Klinik Pergigian Kunak

Klinik Pergigian Kunak Klinik Pergigian Kerajaan di Daerah Kunak, Sabah, Malaysia.

27/04/2026

๐Ÿฆท Umur 60 tahun nanti, agak-agak berapa batang gigi asli anda yang tinggal? ๐Ÿค”

Jom kita sama-sama capai matlamat Kempen 6020! Sasarannya mudah: Pastikan kita ada sekurang-kurangnya 20 batang gigi asli yang sihat apabila mencecah usia 60 tahun.

Kenapa pentingnya ada 20 batang gigi ini?
Ia dapat membantu kita untuk:
โœจ Mengunyah makanan dengan lebih baik
โœจ Bertutur dengan jelas
โœจ Tampil dengan lebih yakin dan positif
โœจ Meningkatkan kualiti hidup yang optimum di hari tua

Bagaimana nak capai sasaran 6020? Mulakan langkah ini dari sekarang:
โœ… Berus gigi dan gunakan flos setiap hari.
โœ… Kurangkan gula dan amalkan diet seimbang.
โœ… Berhenti merokok.
โœ… Lakukan pemeriksaan pergigian secara berkala.

Penjagaan gigi adalah pelaburan seumur hidup. Mulai hari ini, jadikan pesanan ini sebagai amalan kita: ๐Ÿ’ฌ "Ingat Hari Jadi, Ingat Doktor Gigi"! Barulah menepati aspirasi "Senyum Sihat, Warga Emas Bahagia"

Kongsikan post ini dengan yang tersayang. Jom kekalkan senyuman sihat kita sehingga ke hari tua! ๐Ÿ˜โœจ

24/04/2026

Selamat pagi semua, kecuali yang tidak berus gigi 2 kali sehari.

cuba balas ๐Ÿชฅ dulu kalau sudah berus gigi๐Ÿ˜†

13/04/2026

๐ŸŒ HARI KESIHATAN SEDUNIA 2026

๐Ÿ“… Disambut pada 7 April setiap tahun
๐Ÿ’ก Tahukah anda?

๐Ÿฆท Penyakit gusi boleh meningkatkan risiko strok sehingga 2โ€“3 kali ganda.

๐Ÿฆท Pesakit diabetes mempunyai 3 kali ganda risiko penyakit periodontal (penyakit gusi).

๐Ÿฆท Rawatan penyakit gusi membantu mengawal paras gula dalam darah dengan lebih baik.

โœ… Jom periksa gigi anda!
Kesihatan mulut yang baik adalah kunci kepada kesihatan badan secara menyeluruh.

โœจ Tiada Kesihatan Tanpa Kesihatan Pergigian




๐Ÿ“Œ Kredit:
Dr. Ani Atiqah Binti Muslim
Pejabat Kesihatan Pergigian Kawasan Keningau

10/04/2026

๐Ÿฆท โ€œGigi sendiri lagi ngam dari gigi palsuโ€

Tahukah anda? Menjelang umur 60 tahun, kita disarankan mempunyai sekurang-kurangnya 20 batang gigi asli ๐Ÿ’ช

Gigi asli bukan sahaja lebih kuat, malah lebih selesa dan membantu kita menikmati makanan dengan lebih baik berbanding gigi palsu. Jadi, jagalah kesihatan gigi anda dari sekarang!

โœ… Amalkan memberus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari
โœ… Kurangkan makanan dan minuman bergula
โœ… Lakukan pemeriksaan gigi secara berkala

Cegah awal, kekalkan senyuman sihat sepanjang hayat! ๐Ÿ˜

๐Ÿ“Œ Kredit & penghargaan:
Pejabat Pergigian Kawasan Keningau / Klinik Pergigian Sook

Maklumat untuk semua warga Kunak๐Ÿ˜‰
10/03/2026

Maklumat untuk semua warga Kunak๐Ÿ˜‰

Untuk makluman semua, sepanjang tempoh peralihan ini, dijangka berlaku kelewatan dari segi masa pendaftaran dan pemeriksaan pergigian

Pihak kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi. Kerjasama dan kesabaran pihak Tuan/Puan amatlah dihargai

๐Ÿ๐Ÿ’-๐Ÿ๐Ÿ“ ๐ƒ๐ข๐ฌ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW) telah menjemput Klinik Pergigian Kunak untuk bersama-sama ...
15/12/2024

๐Ÿ๐Ÿ’-๐Ÿ๐Ÿ“ ๐ƒ๐ข๐ฌ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’

Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW) telah menjemput Klinik Pergigian Kunak untuk bersama-sama terlibat dalam ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐๐ฎ๐ฌ๐š๐ญ ๐Š๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ญ๐ข ๐ƒ๐ž๐ฌ๐š (๐๐Š๐ƒ) ๐Œ๐จ๐›๐ข๐ฅ๐ž ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐’๐š๐›๐š๐ก ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’ yang telah diadakan di ๐™‹๐™–๐™™๐™–๐™ฃ๐™œ ๐˜ฝ๐™–๐™ฃ๐™™๐™–๐™ง๐™–๐™ฃ ๐™†๐™ช๐™ฃ๐™–๐™  pada 14 & 15 Disember 2024.
Program tersebut telah dirasmikan oleh ๐™”๐˜ฝ ๐˜ฟ๐™–๐™ฉ๐™ช๐™  ๐™ƒ๐™–๐™Ÿ๐™–๐™ ๐™๐™ช๐™—๐™ž๐™–๐™ ๐™—๐™ž๐™ฃ๐™ฉ๐™ž ๐™ƒ๐™–๐™Ÿ๐™ž ๐™’๐™–๐™ฃ๐™œ, ๐™๐™ž๐™ข๐™—๐™–๐™ก๐™–๐™ฃ ๐™ˆ๐™š๐™ฃ๐™ฉ๐™š๐™ง๐™ž ๐™†๐™š๐™ข๐™–๐™Ÿ๐™ช๐™–๐™ฃ ๐˜ฟ๐™š๐™จ๐™– ๐™™๐™–๐™ฃ ๐™’๐™ž๐™ก๐™–๐™ฎ๐™–๐™.

Klinik Pergigian Kunak telah mengambil inisiatif dengan membuat pameran berkenaan tentang kesihatan pergigian.

๏ฟฝDalam pada itu, ribuan terima kasih juga kami ucapkan kepada ๐‘ซ๐’“. ๐‘ด๐’–๐’‰๐’‚๐’Ž๐’Ž๐’‚๐’… ๐‘ญ๐’‚๐’Š๐’› ๐‘ฉ๐’Š๐’ ๐‘ด๐’๐’‰๐’…. ๐‘ฏ๐’‚๐’๐’Š๐’Ž , selaku ๐™‹๐™š๐™œ๐™–๐™ฌ๐™–๐™ž ๐™‹๐™š๐™ง๐™œ๐™ž๐™œ๐™ž๐™–๐™ฃ ๐™†๐™–๐™ฌ๐™–๐™จ๐™–๐™ฃ ๐™๐™–๐™ฌ๐™–๐™ช, atas kesudian beliau untuk turut serta dalam Majlis Perasmian Program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile Negeri Sabah Tahun 2024.

Terima kasih juga atas sambutan yang luar biasa dari warga kunak atas kemeriahan yang diberikan sepanjang program berlangsung.
๐ŸŽ‰๐ŸŽŠ

12/12/2024
Pada ๐Ÿ๐Ÿ— ๐๐จ๐ฏ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’ yang lalu, Klinik Pergigian Kunak telah menyertai Program Jiwa Murni (PJM) Perdana yang diadakan o...
05/12/2024

Pada ๐Ÿ๐Ÿ— ๐๐จ๐ฏ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’ yang lalu, Klinik Pergigian Kunak telah menyertai Program Jiwa Murni (PJM) Perdana yang diadakan oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia.

Objektif Program :

๐Ÿ”ธKarnival ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara anggota tentera dan masyarakat awam serta memberi peluang kepada orang ramai untuk mengenali lebih dekat tugas dan tanggungjawab Angkatan Tentera Malaysia. Ini juga merupakan platform terbaik bagi belia dan pelajar untuk mengenali kerjaya dalam bidang ketenteraan.

๐Ÿ”ธMengukuhkan hubungan dan kolaborasi antara Angkatan Tentera Malaysia dengan agensi-agensi awam selaras dengan konsep Whole of Government dan Whole of Society (WOGOS) seperti mana yang digariskan di dalam Kertas Putih Pertahanan.

๐ŸŽก Antara Aktiviti-aktiviti Menarik yang telah diadakan :
๐Ÿ”ธ Persembahan Tarian Silat Selamat Datang.
๐Ÿ”ธ Persembahan Pancaragam Gabungan.
๐Ÿ”ธ Demonstrasi Tempur Tanpa Senjata.
๐Ÿ”ธ Perbarisan Badan Beruniform Sekolah.
๐Ÿ”ธ Pemeriksaan Kesihatan dan Pergigian.
๐Ÿ”ธ Pameran Senjata Berat dan Ringan.
๐Ÿ”ธ Pameran Ikhtiar Hidup dan Promosi Pengambilan Askar Wataniah.
๐Ÿ”ธ Pameran Peralatan Komunikasi.
๐Ÿ”ธ Pameran Pakaian Pemusnahan Bom.
๐Ÿ”ธ Pameran & Demonstrasi Masakan Rangsum Tempur.
๐Ÿ”ธ Sumbangan Kotak Rezeki.
๐Ÿ”ธ Sumbangan Set Alat Tulis Kepada Pelajar Sekolah.
๐Ÿ”ธ Gotong-royong Perdana Membersihkan Kawasan Masjid.

Bagi Pihak Klinik Pergigian Kunak, pelbagai aktiviti yang telah kami jalankan antaranya :

โœ…Pemeriksaan Gigi & Rawatan Penskaleran
โœ… Sesi Demonstrasi Memberus Gigi
โœ… Pameran Kesihatan Pergigian


๐Ÿ“… Tarikh : 29 November 2024.
๐Ÿ“ Lokasi : Sekolah Kebangsaan Mentadak Baru, Pulau Sebatik, Sabah.
โฑ๏ธ Masa Masuk : Mulai jam 7.00 pagi.

Terima kasih dah tahniah kami ucapkan kepada pihak Angkatan Tentera Malaysia atas kejayaan dalam mengendalikan program tersebut.

Semoga lebih banyak lagi program yang akan datang bersama pihak pergigian!

07/09/2024

Address

Hospital Kunak
Kampong Kunak
91100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6089894100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Pergigian Kunak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Pergigian Kunak:

Share

Category