Kaler Pensel

Kaler Pensel Mulakan dengan Bismillah

Nak meracun adik kakok yg cantik supaya lebih gojes πŸ™ˆCincin Emas 916 Tulen Design Terkini πŸ₯°Nak Beli Untuk Isteri, Nak Be...
11/01/2024

Nak meracun adik kakok yg cantik supaya lebih gojes πŸ™ˆ

Cincin Emas 916 Tulen Design Terkini πŸ₯°

Nak Beli Untuk Isteri,
Nak Bertunang Atau
Nak Kahwin Pada Tahun 2024 Ini 😍
Nak buat simpanan emas pun boleh.

Meh cuci mata cuti dompet πŸ‘πŸΌ ‡️
https://shope.ee/40HNS9VUUM

Kemas apa harini?Biasalah, kerja hakiki mak mak πŸ˜‚Siap kemas rumah kutip toys bagai, mujurlah ada bibik sedut sampah. Tak...
08/01/2024

Kemas apa harini?

Biasalah, kerja hakiki mak mak πŸ˜‚

Siap kemas rumah kutip toys bagai, mujurlah ada bibik sedut sampah. Takyah dah tertonggeng2 nak sedut bawah meja bawah sofa. Syukur. Dah lebih 2 tahun pakai tak penah lagi bibik ni meragam cuma pernah tukar battery sekali je. Itu pun lepas setahun lebih baru tukar. Tukar battery pun tak berapa mahal less than RM100. Pelaburan berbaloi dah bagi saya πŸ˜‰

Ada yang cakap robot vacuum tak bersih tapi bagi saya sangat bersih sebab dia vacuum every part of my living space. Boleh tengok kt maps. Tengok gambar last sekali hasil dia sedut sampai yg habuk halus2 pun ada. Tu hasil tiga hari πŸ˜‚ kadang2 lupa nak kosongkan dustbin dia.

Ada juga yg cakap robot ni susah kalau ada barang kt lantai. Bagi saya dah namanya mengemas, mestilah kita kemas semua benda dari lantai, ye dak? Termasuklah toys segala sampah besar. Kalau anak2 makan biskut pun takdek nak bising dah, suruh kutip toys on je robot zas zas bersih.

Oh dia boleh mop jugak ☺️ just pasang watertank dan mop pad je.

Kalau orang tanya pendapat nak beli vacuum, saya akan cakap ini adalah the best investment ever in gadget bantuan pembersihan rumah. Saya pakai Xiaomi C2 🌹

Mak ayah boleh Usya harga promo kat sini ‡️
https://shope.ee/4VDa1M0hlt

πŸ₯°πŸ₯°πŸ₯°

Tips tahun baru dr Nana Mahazan πŸ₯°
02/01/2024

Tips tahun baru dr Nana Mahazan πŸ₯°

[15 minit sahaja sehari]Boleh tak, walau sesibuk manapun anda, luangkan 15 minit khas untuk anak anda?Anda mungkin boleh...
17/07/2022

[15 minit sahaja sehari]

Boleh tak, walau sesibuk manapun anda, luangkan 15 minit khas untuk anak anda?

Anda mungkin boleh:

- bacakan buku cerita πŸ“–
- main block @ Lego 🎲
- main masak-masak 🍳
- main lipat kertas πŸ‘πŸ“œ
- main robot dan raksasa πŸŽƒ

Main apa saja ikut kesesuaian umur dan minat anak anda. (kecuali gadget dan tv).

lupakan seketika gadget2 dan bisnes anda.

note to ourself πŸ₯°

Moga dapat pengajaran dari kisah ini. Seorang bapa berkata kepada anaknya:"Kamu lulus peperiksaan dengan kepujian, ini a...
13/06/2022

Moga dapat pengajaran dari kisah ini.

Seorang bapa berkata kepada anaknya:
"Kamu lulus peperiksaan dengan kepujian, ini adalah kereta yang ayah beli bertahun-tahun yang lalu. Ayah sayang dan simpan untuk hadiahkan kepada kamu"

Si anak melihat kereta yang agak lusuh dan terbiar lama di garaj usang.

"Tetapi sebelum ayah berikan kepada kamu, bawalah ke kedai menjual kereta terpakai dan beritahu mereka bahawa kamu ingin menjualnya dan lihat berapakah nilai yang akan mereka tawarkan kepada kamu."

Anak lelaki itu pergi ke kedai kereta terpakai dan kembali kepada bapanya dan berkata:

"Mereka menawarkan saya 5000 kerana kereta itu tidak terjaga dan kelihatan sangat usang."

Si bapa berkata, "Cuba bawa ke kedai yang boleh di gadai."

Anak lelaki itu pergi ke kedai gadai. Kembali kepada bapanya dan berkata:

"Kedai itu menawarkan 500 saja kerana ia adalah sebuah kereta yang sangat tua."

Kemudian Si bapa meminta anaknya pergi ke sebuah kelab kereta dan menunjukkan kepada mereka kereta itu.

Anak lelaki itu membawa kereta itu ke kelab, kembali dan memberitahu bapanya:

β€œBeberapa orang di kelab itu menawarkan 100,000 untuknya kerana ia adalah Nissan Skyline R34. Kereta ikonik dan dicari oleh banyak orang.

Si bapa berkata kepada anaknya:

"AYAH NAK KAMU TAHU. TEMPAT DAN ORANG YANG TEPAT MENGHARGAI KAMU DENGAN NILAI YANG BETUL"

*****

Sekiranya kita tidak dihargai, jangan marah, ini bermakna kita berada di tempat yang salah.

Mereka yang benar kenal pasti tahu bagaimana untuk menghargai.

Jangan tunggu lama2 ditempat kita tidak dihargai. Jangan buang masa berurusan dengan orang yang tidak menghargai kita.

Credit : Mohamad Faidzal via Jipilli Saikar

04/06/2022
Kadangkala isteri saya minta izin nak pergi beli barang dapur di pasarayaSaya kata wasap sahaja list nanti saya keluar b...
04/06/2022

Kadangkala isteri saya minta izin nak pergi beli barang dapur di pasaraya

Saya kata wasap sahaja list nanti saya keluar belikan. Lagi senang. Dia tak letih.

Tapi tidak lama kemudian, saya fikir balik. Saya izinkan dia keluar pergi beli barang sendiri.

Maka keluarlah dia dengan anak sulung bersama. Tolak troli pasaraya beli barang. Anak yang nombor dua saya jaga di rumah.

Tidak berapa lama kemudian dia balik dengan wajah senyum sampai telinga. Bawa balik barang-barang dapur yang memang saya biasa beli. Bawang , biskut, telur dan lain-lain.

Katanya, seronok dapat keluar beli-beli barang. Dapat tolak troli dalam pasaraya tu hilangkan stress.

******

Begitulah isteri kita para suami sekalian. Kadangkala kita kena raikan sifat mereka ini.

Jadi isteri dengan anak-anak yang masih kecil sungguh meletihkan. Letih fizikal dan mental serta emosi.

Maka kitalah para suami kena sentiasa menyokong. Kalau kita balik rumah asyik mengadap handphone dan laptop sahaja lepas tu berfikiran kerja rumah dan anak ini kerja isteri kita, itu sangatlah silap.

Letih macam mana pun kita kerja di pejabat, tak akan sama letih isteri kita mengurus anak-anak kecil di rumah. Tu belum termasuk nak basuh baju, memasak, sapu sampah dan lain-lain lagi.

Pernah saya jaga 2 orang anak(seorang umur dekat dua tahun dan seorang lagi 3 bulan) di rumah. Isteri kena ke sekolah. Balik tengahari.

Penat dia tak terkata la. Sorang nak susu, sorang nak kena mandikan, nak makan la, nak dukung la. Exausted!

Maka begitulah isteri kita hadapi.

Jadi kalau kita para suami jenis tak buat kerja rumah di rumah. Tak s**a bagi ruang pada isteri untuk dia raikan diri dia.

