Tips Mudah Bersalin Normal

Tips Mudah Bersalin Normal Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Tips Mudah Bersalin Normal, Medical and health, No 129, Kampung Bukit kecil chalok bandar permaisuri, Kampong Permaisuri.

CARA MANDI WAJIB SELEPAS BERSALINSebenarnya kan.. ramai ibu melahirkan anak confuse  bila mandi wajib/hadas selepas mela...
09/09/2020

CARA MANDI WAJIB SELEPAS BERSALIN

Sebenarnya kan.. ramai ibu melahirkan anak confuse bila mandi wajib/hadas selepas melahirkan anak.

Istilah bagi kedua-dua mandi wajib/hadas selepas bersalin :

• WILADAH
– Mandi wajib selepas ibu itu selamat melahirkan anak.

• NIFAS
- Mandi wajib selepas kering darah nifas lepas tempoh berpantang selepas melahirkan anak.

Setiap wanita yang baru keguguran atau lepas bersalin akan berada dalam keadaan wiladah (lepas melahirkan anak) dan dua keadaan akan berlaku selepas itu; sama ada si ibu itu tidak keluar darah atau keluar darah di antara 40 ke 60 hari.

Setiap wanita WAJIB untuk mandi/hadas selepas salah satu keadaan ini.

SOALAN : Jika ibu baru lepas melahirkan anak dan datang darah nifas, perlukah dia mandi dua kali ?? satu untuk wiladah dan satu lagi untuk nifas.

Jawapannya adalah: tidak perlu!

Mandi wajib selepas bersalin boleh dilakukan dengan salah satu daripada dua cara ini, bergantung kepada keadaan si ibu.

• Jika ibu yang baru bersalin tidak keluar darah nifas, maka dia hanya perlu mandi wajib wiladah.
• Jika ibu baru lepas bersalin dan datang darah nifas, dia perlu tunggu darah itu kering dan barulah mandi wiladah DAN nifas dalam SATU mandian (tidak perlu mandi dua kali).
Menurut perkongsian M***i Wilayah Persekutuan, ada 2 cara berniat untuk mereka yang mengalami wiladah serta nifas.
• Menggabungkan dua niat dalam satu mandian. Contohnya: “Sahaja aku mengangkat hadas wiladah dan nifas.” Kemudian dia mandi.
• Mandi dengan satu niat sahaja. Contohnya: “Sahaja aku mengangkat hadas besar.” Kemudian dia mandi.

Cara mandi nifas selepas bersalin

• Niat mandi hadas.
• Membaca bismillah
• Membasuh tangan
• Membasuh kemaluan
• Menyiram kepala 3 kali dimulai dengan bahagian kanan
• Menyiram air ke seluruh badan dan air kena pada setiap bahagian badan
• Membasuh kaki Mengambil wuduk.

Selepas selesai mandi wajib, maka para ibu yang baru lepas bersalin pun sudah boleh melakukan amal ibadah seperti solat dan berpuasa seperti biasa.

Moga bermanfaat..💖

TIPS MUDAH BERSALIN UNTUK IBU HAMIL🌹1. Banyakkan berjalan sehingga saat-saat terasa hendak bersalin, selagi mampu . Bila...
12/07/2020

TIPS MUDAH BERSALIN UNTUK IBU HAMIL🌹

1. Banyakkan berjalan sehingga saat-saat terasa hendak bersalin, selagi mampu . Bila tak mampu duduk tepi katil dan bongkokkan badan ke depan. Pergerakan yang banyak menyebabkan kontraksi berlaku.

2. Boleh gunakan teknik hypnobirthing sepanjang kehamilan. Berbual dengan bayi dan diri sendiri agar mudah melahirkan.

3. Dapatkan ketenangan fikiran semaksima yang mungkin di akhir kehamilan

4. Bagi suami, maafkan semua dosa isteri

5. Sibukkan diri dengan membuat kerja rumah
6. Bersetubuh dengan suami lebih kerap di hujung kehamilan.

7. Baca ayat-ayat al-quran semasa terasa sakit hendak bersalin seperti ayat kursi. Paling mudah ucapkan subhanallah berulang-ulang.

8. Cuba untuk buang air kecil dengan kerap kerana pundi kencing yang tidak penuh akan memudahkan kepala bayi keluar.

9. Amalkan minum minuman yang berkhasiat semasa mengandung, lebih-lebih lagi bila di akhir kehamilan kerna ia memudahkan proses bersalin nanti.

10. Gunakan teknik meneran yang disarankan doktor. Salah satunya seperti di bawah :

■ Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.
■ Angkat kepala, dagu cecah dada.
■ Mata pandang perut (digalakkan tutup mata)
■ Tangan pegang buku lali kaki
■ Masa teran jangan keluarkan suara.
■ Masa teran jangan angkat punggung.
■ Baca bismillah atau apa-apa doa yang terlintas difikiran.
■ Tarik nafas dalam-dalam, tutup mulut dan teran (bayangkan kita nak beri oksigen pada baby) .

**Semoga kesakitan yang dialami oleh ibu hamil kurang dan dapat bersalin dengan mudah & normal


BELAJAR CARA MENERAN SALAH 1 CARA MUDAHKAN PROSES BERSALIN..TIPS MUDAH BERSALIN..BAGAIMANA MENERAN dengan BETUL1. Jangan...
07/07/2020

BELAJAR CARA MENERAN SALAH 1 CARA MUDAHKAN PROSES BERSALIN..

TIPS MUDAH BERSALIN..

BAGAIMANA MENERAN dengan BETUL
1. Jangan panik!
bertenang bila sakit kontraksi berlaku. Cara mudah untuk mengawal rasa sakit kontraksi ialah tarik nafas dalam-dalam melalui hidung dan hembus perlahan lahan melalui mulut. ulang setiap kali kontraksi. Jika kontraksi makin kerap tarik nafas laju-laju dan hembus (sedut melalui mulut dan lepas melalui mulut juga!)
2. Jangan menangis!
Menangis ketika proses meneran adalah perkara sia-sia, di mana akan membuatkan emosi kita makin terganggu dan menambah kesulitan kepada bayi apabila ibu berada dalam keadaan stress. Tabahlah wahai wanita, sesungguhnya kita dilahirkan ke muka bumi ini sebagai wanita yang kuat. sesungguhnya kesakitan yang kita hadapi adalah bersesuaian dengan tahap ketahanan diri kita.
3. Jangan Menjerit
Ramai yang menjerit ketika meneran, kononnya untuk mendapat kekuatan ketika meneran. Sebenarnya salah sama sekali, dimana apabila menjerit kita telah menggunakan tenaga yang sepatutnya digunakan untuk meneran. Proses meneran dengan betul adalah tanpa bersuara.
4. Jangan angkat Bontot
Kesakitan yang dialami ketika kontraksi bersalin membuatkan kita hilang kawalan dan tanpa sedar dalam proses meneran kita mengangkat bontot. Perkara ini akan membuatkan berlaku koyakan besar pada kawasan perinium.
5. Jangan pejam mata
kita menggunakan tenaga yang banyak dan sekuatnya untuk meneran mengeluarkan seorang bayi. Jadi jika kita pejam mata dikhuatiri akan menyebabkan pembuluh mata akan pecah.
========
Cara Meneran Dengan Betul
========
1. Angkat kepala dan dagu cecah dada.
2. Mata pandang perut, mesti buka mata ya.
3. Kedua-dua belah Tangan pegang kaki (bahagian kaki yang berhampiran buku lali)
4. Teran tanpa suara dan mulut tertutup.
5. Tarik nafas sedalam yang boleh dan teran macam nak buang air besar yang sembelit teruk, jangan hembus nafas, teran sekuat yang terdaya selama yang boleh. Curi nafas kita nafas sudah habis jangan hembus semua ya.
6. Baca bismilah, selawat dan Doa (LA ILAHA ILLA ANTA. SUBHANAKA, INNI KUNTU MINAZZHALIMIN) bagi yang beragama islam. Saya percaya bagi yang Non-muslim ada doa tersendiri.

TIPS MUDAHKAN PROSES BERSALIN

➡amalkan 1 sudu malam dan 1 sudu pagi
➡gunakan mkdi untuk urutan perinium untuk elak koyak semasa meneran
➡mkdi melembutkan serviks sebelum berlaku kontraksi
➡kelancaran proses bersalin akan mengurangkan rasa sakit.

7. Tips tambahan:
kongsi la tips ni dengan suami supaya dapat mengingatkan kita. Mungkin masa tu kita akan terlupa dan lost control menahan sakit. Bila suami dah tahu senang la dia memberi panduan.

SHARE dan TAG kenalan anda yg mungkin memerlukan info ini

SALAM JUMAAT☺Surah Amalan dalam Islam Ketika Mengandung 1. Surah Al-FatihahUntuk menerangkan hati dan menguatkan daya in...
01/07/2020

