
12/08/2022
✨ BingkisanJumaat: DOA MEMOHON PERLINDUNGAN DARI SIFAT MALAS
Sifat malas merupakan suatu musibah dan penyakit. Malas akan membuat hidup kita menjadi sia-sia, lalai, rugi dan akhirnya penyesalan yang mendalam.
Namun, ketahuilah bahawa sifat malas itu sebenarnya bertentangan dengan apa yang diajarkan dalam agama Islam.
Sifat malas bertentangan dengan ajaran Islam yang menyuruh umatnya supaya rajin dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan setiap pekerjaan.
Anas bin Malik berkata bahawa Rasulullah S.A.W biasa membaca do’a :
اللَّهُمَّ إنِّي أعُوذُ بكَ مِنَ العَجْزِ والكَسَلِ، والجُبْنِ والبُخْلِ والهَرَمِ، وأَعُوذُ بكَ مِن عَذابِ القَبْرِ، وأَعُوذُ بكَ مِن فِتْنَةِ المَحْيا والمَماتِ
Maksudnya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari rasa lemah dan rasa malas, rasa takut dan perkara haram serta sifat kedekut. Dan aku juga berlindung kepadaMu dari siksa kubur serta fitnah (ujian) ketika hidup dan mati.
(HR. Bukhari No. 6367 dan Muslim No. 2706)