximum umur kawan saya ada adalah 91tahun bekas polis pada zaman komunis

Semasa bersembang di kwsan rekreasi bersama pakcik-pakcik
Tiba-tiba datang seorang lelaki bekas komando sayap berdarah yg sedang mencari anak murid penerjun bebas untuk demo pada hari kemerdekaan(terjun bangunan)

Selepas beberapa minit bersembang, lelaki ini mula tunjuk belang dan mulakan keluar cerita pelik dan mistik

Di sebabkan saya anak muda di situ
Beliau mintak saya hulukan tangan saya untuk buat demostrasi ilmunya

Pada awal saya menolak dengan keras dan selepas di paksa oleh pakcik2
Hulurkan jgk tangan ku(kene buli๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…)

Bila dia pgang pergelangan tangan saya, dia mula berkata tentang sifat saya yang negative(tiada manusia yang sempurna)

Selepas itu dia ambil pisau pencukur yang baru di buka dan dia hiris tangan saya berkali-kali selepas dibaca-baca pada kepingan besi itu

Yang berlaku pada lengan saya hanya kesan hirisan dan tidak luka atau berdarah

Saya tahu pada pisau itu sudah mempunyai jin yang mampu menumpulkan besi yg tajam

Katanya mempelajari ilmu ini di indonesia yang mampu buat mcm2 perkara

Pada akhirnya saya tidak menunjukkan riaksi minat atau terkejut dengan apa yg berlaku pada diri saya selepas di hiris dgn pisau yg tajam

Dan dia mula tidak berminat untuk bercerita lagi tentang kehebatan dirinya

Pada saya hanyalah mainan jin dan syaitan pada dirinya yang membuatkan dia keliru dan menjadi sombong dengan ilmu yg dia ada

Sedangkan yg berlaku adalah di asbabkan jin yang permainkan dirinya

# Jom Hentikan Ilmu Sihir
# Jom Buat Baik Pada Orang Tua

Pengamal Perubatan Islam/Ruqyah
Mohd Badrul Bin Mohd Safian
013-4687591

Darul Nuraniyyah Kuantan Pahang



24/08/2016

Pesakit Di Kafankan Hidup-Hidup semasa Sesi rawatan bersama Bomoh Di Kuantan.

Seorang makcik mintak buat sesi rawatan ruqyah terhadap dirinya dan keluarganya

Pada peringkat awal dirinya sakit hanyalah sekadar tidak kronik

Selepas mendapatkan rawatan bomoh atau tradisional dengan cara di kafan kan sebagai salah satu sesi perubatan dan akhirnya kesakitan yang di alami semakin parah, kenyataan yang di beri pada saya

Antara simptom di alami
- berdebar
- sesak nafas(non-medical problem)
- ketakutan di dalam rumah tanpa sebab
- mengigil ketika waktu petang
- melihat jin/kelibat

Selepas beberapa sesi rawatan Ruqyah dan sesi pengurusan ketika Sakit
Alhamdulillah Pesakit sihat dan kembali normal seperti biasa dan saya melarang beliau untuk mendapatkan mana2 perubatan tradisional yg melibatkan dengan Jin

Kesan Guna Khidmat Bomoh
# akidah boleh tergelincir
# syirik pada Allah
# membuatkan Ketua jin Semakin Sombong
# membenarkan apa yang salah/haram
# menjadi semakin mudarat pada pesakit/pelanggan
# tertipu dengan tipu daya jin dan syaitan
# Merosakkan hubungan Di antara Manusia

# Jom Tolak Perbuatan Syirik
# Jom Berhenti Guna Bomoh
# Jom Kita Beramal Dengan Al-Quran dan Sunnah.

Pengamal Perubatan Islam/Ruqyah
Mohd Badrul Bin Mohd Safian
013-4687591

Darul Nuraniyyah Kuantan Pahang



Address

Kampong Kuantan
25200

Opening Hours

Monday 08:00 - 22:00
Tuesday 08:00 - 22:00
Wednesday 08:00 - 22:00
Thursday 08:00 - 22:00
Friday 08:00 - 22:00
Saturday 08:00 - 22:00
Sunday 08:00 - 22:00

Telephone

+60134687591

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BekamMedic Kuantan Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram