Rawatan Islam Sufi adalah berasaskan kepada amalan zikrullah dan menggunakan ‘al-basirah’ (celik mata hati) di dalam mengubati para pesakit. Ini selaras dengan keutamaan amalan kerohanian ini seperti yang telah ditetapkan oleh Allah SWT sebagai seutama-utama ibadah (maksud surah al-Ankabut; ayat 45). Sesungguhnya tarbiyah dengan ilmu dan amalan zikrullah (tariqah) ini merupakan jalan khusus yang
mesti dilaksanakan oleh setiap individu muslim untuk mencapai kesempurnaan hati/akidah. Para pengamal perubatan Islam, dengan izin Allah SWT seharusnya mampu membersih atau membuang makhluk-makhluk halus seperti jin-jin, bunian, khadam atau iblis/syaitan dari tubuh pesakit. Makhluk-makhluk halus ini biasanya menyerang atau mengganggu organ-organ manusia seperti jantung, buah pinggang, segala sendi-sendi, saraf-saraf atau otak. Kebiasaanya golongan yang memiliki kesempurnaan hati (berterusan berzikrullah) tidak akan diganggu oleh makhluk halus dan mereka juga mampu menyingkirkan makhluk itu dari tubuh pesakit…..InsyaAllah. Alam kerohanian/ghaib ini tidak mampu dijangkau atau dicerap oleh akal yang dilonggokkan dengan hujah-hujah ilmu kalam (teori tauhid) dan pengetahuan ilmu fiqah (fadilat-fadilat segala amal soleh dan hukum hakam) yang mendalam (berbelit-belit). Oleh itu, akal ini terbatas kemampuannya dan tidak dapat melihat makhluk-makhluk halus (jin, saka, khadam, bunian dll.) yang mengganggu manusia dan menyebabkan pelbagai penyakit fizikal seperti gangguan angin, migrain, sukar tidur, sakit sendi-sendi, sentiasa rasa lemah badan, stress, emosi terganggu, gangguan mimpi yang menakutkan, gatal-gatal anggota badan, angin ahmar, sakit jantung, berdebar-debar, gangguan bisikan jin, dapat melihat kelibat/gangguan makhluk halus, kanak-kanak hiperaktif dan sebagainya. Ternyata pengamal perubatan Islam yang mengabaikan pencapaian kesempurnaan hati (berterusan berzikrullah) dan tidak memiliki