Geliga Minda

Geliga Minda Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Geliga Minda, Medical and health, Kampung Besut.

10/09/2020
16/03/2020

Pernahkah kita terfikir?

Apa yang menyebabkan banyak penyakit berleluasa dewasa hari? Di mana silapnya kita , Di mana solusinya??

Perlu kita renung,sekeliling kita sekarang,banyak gerai-gerai, kedai-kedai yang menjual makanan... Dan semuanya kebanyakannya menyumbang kepada makanan-makanan yang mengandungi pewarna,perisa yang banyak sekali,sedap di mulut,tapi .. pemusnah secara senyap untuk tubuh badan kita

Kesimp**annya, jagalah pemakanan kita , kerana dari perutlah berpunca segala penyakit ,sekian

SAAT KEJATUHAN DALAM HIDUP,DAN APA JALANNYA UNTUK KITA BANGKIT KEMBALI & MEMOTIVASIKAN DIRI KITA                        ...
02/03/2020

SAAT KEJATUHAN DALAM HIDUP,DAN APA JALANNYA UNTUK KITA BANGKIT KEMBALI & MEMOTIVASIKAN DIRI KITA

Setiap Insan pasti ada moment kedukaan,kesakitan,dan kehampaan dalam hidup masing-masing. Lain orang lain ujiannya,ada yang diuji dengan kehilangan orang tersayang,ibu bapa,atau saudara mara terdekat yang akrab, kesedihan begitu,sepastinya akan memberi impak yang begitu besar dalam hidup seseorang. Sesetengah individu yang tidak mampu mengawal atau mengatasi perasaan itu,kadang-kadang akan merasakan hidupnya sudah tidak bermakna lagi,hilang punca kasih sayang dan serba serbi benda yang buat dirasakan tidak lengkap.


Manakala sesetengah yang lain p**a diuji dengan kejatuhan dari segi harta benda,tiba-tiba jatuh muflis atau miskin,harta dirompak,diuji dengan kebakaran sehingga hanya tinggal sehelai sepinggang dan ditipu oleh sahabat yang dipercayai hingga lesap segala wang yang diusahakan bersama. NAMUN, sedarkah kita??? Setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita,ada hikmahnya tersendiri, kita hanya mampu merancang,namun yang mengetahui sebaik-baik natijahnya adalah PENCIPTA kita sendiri. Kadang-kadang ,benda yang kita nampak zahirnya baik,itu tidak elok bagi kita, bahkan benda yang nampak buruk di sisi kita,pada hakikatnya adalah yang terbaik kepada kita.

Solusinya,jalan terbaik untuk kita mengatasi segala masalah ini,adalah dengan kembali kepada PENCIPTA kita, percaya lah,setiap benda yang berlaku ada hikmah dia,untuk mendidik jiwa kita,menjadi insan yang lebih hebat . Jalan yang terbaik adalah dengan sentiasa berfikiran positif dan elakkan daripada menyiksa diri dengan membiarkan diri terperangkap dalam kesedihan dan kehampaan tanpa melakukan apa-apa tindakan untuk berubah & bangkit.Sekian dari saya.

IbuBapa merupakan dua insan yang memainkan peranan penting dalam keluarga. Merekalah guru pertama buat anak-anak untuk m...
01/03/2020

IbuBapa merupakan dua insan yang memainkan peranan penting dalam keluarga. Merekalah guru pertama buat anak-anak untuk mengenal apa itu dunia,dan sekelilingnya. Ajaran dari ibubapa lah yang merupakan proses utama sesebuah kehidupan insan itu bermula. Anak-anak bagaikan kain yang putih,ibubapa lah yang mencorakkan mereka sama ada menjadi orang yang berguna atau sebaliknya.

Sebagai ibubapa,kita wajib tahu,apa yang perlu dilakukan sepanjang proses mendidik anak-anak sejak kecil. Lebih-lebih lagi di zaman arus kemodenan yang kian mencabar ini,ibu dan bapa perlu lebih advance dalam usaha memantau anak-anak dalam kehidupan seharian. Pilihan yang tepat amat-amat penting agar anak-anak tidak terjerumus atau terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral atau tidak sihat yang kian menggila sekarang ni.

Di samping itu,dari sudut penyakit-penyakit juga kian membimbangkan,dan kebanyakannya berpunca dari pemakanan yang tidak sihat, justeru,ibubapa sewajibnya memantau budaya pemakanan anak-anak.Didikan pemakanan mereka sebenarnya bermula dari rumah sejak kecil lagi,maka sejak umur sekolah rendah,anak-anak kita perlu diajar dan diasuh memilih makanan yang seimbang dan berkhasiat demi tumbuhbesaran mereka yang sihat,dan badan lebih imun daripada sebarang penyakit.

Setiap orang yang bekerja selalunya mesti ada terfikir benda ni ketika di hujung bulan : “Kemana gaji aku bulan ni?” Tan...
27/02/2020

Setiap orang yang bekerja selalunya mesti ada terfikir benda ni ketika di hujung bulan : “Kemana gaji aku bulan ni?” Tanpa disedari,gaji hasil kerja pagi petang,siang malam lincin tidak tersisa.

Ya benar ,sebenarnya masalah ni bukan hanya berlaku kepada individu yang berpendapatan rendah,namun yang kerap berlaku sebenarnya kepada golongan2 yang “KERJA GOMEN” gaji 4k keatas setiap bulan.

Apa puncanya? Di mana silapnya? Siapa yang ambil duit hasil titik peluh kita tu? Jawapannya adalah kerana KESILAPAN kita yang tidak BIJAK menguruskan wang.SEWAJIBNYA kita mempunyai SAVING yang tetap untuk setiap bulan,kerana kita tidak tahu bila ekonomi kita akan merosot,ada emergency dan sebagainya.

Oleh itu,jadilah seorang yang bijak menguruskan wang agar kita tidak rugi di masa hadapan

Address

Kampung Besut

Telephone

010-2198691

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Geliga Minda posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share