SALAM JUMAAT☺

Surah Amalan dalam Islam Ketika Mengandung
1. Surah Al-Fatihah
Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan
2. Surah Maryam
Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat
3. Surah At-Taubah
Untuk membersihkan jiwa dan memelihara daripada maksiat
4. Surah Yaasin
Untuk ketenangan jiwa dan semoga anak tak mudah terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
5. Surah Al-Hujurat
Sebagai doa untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati
6. Surah Luqman***
Agar memperolehi anak yang cerdik akal dan terang hati
7. Surah Yusuf***
Agar anak yang dilahirkan cantik rupa dan cantik akhlaknya
8. Surah Al-Fatihah, 3 Qul Iaitu Surah Al-Ikhlas, An-Nas dan Al-Falaq, Ayat Kursi
Bacakan kepada kandungan setiap malam sebelum tidur agar kandungan dilindungi
9. Surah Al-A’raf (Ayat 189)
10. Surah Al-Nahl (Ayat 78)
Agar anak yang dilahirkan bersikap rajin dan berdisiplin
11. Surah Al-Imran (Ayat 38)
Doa agar mendapat zuriat yang soleh dan solehah
12. Surah Al-Imran (Ayat 8-9)
Doa memohon rahmat
13. Surah Al-Imran (Ayat 192-194)
Doa memohon keampunan Allah
14. Surah Ibrahim (Ayat 40-41)
Doa agar anak tetap mengerjakan solat
15. Surah Al-Baqarah (Ayat 128)
Doa agar anak patuh kepada perintah Allah
16. Surah Al-Furqan (Ayat 74)
Doa agar diberikan zuriat yang menyenangkan hati

cara solat duduk di kerusi bagi ibu mengandung yang tidak mampu solat berdiri
22/06/2020

cara solat duduk di kerusi bagi ibu mengandung yang tidak mampu solat berdiri

[[ MUDAH BERSALIN TAK DE KOYAK LANGSUNG ]]"Serikk bersalin lepas2 bila doktor gunting bahagian V. Tapi alhamdulillah, pe...
15/06/2020

[[ MUDAH BERSALIN TAK DE KOYAK LANGSUNG ]]

"Serikk bersalin lepas2 bila doktor gunting bahagian V. Tapi alhamdulillah, persalinan anak ke 3 kali ni mudah tanpa jahitan. Tup2x bukaan dah 10cm. Sekali push ja kepala baby dah keluar. Allah permudahkan segala urusan persalinan saya kali ni.

"Alhamdulillah, sekali teran je tau.. Baby dah keluar.. Tak berjahit. Senangnya Bersalin dengan MINYAK KELAPA DARA IBU(MKDI)

Vco sebagai Ikhtiar / alternatif penyembuhann masalah Morning Sicknesss Hb Loww GDM Kencingg Maniss dan Darahh Tinggii terutama ketika hamil.

Melancarkan Pembuangan besar (Sembelitt) Menyingkirkan toksid. Menstabilkan hormon wanita. Memudahkan proses bersalin.




UNTUK INFO DETAIL
KHASIAT MINYAK KELAPA DARA IBU( MKDI )

Pm/whatsapp
📲0115 1293937
📲0115 1293937
Atau
BOLEH KLIK TERUS LINK WHATSAPP INI👇🏻👇🏻

ibudihatiku.com/nurdiyana

TIPS MUDAH BERSALIN  1. Sepanjang mengandung, kerapkan mengingati Allah dan menyebut perkataan yang baik. 2. Sepanjang m...
14/06/2020

TIPS MUDAH BERSALIN
1. Sepanjang mengandung, kerapkan mengingati Allah dan menyebut perkataan yang baik.
2. Sepanjang mengandung, jika ada kesalahan segi perbuatan atau kata-kata kepada suami anda, segeralah anda meminta maaf dengan suami anda. Jangan bertangguh. Doa dan restu suami sangat penting untuk kita. .

3. Segera minta maaf kepada orang tua anda jika ada berbuat silap,jangan bertangguh. Doa dan restu mak dan ayah anda sangat penting untuk kita.
4. Selalu bersangka baik dengan suami, orang tua, anak-anak dan orang sekeliling kita
5. Biasakan lidah menyebut zikir dan selawat nabi kepada junjungan besar Muhammad SAW.
6. Kerapkan makan madu, minyak kelapa dara, buah kurma sepanjang tempoh anda mengandung. Minyak kelapa dara mengandungi vitamin dan nutrien penting untuk menghasilkan antibodi tubuh yang kuat, kulit yang cantik. Tambahkan kekerapan makan minyak kelapa dara ketika saat anda hampir untuk bersalin kerana menurut kata orang-orang tua, minyak kelapa dara mampu membuatkan anda mudah bersalin dengan cara memberikan kelicinan saat kepala bayi anda bersedia untuk keluar.
7. Selalu baca Al-Quran untuk mendapat ketenangan hati. Surah-surah seperti Surah Maryam, Surah Luqman diulang baca pada setiap hari.
8. Cipta hubungan yang baik dan mesra dengan semua orang disekeliling. .
9. Banyakkan berjalan dan turun naik tangga. Semakin kerap mommies berjalan, semakin senang mommies bersalin.
10.Banyakkan bersujud,sujud membantu bayi kita berada pada laluan yang betul untuk memudahkan proses kelahiran bayi. Semoga dipermudahkan Allah ❤️.

Zikir amalan ibu-ibu hamil😍Doa kan zikir ibu hamil sangat-sangat mustajab buat anak yang dikandungnya..Semoga bermanfaat...
12/06/2020

Zikir amalan ibu-ibu hamil😍
Doa kan zikir ibu hamil sangat-sangat mustajab buat anak yang dikandungnya..

Semoga bermanfaat😘

TESTIMONI MINYAK KELAPA DARA IBU(MKDI)MUDAH BERSALIN
10/06/2020

TESTIMONI MINYAK KELAPA DARA IBU(MKDI)
MUDAH BERSALIN

DOA MUDAH BERSALIN YANG SUAMI BOLEH AMALKAN KETIKA ISTERI BERSALIN. Ketika isteri bergelut dalam kesakitan untuk melahir...
10/06/2020

DOA MUDAH BERSALIN YANG SUAMI BOLEH AMALKAN KETIKA ISTERI BERSALIN.

Ketika isteri bergelut dalam kesakitan untuk melahirkan anak, sentiasalah ada dengannya.. pegang tangan dia, urut pinggangnya dan tenangkanlah rasa cemas isteri tadi.

Semoga isteri kita selamat dan mudah melahirkan zuriat. 😍😍

Kelebihan berjalan kaki untuk ibu hamilSemoga bermanfaat 😘
09/06/2020

Kelebihan berjalan kaki untuk ibu hamil
Semoga bermanfaat 😘

Cara Cepatkan Bukaan Rahim Supaya Mudah Bersalin .Ada orang sekejap je sakit, dah bersalin. Ada orang menderita berhari­...
05/06/2020

Cara Cepatkan Bukaan Rahim Supaya Mudah Bersalin .
Ada orang sekejap je sakit, dah bersalin. Ada orang menderita berhari­hari sakit tapi bukaan tetap sama, tak bergerak. Padahal punyalah sakit. Allah je yang tahu. Jom saya kongsikan cara cepatkan bukaan rahim supaya mudah bersalin.
1. Banyakkan berjalan
Ye, memang sakit. Tapi kalau kita duduk lagi lambat pintu rahim akan terbuka. Tiap kali cek, bacaan masih sama. Jadi banyakkan berjalan. Minta suami pimpinkan kalau takut terjatuh.
2. Jangan minum air selusuh terlalu awal
Biasanya bila nak bersalin, ramai yang sibuk cari air selusuh. Tahukah anda? Kalau minum air selusuh terlalu awal, anda akan mengalami sakit yang teramat sangat sebab baby dah sedia nak keluar. Tapi bukaan masih kecil. Banyak juga kes rahim pecah
sebab ibu dah meneran terlalu awal sebab tak tahan sakit akibat minum air selusuh. Oleh itu, elakkan minum air selusuh awal­awal ye. Bila bukaan dah mencecah 6 cm dan anda dibawa masuk ke labor room, boleh minta kebenaran doktor untuk minum.
3. Doa Nabi Yunus dalam perut ikan yu
Jangan putus baca doa ni. Minta pertolongan dari Allah. Minta dipermudahkan urusan kita bersalin. Minta supaya kita dan bayi selamat. Insya Allah…Allah maha mendengar. Jangan lupa juga untuk banyakkan berzikir dan selawat ke atas nabi.
4. Minta maaf dengan ibu bapa dan suami
Yang ni part paling syahdu. Dekat­dekat nak bersalin minta maaf dengan ibu bapa, lebih­lebih lagi suami. Minta dorang doakan supaya kita mudah bersalin. Minta dorang doakan agar kita dan baby selamat. Lagi bagus kalau kita minta maaf dengan semua
orang. Manalah tahu kot ditakdirkan kita syahid sewaktu melahirkan, at least kita dah sempat minta maaf.
5. Baring mengiring sebelah kiri
Bila dah penat berjalan, ketuk ketampi, dan jalan itik mesti kita nak berehat kan? Bila baring atas katil pastikan kita baring mengiring sebelah kiri. Bukan terlentang.
6. Banyakkan bersujud
Posisi bersujud akan membantu mempercepatkan bukaan jalan untuk kita bersalin. Ia juga boleh mengurangkan sakit bersalin yang kita alami. Itulah dia 10 cara cepatkan bukaan rahim supaya mudah bersalin yang boleh anda amalkan. Saya doakan supaya anda melalui proses bersalin yang mudah tanpa sebarang komplikasi & semoga anda dan baby selamat....

Address

No 129, Kampung Bukit Kecil Chalok Bandar Permaisuri
Kampong Permaisuri
21450

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tips Mudah Bersalin Normal posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram