Dr. Rozza

Dr. Rozza Mencari, mengilang dan memasarkan madu hutan hujan tropika MALAYSIA yang dijenamakan GOLDEN TUALANG : 100% PURE HONEY. Contohnya untuk:

a. c. obesiti, 3. ekzema.

Kami adalah pengusaha produk berasaskan madu lebah hutan Malaysia. Aktiviti kami adalah mencari sarang lebah, mengambil madunya, memproses dan memasarkan madu tersebut. Produk madu tersebut kami namakan GOLDEN TUALANG:100% PURE HONEY yang dibotolkan dengan 4 saiz berbeza. Antara khasiat GOLDEN TUALANG ada tertulis di dalam artikal dibawah:


Golden Tualang : 100% Pure Honey

1.0 Pengenalan

Madu adalah manisan yang terhasil dari usaha gigih sepasukan lebah yang sentiasa bekerja sama antara satu sama lain. Kejadian ciptaan illahi ini memang sungguh hebat dan banyak faedahnya untuk umat manusia, sedunia sepertimana yang dinyatakan di dalam Al-Quran:

"Daripada perut lebah itu keluar minuman (madu) yang berbagai-bagai warna, padanya ada kesembuhan bagi manusia.." al Nahlu ayat 69;

dan, Sabda Rasulullah s.a.w :

"Ubatilah diri kamu dengan dua kesembuhan iaitu MADU dan AL QURAN" . Sahih Bukhari

Namun begitu, untuk mendapatkan madu yang benar-benar asli dipasaran amatlah sukar. Kebanyakan madu dipasaran telah mengalami proses rawatan haba (heat treated) yang sudah tentu mengubah kejadian asalnya. Menurut Dr Nor Hayati Othman, Dekan, Penyelidikan Klinikal USM, hasil kajian yang telah dijalankan sejak tahun 2006 menunjukkan bahawa madu Tualang telah dikenal pasti sebagai antara bentuk madu yang paling tulen dan mungkin lebih baik daripada beberapa madu yang diimport. Banyak kajian yang lain juga telah menbuktikan bahawa "madu yang tidak dalam bentuk yang paling tulen boleh menyebabkan kesan sampingan dalam jangka masa panjang dan mesti dielakkan”. Malangnya, saban hari, untuk mendapatkan madu asli mentah (raw pure honey) menjadi lebih sukar, apatah lagi dengan hadirnya madu-madu palsu buatan manusia yang sangat menyerupai madu asli. Oleh yang demikian, pilihlah dengan berhati-hati agar tidak tertipu dengan mereka yang tidak bertanggung jawab. Di sini, saya nyatakan beberapa faedah madu untuk kebaikan kita semua.

2.0 “Energy Booster” Semulajadi

Faedah madu, Golden Tualang – 100% Pure Honey, oleh Dr.Rozza bukan setakat rasanya yang lazat, ia adalah juga sumber karbohidrat semulajadi yang mampu memberikan kekuatan dan tenaga kepada badan anda. Ia juga mampu meningkatkan prestasi dalaman secara serta-merta, daya tahan dan mengurangkan keletihan otot. Manisan semulajadinya memainkan peranan penting dalam mencegah kelesuan semasa senaman. Glukosa dalam madu dapat diserap oleh badan dengan cepat dan memberi rangsangan tenaga segera, manakala fruktosa diserap lebih perlahan untuk persediaan tenaga berterusan sepanjang hari. Yang paling istemewa, madu juga terkenal dengan kemampuannya menstabilkan tahap gula dalam darah berbanding lain-lain jenis manisan seperti gula. Petua:

1. 30 minit sebelum anda pergi bersenam, ambillah sesudu Golden Tualang bersama air suam untuk mendapatkan lebih stamina.

2. Jika anda berasa lesu dan letih pada waktu pagi, jangan sesekali mengambil minuman tenaga berkarbonat, mulai sekarang cubalah Golden Tualang. Bukan itu sahaja, tukarkan jem dan kaya untuk roti bakar panas anda kepada Golden Tualang, juga gula pasir di dalam teh dan kopi untuk lonjakan tenaga yang menyegarkan. Tambahan pula, yang paling penting anda akan merendahkan risiko untuk mendapat masalah “Kencing Manis”.

3. Jika anak-anak anda perlu menjalani aktiviti fizikal lasak di sekolah, sediakan air Golden Tualang suam sebagai bekalan air minuman untuk memastikan mereka mempunyai tenaga yang cukup untuk bertahan seharian. Mereka akan gembira apabila melihat anda menyediakan air Golden Tualang suam dalam botol untuknya.

3.0 Penggalak Sistem Imuniti

Di antara faedah-faedah madu, apa yang paling saya kagumi ialah sebagai makanan penggalak sistem imun yang berkesan. Ciri-ciri antioksidan dan anti-bakterianya boleh membantu memperbaiki sistem penghadaman dan melawan penyakit agar seterusnya kekal sihat. Petua:

Mulakan setiap hari baru anda dengan tonik pembersihan ini. Caranya, sebelum sarapan, campurkan satu sudu Golden Tualang dan jus lemon dari separuh limau ke dalam secawan air suam dan minum.

4.0 Madu adalah Anti-Kanser! Golden Tualang – 100% Pure Honey bukan ubat untuk kanser!!!...., tetapi, ramai orang yang tidak tahu atau lupa bahawa madu memiliki agen anti radikal bebas yang mampu melawan kanser dan tumor. Menurut Prof Madya Dr Nik Soriani Yaacob, Ketua Jabatan, Jabatan Patologi Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, madu tualang Malaysia mempunyai potensi untuk dijadikan terapi tambahan untuk kanser, terutama kanser payudara. Menurut beliau lagi, kajian awal mendapati bahawa madu lebah dari pokok Tualang mempunyai potensi yang sangat tinggi untuk memusnahkan sel-sel 'buruk' dan menghalang perkembangan sel-sel kanser daripada merebak [2]. Menurut buku “Honey Revolution” oleh Dr Ron Fessenden [1], ahli-ahli sains telah menjumpai flavonoid bunga dalam madu. Bahan halus bioflavonoids ini mempunyai sifat antioksidan. Ia telah dikenal pasti mempunyai pengaruh yang kuat apabila memasuki ke dalam sel-sel badan. Apabila dimakan, bahan tersebut terus meningkatkan tahap antioksidan dalam sel, dan seterusnya mengurangkan kebolehtelapan dan kerapuhan kapilari. Bahan tersebut juga berperanan memerangkap oksidan dan menghalang pemusnahan kolagen dalam badan. Petua:

Elakkan mengambilan gula, dan tukar kepada manisan madu, Golden Tualang.

5.0 Penyelesaian pelbagai masalah dan penyembuh pelbagai penyakit

Sejak beribu-ribu tahun, madu telah diiktiraf sebagai salah satu langkah dan rawatan awal untuk pelbagai jenis masalah dan penyakit secara semulajadi yang dapat dilakukan di rumah. luka dan melecur kecil

Petua: Sapukan ditempat luka atau melecur

b. sakit tekak

Madu amat berkesan untuk mengatasi masalah sakit tekak dan kerongkong. Madu mempunyai sifat antimikrob yang bukan sahaja melegakan tekak dan kerongkong, tetapi ia juga boleh membunuh bakteria tertentu yang menyebabkan jangkitan. Penyanyi profesional biasanya menggunakan madu untuk melegakan kerongkong mereka sebelum persembahan. Orang Cina percaya bahawa lebihan "kepanasan" di dalam badan menyebabkan sakit tekak dan mengambil minuman madu boleh membantu menstabilkan suhu badan. Petua: Ambil sesudu madu untuk melegakan keradangan tekak dan kerongkong. Lebih baik jika boleh berkumur dengan campuran dua sudu madu, empat sudu besar jus lemon dan secubit garam. Secara peribadi, apabila saya mempunyai sakit tekak atau batuk, saya mengambil air suam yang dicampur dengan madu Golden Tualang – 100% Pure Honey yang terkenal dengan sifat penyembuhan dan anti-bakteria. sukar tidur malam – tidak mengantuk. Petua: Amalan yang amat terkenal adalah dengan cara mengambil segelas susu panas dicampur dengan sesudu madu untuk menenangkan jiwa dan mendorong tidur. Atau, tambah 1 atau 2 sudu madu kedalam secawan teh “chamomile” dan minum.

