AAN Plus SG

AAN Plus SG Live your life to the fullest by living a healthy life.

08/05/2022

TONGKAT ALI

Bila sebut sahaja tentang Tongkat Ali, perkara pertama yang terlintas di fikiran kita ialah kemampuan herba ini dalam meningkatkan kemampuan seksual lelaki.

Tambahan p**a, terdapat banyak produk berasaskan Tongkat Ali yang berada di pasaran dari kapsul, akar kering hinggalah ke kopi 3 dalam 1.

Rata-rata semua produk ini dijenamakan sebagai ‘produk kuat’ khas untuk lelaki.

Tapi, tahukah anda bahawa ia bukanlah sejenis tumbuhan yang hanya dikhususkan khasiatnya untuk lelaki. Malah, khasiat Tongkat Ali juga sudah lama dikenalpasti kerana penggunaannya yang meluas dalam rawatan tradisional secara turun-temurun.

Ia bukan sahaja pop**ar di Malaysia, malah ia turut digunakan sebagai ramuan penawar tradisional di Indonesia, Myanmar dan Thailand.

Biasanya, ia digunakan secara tradisional bagi merawat penyakit seperti demam, sengal-sengal badan dan sakit kepala.

Kelebihan Tongkat Ali juga sudah dikenalpasti secara lebih mendalam melalui penyelidikan sains.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Tongkat Ali dan kebaikan serta kesan pengambilannya.

APAKAH TONGKAT ALI?
Menurut kajian Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), di Malaysia terdapat empat spesis pokok tongkat ali dengan panggilan yang berbeza-beza oleh masyarakat setempat.

Antaranya ialah :

Eurycoma longifolia (spesis pop**ar yang digunakan untuk perubatan)
Eurycoma apiculate
Goniothalamus sp.
Polythia bullata
Helaian daun pokok tongkat ali berbentuk bujur dan terbit berpasangan secara majmuk pada tangkai.

Habitatnya subur bersama pokok-pokok lindungan di dalam hutan. Bunganya berjuntaian panjang berwarna perang serta mempunyai akar tunjang yang jauh menjunam ke dalam bumi.

06/04/2022
06/04/2022
05/04/2022
05/04/2022

Address

Permaisuri
Kampong Permaisuri
22100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AAN Plus SG posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share