Pusat Rawatan islam purba jingga

Pusat Rawatan islam purba jingga rawatan alternative tentang sihir,ganguan jin, aura terapi,saka,pagar batin

30/01/2022

Assalamualaikum salam ukhuwah,salam billah,salam raqdhi,salam balik,salam rahim, semoga semua saudara saya ini di berikan barokah dan rahmat AMINNN..

RISIKO SEORANG MU'ALIJ(PERAWAT) YANG MESTI DIFAHAMIPerlu diketahui dan difahami bahawa setiap rawatan yang dilakukan ole...
12/01/2022

RISIKO SEORANG MU'ALIJ(PERAWAT) YANG MESTI DIFAHAMI

Perlu diketahui dan difahami bahawa setiap rawatan yang dilakukan oleh seorang perawat perubatan Islam, mempunyai risiko tertentu yang perlu ditanggung oleh mereka. Antara risiko yang biasa ditanggung ialah:

1) Permusuhan berterusan dengan tukang-tukang sihir dan sekutu-sekutu mereka. Perkara ini berlaku, apabila perawat dianggap mengganggu mereka memuaskan hati pelanggan mereka seterusnya menjadikan perawat tersebut musuh mereka yang perlu dihapuskan. Biasanya permusuhan ini akan berterusan selama bertahun-tahun bahkan ada yang sampai akhir hayat.

2) Kesan-kesan sihir adakalanya terkesan kepada ahli keluarga perawat, khususnya yang lemah semangatnya.

3) Berhadapan dengan dendam jin-jin jahat yang terlibat. Contohnya, ahli keluarga jin yang dibunuh atau terbunuh. Ini berlaku dalam kes saka, jin asyiq, atau jin pendamping. Disamping itu, kes pemindahan penempatan jin atau rumah ibadah mereka juga sering kali berhadapan dengan masalah ini.

4) Perawat yang telah diuji dengan permusuhan tukang-tukang sihir adakalanya menjadi lemah. Dan bila keadaannya lemah, sihir-sihir yang dihantar juga boleh terkena kepada dirinya dan mengakibatkan sakit atau menanggung kesan-kesan sihir yang dihantar. Ada perawat yang lumpuh, buta dan ada juga yang mati kerana terkena sihir yang dihantar.

Semua perkara di atas tidak dialami oleh doktor klinik moden atau hospital. Tetapi ianya dialami oleh perawat perubatan Islam. Justeru, bayaran yang dikenakan adalah wajar berdasarkan risiko yang bakal ditanggung oleh seorang perawat.

Perkara ini dijelaskan kerana kurangnya kefahaman pesakit mahupun orang awam yang lain betapa risiko yang dihadapi oleh perawat-perawat Islam sehingga mereka memandang lekeh/remeh tugas perawat perubatan Islam dan merasa tidak wajar bagi perawat untuk meminta bayaran dari rawatan yang diberikan.

Mentaliti yang menganggap perawat tidak wajar mengambil upah rawatan kerana perlu ikhlas perlu diperbetulkan. Ini kerana para ustaz dan ustazah juga merupakan manusia biasa yang memerlukan perbelanjaan diri dan keluarga seperti halnya orang awam yang lain. lebih-lebih lagi bila berhadapan dengan risiko besar demi membantu seorang pesakit.

Sesungguhnya apa yang diinfaqkan untuk rawatan pahalanya kembali kepada orang yang menginfaqkan tersebut dengan syarat diikhlaskan kerana Allah semata-mata.

09/12/2021
untuk mengobati penyakit yang ringan atau sedangikuti langkah langkah berikut ini:    1. Sediakan satu gelas air putih m...
09/12/2021

untuk mengobati penyakit yang ringan atau sedang

ikuti langkah langkah berikut ini:

1. Sediakan satu gelas air putih matang.
2. Bacakan lah ke air tersebut :
membaca surat Al Fatihah sebanyak 17 kali
membaca surat Al Ikhlas sebanyak 17 kali
membaca Ayat Kursi sebanyak 17 x
3. setelah kita selesai membaca surat tersebut sebanyak 17 kali , lalu
kita tiupkan ke air yang sudah kita siapkan tersebut 3 kali tiupan..
4. Setelah itu minumkanlah kepada orang yang sakit. Secara berturut
turut selama 3 hari. air tersebut Di minum pada waktu pagi hari ketika
bangun tidur dan malam hari ketika hendak tidur
5.mohon di lakukan dengan teratur dan istiqomah, jangan lupa memohon
kesembuhan kepada agar pasien kita lekas di berikan kesehatan.
6. Jika air tersebut habis kita dapat mengulanginya kembali.

Address

Kota
Kampong Wakaf Che Yeh
15150

Telephone

+60139171706

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Rawatan islam purba jingga posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share