6.0 Madu dan Kencing Manis

“Oh! Saya tak boleh minum madu.....”, itulah yang sering kita dengar dari mulut para individu yang telah disahkan mempunyai “kencing manis” oleh para doktor. Apabila ditanya, “Apa sebabnya?” Mereka menjawab, “Doktor saya telah memberitahu saya agar mengelakkan semua yang manis-manis”. Sebenarnya, sungguh malangnya nasib pesakit itu, sudahla...sakit...fahaman pula disasarkan. Perkara ini terjadi disebabkan oleh ceteknya pengetahuan mengenai madu di kalangan masyarakat umum dan kebanyakan para profesional kesihatan. Kebijaksanaan konvensional dan kefahaman umum mereka adalah madu dan kencing manis tidak dapat berjalan seiringan. Tahukah anda, ianya hanya benar jika madu itu “MADU PALSU”. Disini, saya kemukakan hujah-hujah yang menyatakan bahawa madu asli (TULIN), TIADA CAMPURAN bahan lain, selain dari MADU TULIN, amat baik untuk pengidap “kencing manis”. Pesakit diabetes juga boleh yakin bahawa memakan madu akan menghasilkan gula dalam darah yang jauh lebih rendah daripada amaun terdapat di dalam kanji, kaya, gula atau glukosa lain. Malah, tahukan anda bahawa apabila dimakan dengan kerap selama beberapa minggu atau bulan, madu akan menurunkan tahap gula dan HbA1c di dalam darah. Telah diketahui umum, terglikosilat (atau glycated) hemoglobin, atau HbA1c adalah penanda yang digunakan oleh doktor untuk mengenal pasti kepekatan purata plasma glukosa (gula darah) di dalam tempoh masa tertentu (yang agak lama). Pengukuran akan berkadar kepada purata kepekatan glukosa dalam darah pada satu tempoh masa, biasanya satu hingga tiga bulan dianggap sebagai yang paling baik. Kajian penyelidikan yang menggunakan manusia telah menunjukkan bahawa pengambilan madu akan menyebabkan paras gula dalam darah yang lebih rendah sebanyak 60-100 mg / dl pada 60 dan 90 minit selepas pengambilan jumlah yang setanding sukrosa. Oleh itu tidak hairanlah bahawa tahap HbA1c akan menjadi lebih rendah sebanyak 2-4%. Namun, pesakit kencing manis perlu sedar bahawa menukar tabiat pemakanan akan memberikan kesan positif yang amat besar terhadap kandungan gula dalam darah. Oleh yang demikian, amatlah logik bahawa dengan penambahan madu asli (TULIN), TIADA CAMPURAN bahan lain, selain dari MADU TULIN di dalam diet, dan pada masa yang sama, MENGHENTIKAN pengambilan semua janis gula dan HFCS, MESTILAH menjadi PILIHAN rawatan pertama untuk para pengidap kencing manis jenis 2 (Type 2 Diabetes). Mengapa madu boleh menjadi begitu baik dan boleh diterima oleh para pengidap kencing manis? Jawapannya amat mudah. Madu adalah ciptaan Allah s.w.t yang mempunyai manisan dan juga kehadiran bahan asli yang bertindak bersama-sama untuk menjadi makanan semulajadi yang amat berbeza daripada kebanyakan jenis gula, HFCS atau pemanis tiruan yang lain. Madu adalah makanan yang bijak, juga makanan yang terdiri dari bahan semulajadi yang ajaib (miraculous natural substance). Mekanisme tindak balas fisiologi secara unik, yang bertanggung jawab dalam pembentukkan bahan makan asli ini, yang dipanggil MADU, masih belum difahami sepenuhnya oleh manusia sejagat, berbanding gula, HFCS atau kanji yang lain. Kita tahu bahawa madu secara langsung ditukarkan kepada glikogen hati (liver glycogen), dan seterusnya tidak meningkatkan tahap gula dalam darah seperti yang berlaku jika mengambilan sukrosa atau HFCS, walaupun kedua-duanya mengandungi gula ringkas. Fakta ini sahaja boleh diambil sebagai petunjuk yang mencukupi untuk mengesyorkan madu adalah sesuai untuk pesakit kencing manis. Petua:

Berapa banyak madu cukup? Secara umumnya, 3-5 sudu besar madu, Golden Tualang – 100% Pure Honey, sehari adalah mencukupi. Cara yang baik untuk diikuti ialah mengambil satu atau dua sudu madu diwaktu pagi bersama buah-buahan, atau yogurt (pesakit kencing manis harus mengelakkan yogurt "rendah lemak" kerana ia mengandungi HFCS), atau bijirin. Bakinya harus diambil sebelum tidur untuk mendapatkan proses pemulihan semasa tidur (restorative sleep). Baik juga, satu atau dua sudu lagi diambil bersama makanan ringan tanpa gula, buah-buahan, makanan bakar (seperti roti), atau digunakan dalam masakan. Satu sudu besar madu mengandungi kira-kira 60 Kalori. Oleh itu, 180-300 kalori sehari yang dibekalkan oleh 3 hingga 5 sudu madu adalah mencukupi. Di samping itu, madu merupakan bahan pembakar lemak yang cemerlang apabila dimakan 20-30 minit sebelum bersenam. Dr David Baer, dari USDA Human Nutrition Research Center [3], telah menyatakan di dalam satu simposium, iaitu “First International Symposium on Honey and Human Health” pada bulan Januari 2008, bahawa:

"bukti eksperimen menunjukkan bahawa penggunaan madu berbanding dengan pemanis lain boleh memperbaiki pengawalan gula darah dan sensitiviti insulin." Madu sesungguhnya pemanis pilihan untuk pesakit kencing manis”. Nota: Diambil dari Revolusi Madu - Mengembalikan Kesihatan Generasi Masa Depan, Ron Fessenden, MD, MPH dan McInnes Mike, MRP, WorldClassEmprise, Inc, Disember 2008.

7.0 AMALAN-AMALAN LAIN MENGGUNAKAN MADU

a. Faedah Madu dan Cuka

Faedah kesihatan minuman madu dan cuka telah diamalkan secara meluas. Resipi ini secara tradisinya telah digunakan sebagai detox dan penawar pelbagai jenis penyakit seperti arthritis dan juga sebagai agen anti-penuaan. Ramai orang telah mengiktiraf dan menggunakan keadah ini untuk pembersihan dan menyahtoksik badan mereka. Kewujudan antibiotik dan antiseptik secara semulajadi memampu melawan kuman dan bakteria, dan ianya dilihat sebagai cara pembersihan darah, penawar dan penyembuhan semulajadi yang kuat berkesan. Selain dari itu, campuran madu dan cuka kurma atau cuka sider epal, akan membantu dari masalah: 1. penuaan pramatang, 2. keracunan makanan , 4. keletihan haba, 5. pedih hulu hati, 6. kuku rapuh, 7. nafas berbau, 8. artritis, 9. tekanan darah tinggi, 10. kolesterol pada tahap yang tinggi dan 11. Petua: Langkah membuat minuman tersebut adalah seperti berikut:

Langkah 1

Campurkan satu sudu cuka sider epal mentah dan satu sudu Golden Tualang – 100% Pure Honey. (Apple cuka cider sebenarnya dibuat daripada epal organik segar yang dihancurkan dan dibenarkan matang secara semula jadi dalam tong kayu. Anda boleh mendapatkan dengan mudah dari kedai-kedai runcit atau pasar raya). Langkah 2

Larutkan dalam segelas air dingin dan minum dua kali sehari. Nota penting: Untuk remedi cuka dan madu ini, cuka suling komersial tidak boleh digunakan kerana ia tidak mengandungi nilai-nilai kesihatan seperti yang terkandung di dalam cuka sider epal mentah organik. Enzim dan mineral seperti kalium, fosforus, natrium, magnesium, sulfur, tembaga, fluorin, silikon, pektin dan asid malic semulajadi dan tartarik, yang penting dalam melawan toksin dan menghalang pertumbuhan bakteria semuanya telah musnah semasa proses penyulingan. b. Madu dan Kayu Manis

Gabungan madu dan kayu manis telah digunakan dalam perubatan Cina selama berabad-abad dan orang telah mendakwa bahawa campuran ini adalah satu formula untuk banyak faedah kesihatan dan ubat bagi penyakit termasuk kehilangan rambut dan nafas berbau. Madu dan Lemon: untuk KURUS dan buang Kolesterol

Berdiet dengan madu dan lemon boleh membantu melegakan masalah berat badan anda. Obesiti adalah keadaan fizikal badan apabila pemendapan lemak secara berlebihan berlaku di dalam tisu, meletakkan tekanan pada jantung, buah pinggang, hati dan sendi seperti pinggang, lutut dan pergelangan kaki. Oleh itu, orang yang mempunyai berat badan berlebihan adalah terdedah kepada beberapa penyakit seperti gangguan pundi kencing, kencing manis, darah tinggi, artritis, hati dan hempedu. Madu adalah ubat semulajadi terunggul bagi obesiti dan menurunkan tahap kolesterol. Ia melarutkan lemak dalam badan agar dapat digunakan sebagai tenaga untuk fungsi-fungsi normal dan menulenkan darah akibat. Campuran madu dan jus lemon akan membentuk makanan beralkali, dan adalah sangat bermanfaat dalam rawatan obesiti tanpa kehilangan tenaga dan selera. Petua: Bagi penawar semulajadi ini, campurkan satu sudu besar madu asli (tanpa rawatan haba) dengan dua sudu teh jus lemon kedalam air sejuk (pada suhu bilik!) atau air suam (bukan air mendidih!). Ambil ubat ini sebagai minuman pada waktu pagi semasa perut kosong dan setiap malam sebelum tidur. Juga biasanya diambil selepas makan makanan berminyak. Ia akan bertindak sebagai agen penghadaman, tonik detox yang amat lazat dan mudah disediakan. Untuk program penurunan berat badan yang berjaya, sudah tentu prinsip-prinsip utamanya seperti membentuk tabiat makan yang sihat dan diet dan mengamalkan senaman 20-30 minit sehari 3 kali seminggu adalah amat penting. d. Amaran pada Madu dan Bayi

Anda mungkin juga telah mendengar orang memberi amaran mengenai madu dan bayi. Golden Tualang : 100% Pure Honey tidak sepatutnya diberikan kepada bayi di bawah umur 18 bulan (untuk berada di sebelah yang lebih selamat, walaupun sesetengah doktor akan berkata 12 bulan). Ini adalah kerana sedikit madu mengandungi sedikit spora semulajadi (botulisme) dan bakteria sbotulinum, yang dikumpul oleh lebah bersama-sama dengan nektar. Spora ini tidak boleh dikeluarkan semasa pemprosesan madu dan tidak dapat dikesan oleh pengguna. Sistem penghadaman belum matang bayi tidak cukup berasid untuk menghalang toksin daripada dihasilkan, berbanding sistem pencernaan bayi yang lebih tua dan orang dewasa. Oleh itu, terdapat potensi untuk organisma ini membiak dan berkembang dalam usus usus bayi muda dan menghasilkan toksin, mungkin menyebabkan satu bentuk keracunan makanan yang serius yang dikenali sebagai botulisme bayi. Gejala-gejala biasa penyakit ini adalah sembelit diikuti dengan kelemahan dan keupayaan menerima makan, dan dalam kes-kes paling teruk, mereka boleh membawa kepada kematian mengejut. Salah satu aspek yang ibu bapa sering terlupa adalah makanan yang diproses bersama madu sebagai bahan tambahan, seperti keropok, bijirin, roti, dan sebagainya. e. Madu untuk ibu hamil

Ibu yang hamil adalah selamat mengambil madu. Saluran pencernaan dewasa mampu untuk menangkis spora botulisme, menyebabkan ianya tidak berbahaya, dan menghalang mereka daripada tumbuh. Spora akan dibunuh dalam saluran gastrousus, dan seterusnya toksin yang membahayakan janin ibu yang hamil tidak akan dihasilkan. Begitu juga, bagi ibu-ibu yang sedang menyusukan bayi, spora ini tidak akan masuk ke dalam aliran darah dan oleh itu tidak boleh hadir di dalam susu mereka. Malah campuran susu dan madu sangat baik dan selamat untuk wanita hamil yang sukar untuk mendapatkan tidur malam yang baik. Minuman berkarbonat, kopi dan lain-lain minuman berkafein harus dihadkan dalam diet mereka sebanyak mungkin. Rujukan

1. Ron Fessenden, Mengembalikan Kesihatan Generasi Masa Depan, , MD, MPH dan McInnes Mike, MRP, WorldClassEmprise, Inc, Disember 2008.

2. Lapuran BERNAMA. Diambil dari: http://www.mysinchew.com/node/33793 Tualang honey has potential to be used in cancer therapy - USM study 2010-01-11 16:33

3. Dr David Baer, First International Symposium on Honey and Human Health, USDA Human Nutrition Research Center, Januari 2008

Golden Tualang – 100% Pure Wild Honey

Senarai harga

a. 500ml : RM98.00 (sebelum diskaun online 10%) + RM15.00 (kos penghantaran) = RM88 + RM15.00 = RM103.00

b. 250ml : RM55.00 (sebelum diskaun online 10%) + RM8.00 (kos penghantaran) = RM49 + RM8.00 = RM57.00

c. 135ml : RM28.00(sebelum diskaun online 10%) + RM6.00 (kos penghantaran) = RM25 + RM6.00 = RM31.00

AsSalamBenih keledek kulit merah isi oren utk di jual..Area tangkak Johor. Nak order whatsapp aje 01121582142
22/08/2025

AsSalam
Benih keledek kulit merah isi oren utk di jual..
Area tangkak Johor. Nak order whatsapp aje 01121582142

Check out DR Hj Rozza’s video.

Jom minum madu dan bersenam.
18/08/2025

Jom minum madu dan bersenam.

Check out DR Hj Rozza’s video.

Sila order melalui beg kuning..
29/07/2025

Sila order melalui beg kuning..

Check out DR Hj Rozza’s video.

Ramuan hebat…Boleh buat sendiri di rumah… sila like dan share..
28/07/2025

Ramuan hebat…
Boleh buat sendiri di rumah… sila like dan share..

Check out DR Hj Rozza’s video.

AsSalamMadu GOLDEN TUALANG  100% tulin tersedia untuk anda nikmati.. Order sekarang melalui whatsapp 01121582142Click aj...
24/05/2025

AsSalam

Madu GOLDEN TUALANG 100% tulin tersedia untuk anda nikmati..

Order sekarang melalui whatsapp 01121582142
Click aje link ini sekarang https://wa.me/message/YAQKTKSOQPDQC1

Jom minum madu Order hari… whatsapp aje 011-2158 2142
06/05/2025

Jom minum madu
Order hari… whatsapp aje 011-2158 2142

Check out DR Hj Rozza’s post.

Promosi syawal Diskaun 15% dgn pos percuma..Utk pesanan sila whasapp 01121582142
02/04/2025

Promosi syawal
Diskaun 15% dgn pos percuma..

Utk pesanan sila whasapp 01121582142

Check out DR Hj Rozza’s post.

AsSalamHARI INJ STOK MADU ADA UTK TUAN DAN PUAN..sila buat pesanan secara WhatsApp ke 01121582142 dan kami akan hantar k...
25/01/2025

AsSalam
HARI INJ STOK MADU ADA UTK TUAN DAN PUAN..
sila buat pesanan secara WhatsApp ke 01121582142 dan kami akan hantar ke alamat anda.

Semoga sihat in shaa allah.

Tebu telur utk stok para peniaga di bazar ramadhan sekitar lembah klang… utk tempahan sila whatsapp 011-2158 2142
20/01/2025

Tebu telur utk stok para peniaga di bazar ramadhan sekitar lembah klang… utk tempahan sila whatsapp 011-2158 2142

Check out DR Hj Rozza’s video.

Address

Kampong Salak Tinggi

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dr. Rozza posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Dr. Rozza:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram