28/04/2025
𝐓𝐈𝐏 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐀𝐓𝐀𝐒𝐈 𝐁𝐀𝐘𝐈 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐑𝐀𝐆𝐀𝐌 𝐀𝐏𝐀𝐁𝐈𝐋𝐀 𝐓𝐔𝐌𝐁𝐔𝐇 𝐆𝐈𝐆𝐈
Sesetengah bayi akan merengek lebih daripada biasa apabila mereka mula tumbuh gigi, selalunya disebabkan sakit dan bengkak pada gusi sebelum gigi muncul. Simptom ini biasanya bermula kira-kira tiga hingga lima hari sebelum gigi muncul, dan simptom tersebut boleh hilang sebaik sahaja gigi tumbuh.
Namun demikian, ibu bapa boleh merujuk berberapa tips semasa bayi anda tidak selesa ketika menghadapi situasi ini antaranya seperti:-..
1.Berikan Teether atau puting bayi supaya memberi kelegaan pada bayi setelah menggigitnya
2.Mesh feeder dan letakkan buah jika bayi boleh mengambil makanan pejal
atau
3.Finger food iaitu biskut yang nudah cair dalam mulut, tiada gula dan garam
4.Gunakan teething gel dan sapu pada gusi
5. Gosok gusi bayi-dengan menggunakan jari yang bersih masukkanke dalam mulut bayi dan gosok perlahan-lahan
Semoga tips ini memberi manfaat!
Sumber
Sekiranya anda ingin bertemu dengan doktor di klinik kami, klik link dibawah https://kliniknissa.yezza.co/appointment untuk temujanji