
26/09/2020
Tips merawat kulit muka bermasalah 🙏
- Kulit terbakar, menggelupas & dinyahhidrat.
Kebanyakkan anda mesti pernah mengalami masalah seperti diatas. Atau anda boleh merujuk contoh gambar yang disertakan supaya anda lebih faham kulit bagaimana yang saya maksudkan.
Kebiasaannya kulit begini adalah disebabkan oleh :
✔️Dinyahidrat - akibat tidak minum air kosong yang secukupnya.
✔️Menggelupas - akibat penggunaan penjagaan kulit yang terlalu tinggi kimianya.
✔️Kulit terbakar - akibat dari selaran matahari, terdedah kepada matahari dalam tempoh tertentu hingga kulit bertindak balas kemerahan, panas, perit, menegang, menggelupas, merekah dan akhir sekali dari yang merah, bertukar menjadi gelap (sunburn). Biasanya kejadian seperti ini ialah apabila anda baru pulang bercuti , aktiviti pantai, atau aktiviti dipadang.
Anda boleh lakukan rawatan sendiri dirumah hanya dengan satu produk sahaja, iaitu ELYSYLE - Essentiel Pure Cream (Night Cream).
Ini adalah pelembap untuk malam didalam rangkaian penjagaan Essentiel.
Caranya :
Ambil krim tersebut menggunakan spatula dalam kuantiti yang banyak. Anggaran dalam 2 sudu kecil.
Sapukan pada seluruh muka termasuk sekitar mata dan kelopak mata dengan menggunakan spatula juga atau berus mask seperti yang saya sertakan dalam gambar.
Pastikan ia disapu dengan tebal. Tebal yang macam mana? bagaimana nak tahu dah cukup tebal atau belum? Hingga krim tersebut boleh dilihat diatas kulit, warnanya
putih keruh. Lebih tebal lebih baik.
Biarkan pada kulit selama yang boleh, krim akan menyerap dengan sendirinya selepas beberapa ketika. Sebaiknya dibuat pada waktu malam ketika hampir waktu tidur. Terus tidur dengan krim tersebut pada muka.
Tak perlu dibilas lagi dengan air.
Tips tambahan :
Lebih baik kalau krim tersebut disimpan terlebih dahulu dalam peti sejuk. Akan beri kesan sejuk pada kulit muka yang terbakar.
Gunakan spatula atau kayu aiskrim lebih baik. Kerana kulit ditahap ini sangat sensitif. Jadi, kemungkinan jari kita atau berus akan membuatkan rasa tidak selesa pada kulit. Ulangi langkah yang sama selama beberapa hari. Kebiasaannya 1-2 buat memang ada kesembuhan .
❤️ Selamat Mencuba ❤️