Anda jangan pelik jika isteri anda berperangai kasar dengan anda. Sebab dia ibarat gunung berapi yang nak meletup. Stress dan serabut dia tu ditahan-tahan.Hihi

So para suami anda kena letak mindset ni:

1. Sepenat mana kerja kita dia pejabat. Takkan dapat lawan penat isteri mengurus anak-anak dan rumah. Sebab mereka tiada office hour macam kita.Mereka kerja every hour.

2. Kena bagi 'me time' untuk isteri kita. Sekali sekala bawa gi shopping. Biar dia je beli barang dapur. Kita bagi duit.

3. Tiada istilah tolong isteri buat kerja rumah. Tapi yang betul adalah memang kita 'sedang buat kerja kita'.kita basuh pinggan mangkuk tu sebab memang kita dah guna untuk makan. Kita basuh dan sidai baju sebab memang kita yang pakai baju tu. Kita urus anak sebab tu anak kita.

4.Isteri kita buka robot. Jadi banyakkan komunikasi dengan dia. Tidak perlu bagi cadangan penyelesaian sangat pun apa yang mereka cakapkan. Cukup jadi pendengar tanda kita prihatin dan sokong dia.

Sekadar perkongsian. Saya pun sedang belajar-belajar jadi suami mithali. Banyak juga silap. Semoga bermanfaat.

Kredit : tuan ehsan halim

03/06/2022

Cara simpan sayur ❀️

Nak lagi mudah, boleh simpan stok dlm tupperware snowflakes ni, harga serendah rm10 πŸ₯° πŸ‘‰πŸΌπŸ‘‰πŸΌ https://shope.ee/W8oZmBxR

 BILA J***Y DEEP MENANGJohnny Depp menang. Apa yang kita boleh belajar dari kes ni:1. Johnny dan Amber datang dari backg...
03/06/2022



BILA J***Y DEEP MENANG

Johnny Depp menang. Apa yang kita boleh belajar dari kes ni:

1. Johnny dan Amber datang dari background yang hampir sama. Didera oleh parent mereka. Emak Johnny ni perangai memang hauk dan selalu kutuk fizikal anak-anak dan buli suami.

Johnny kata dia fikir itu adalah normal sehingga sampai satu tahap umur dia boleh berfikir - Oh this is not normal rupanya.

Tapi sehingga akhir hayat mak dia, Johnny jaga sesungguhnya dengan sediakan rawatan hospital yang terbaik, jururawat peribadi dan bawa anak-anak dia to say goodbye pada nenek mereka untuk kali terakhir.

Bezanya adalah, Amber jadi pendera tapi Johnny menjadi orang yang penuh empati.

2. Amber dikatakan ada narsistik yakni konsep perangai - Aku salah tapi aku tetap betul sampai mati dan aku akan susahkan hidup kau sebelum kau susahkan hidup aku. Gitu. Dia percaya dengan semua penipuan yang dia cipta sendiri dan nak satu dunia ikut mereng sekali.

3. Kawan-kawan Johnny kekal setia dari awal hingga akhir. Menunjukkan sisi karakter Johnny yang sungguh baik, tak pernah berkira dan pemurah. Konsepnya Johnny have friends, and they never leave his side.

4. Amber hilang semua kawan sehinggakan kat court tu setiap hari dia cuma ditemani adik dia (Whitney) yang Johnny kata memang budak tu pun jadi mangsa belasahan Amber. Tapi dah adik beradik gamaknya, i will be with u no matter what, gitu.

5. Setiap pagi Johnny akan tegur dan salam semua orang keliling dia termasuk pak guard, polis kat tepi-tepi tu, juga pada stenographer yang mana jadi steno ni tanggungjawabnya sungguh berat tapi paling tiada orang peduli dalam court tu kecuali Johnny. Setiap pagi dia say hi dan sebelum balik dia say bye. True star.

6. Saksi Johnny hampir kesemuanya professional, bila bercakap dan menjawab soalan kelihatan sungguh tenang, mahir dalam bidang masing-masing sehingga lawyer Amber nak twist pun sudahnya nampak depa sendiri yang bodo.

7. Saksi Amber - hampir kesemuanya huru hara baik expert witness sehinggalah marhaen. Ingat ni korang, kot tiba-tiba kita kena jadi saksi mohon bersedia supaya tak nampak bengap benar.

8. Johnny banyak kali tergagap, itulah beliau - Berfikir lama dulu sebelum bercakap. Dia juga sangat terkenal dengan penggunaan kosa kata dan perkataan yang jarang orang biasa gunakan. Puitis.

Tahu tak Johnny ni ada dislex!a? Ini satu contoh we were born naturally with some tools to help us to go through life. Dia menunjukkan intelligent dia yang sebenar.

9. Johnny kekal tenang di semua situasi walaupun dah hilang segala-galanya. Semua orang tahu dia seorang yang sangat menjaga privacy tapi kali ni demi maruah, dia terpaksa tunjuk pada dunia segala video dan kisah yang memalukan. Demi sebuah keadilan.

10. Keganasan rumahtangga itu bukan isteri saja tapi suami juga boleh jadi mangsa. Demi sayang diamkan saja.

11. Kemampuan untuk mengawal emosi dalam keadaan tertekan akan ditunjukkan dalam performance kita. Bila kita sudah tak boleh mengawal apa yang kita fikir, emosi dan kelakuan maka kita akan gagal untuk kawal perkara lain.

12. Being a famous actor can be so exciting yet so lonely. Hidup Johnny hanya dengan gitar dan art dia. Orang seni memang begitu agaknya sebab itu Amber kata bekas suami dia ni boring, old fat man. Cis.

13. Yang paling orang perasan adalah kesemua laywer Johnny refleks seperti beliau iaitu tenang, rileks dan bijaksana. They presented well dan hubungan depa bukan setakat client tapi betul-betul mahukan keadilan untuk Johnny sampai mereka develop kemesraan dah macam keluarga sendiri.

14. Lawyer Amber? sama macam Amber tu haa yakni menggelupur, kasar, menyakitkan hati dengan soalan yang kita rasa tak releven (mungkin supaya saksi rasa marah dan akhirnya terperangkap dengan jawapan) tapi gagal sebab semua saksi Johnny power benar. Kerana tiada unsur menipu statement disitu.

15. Disaat dia jatuh dan waktu tak ada orang percayakan dia, hanya Dior berani ambik risiko dan offer dia jadi duta (Dior Sauvage Fragrance).

Sepanjang perbicaraan ni, setiap 3 saat orang bertalu-talu beli demi berterima kasih pada Dior dan tanda menyokong Johnny. Sales mereka juga melonjak luar biasa.

16. Para fanatik pi layan semua movie Johnny di rumah masing-masing dengan harapan dapat bantu dia dapat royalti nanti.

17. Disebabkan Disney dah kerek dengan dia, Johnny kata kalau offer semula dengan 300 million dan sejuta alpacas pun, dia taknak join Disney dah. Kenapa alpacas? Entah, Johnny ni memang aneh.

18. Habis closing jumaat minggu lepas, Johnny terus terbang ke London dan perform main gitar di Royal Albert Hall dengan legend disana. Release the stress barangkali.

19. Pagi tadi waktu keluar keputusan, rilek aje Johnny lepak di bar London sambil tengok tv. Gambar dibawah selepas dia diumumkan menang. Cool bukan?

20. Amber mungkin akan diisytihar bankrap. Mana la dia nak cekau duit bayar ke Johnny nanti. But knowing Johnny, dia tak heran dah duit tu semua sebab konsep dia β€œNo matter what happen, i did get here and i did tell the truth.”

Keputusannya, tuduhan Amber pada Johnny adalah penipuan. Banyak yang di reka sendiri sebab dia sewel like that.

This man has an awesome old soul and the most sweetest pirate ever! πŸ΄β€β˜ οΈ

Tahniah Johnny Depp. ❀️

Sumber: Suhaili Baharudin

Address

Kampong Simpang Tiga

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kaler Pensel posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Kaler Pensel:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram