09/09/2022
===============
SEMINGGU DI KGS
===============
Minggu ini saya berada di Kelab Golf Sarawak. Sejak hari Selasa, saya turun sampailah ke hari Rabu. Hari Isnin merupakan hari caddy. Cuma caddy yang bermain. Walaupun ada golfer, tapi tak ramai. Saya p**a masa tu bawa anak-anak bermain di Samarahan. Al-maklumlah, cuti sekolah. Jadi nak spend masa dengan mereka p**a.
Lama juga tidak turun standby caddy di sini, jadi saya fikir ada baiknya kalau saya kembali ke tempat lama saya ini. Dulu saya pernah bercaddy di sini sekitar 2013 - 2014. Selepas berpindah ke Samarahan, amat jarang sekali turun secara konsisten di sini.
Ada juga bawa golfer di sini. Syukur kerana dapat masuk kesemua course yang ada. Matang Nine, Santubong Nine, Siol Nine dan Demak Nine.
Satu benda yang saya perasan, ada kejohanan yang agak besar bakal berlangsung tidak berapa lama lagi. Dalam banner di bawah, kita boleh nampak pada hujung bulan ini akan ada KGS-OBYU Inter Team Match Play Championship 2022 memulakan acara. Bagi pemain golf di sekitar Kuching-Samarahan, inter team matchplay adalah perkara besar. Hal ini kerana ia dijalankan setiap tahun secara konsisten. Cuma pada tahun pelaksanaan PKP saja yang tidak dapat dijalankan.
Jadi saya perlu bersiap sedia dengan membiasakan diri di padang ini. Kembali ke KGS selama seminggu membuka peluang untuk saya menjadi caddy dalam kejohanan itu nanti.
Tambahan p**a, esok mungkin ada satu competition lain. Barangkali kecil saja. Saya belum ambil tahu secara terperinci.
Bukan apa. Dua hari ini (Khamis & Jumaat) saya terpaksa menjaga anak saya p**a. Mak mereka pergi ke KL untuk urusan kerja. Katanya mereka tak ada orang nak jaga. Apa boleh buat. Berserah sajalah. Ada rezeki nanti, dapatlah saya penuhi nafkah mereka kalau dapat turun bercaddy nanti.
Hari Sabtu ada competition, ada p**a appointment medical anak saya tu. Dia jatuh dari basikal dan kena buka bandage p**a. Jadi tak dapatlah bercaddy pada hari Sabtu.
Sebenarnya kalau kita nak respect kerja kita, bukanlah kena respect pada kerja orang lain. Tapi, respect saja pada diri sendiri.