Booster Anak Genius

Booster Anak Genius KONSULTAN MINDA ANAK ANDA

*📌 Tips Ajar Anak Solat Sejak Kecil dengan Mudah! 💡*  Hai ibu ayah! Nak ajar anak solat tapi tak tahu nak mula dari mana...
03/02/2025

*📌 Tips Ajar Anak Solat Sejak Kecil dengan Mudah! 💡*

Hai ibu ayah! Nak ajar anak solat tapi tak tahu nak mula dari mana? Jom ikut 3 langkah mudah ni!

🌱 *1. Tunjukkan Contoh Dulu*
Anak-anak belajar melalui pemerhatian. Bila ibu ayah solat, ajak mereka duduk dekat dan lihat. Jangan marah kalau mereka main-main, sebab ini cara mereka belajar!

🕌 *2. Ajak & Jadikan Rutin*
Mulakan dengan solat berjemaah. Walaupun mereka hanya ikut satu rakaat, puji usaha mereka. Lama-lama mereka akan terbiasa!

📿 *3. Gunakan Bahasa Positif*
Elakkan paksaan. Sebaliknya, cakap dengan lembut:
"Jom solat, nanti Allah sayang!"
"Solat ni hadiah dari Allah, best tau!"

✨ *Konsisten & Doakan Mereka*
Ajar dengan penuh kasih sayang. Doakan anak supaya hatinya lembut menerima ajaran solat.

📢 Ibu ayah setuju tak dengan tips ni? Komen “Setuju” Like dan Share untuk pasangan atau kawan yang tengah usaha ajar anak solat! 👇💬

5 Tips Bantu Anak Bijak Dengan Powerkan Otak Anak ‼️‼️Kenapa otak power penting untuk anak?Otak yang power dapat mempros...
19/09/2024

5 Tips Bantu Anak Bijak Dengan Powerkan Otak Anak ‼️‼️
Kenapa otak power penting untuk anak?
Otak yang power dapat memproses matlumat dengan laju. Tiada lagi ‘errr’ atau tak ingat barang letak mana.
Senang untuk mengingat apa yang dipelajari. Keputusan cemerlang. Senang hati ibu bapa. Tidak kalut dan pening kepala hantar tusyen setiap hari.
Saya mahu kongsikan 7 cara untuk POWER-kan otak anak kita:
1. Berjalan
Dalam kajian di jurnal Frontiers in Public Health tahun lepas dapati berjalan 10 minit tingkatkan kapasiti menjawab soalan matematik bagi pelajar.
Memori mereka jadi lebih baik.
Lebih menarik lagi pelajar yang tidak cemerlang akademik tunjukkan lebih peningkatan dalam ujian matematik.
Bolehlah jadikan berjalan ini aktiviti keluarga. Atau di saat anak buntu dengan kerja sekolah, minta anak berjalan dahulu. Sambung kerja sekolah kemudiannya.
2. Beri Anak Makan B.I.T
Kita adalah apa yang kita makan. Anak kita pun sama. Anak kita adalah apa yang mereka makan.
Mereka makan jajan, itu tanda bahaya akan datang.
Beri anak kita makan B.I.T:
Buah Berries – Contohnya blueberries, cherry, blackberries dan strawberries. Beri kuasa besar pada hippocampus anak-anak. Memori jadi power.
Ikan – Ikan kembung contohnya ada omega 3 yang tinggi. Bagus untuk otak. Ini makanan wajib untuk anak-anak. Tuna dan salmon pun bagus.
Telur – Ia ada Choline. Penting untuk perkembangan memori anak-anak. Menu wajib sarapan.
Makanan mempengaruhi sikap anak. Beri kesan kepada tingkah laku. Tinggalkan impak kepada prestasi otak.
Perlu hati-hati dalam menjamu anak. Usah meracun anak sendiri.
3. Berzikir Untuk Tambahkan Sel Otak
Kajian dari Harvard University tahun 2011 mendapati bahawa zikir besarkan hippocampus.
​Pusat memori dan belajar. Bayangkan apabila hippocampus besar.
Apa akan jadi pada kemampuan mengingat dan belajar? Bukankah lebih hebat?
Kajian ini juga dapati amygdala, pusat TAKUT manusia menjadi kurang aktif. Tiada ketakutan. Muncul TENANG. Timbul DAMAI.
SubhanAllah hebatnya zikir ini. Kajian dari Yale University p**a dapati ia mampu tenteramkan fikiran liar kita.
Fikiran yang melompat sakan dari satu topik ke topik lain tanpa henti. Bahasa Sains Otak ialah Monkey Mind.
Bukankah apabila fikiran tidak melayang, kita terasa DAMAI?
Suruhan zikir ini juga menurut kajian di UCLA tingkatkan bahagian grey matter (bahagian kelabu) otak.
Bahagian ini punya sel otak yang paling banyak.
Maksudnya?
Mudah. Sel otak bertambah dengan zikir. Hebat sungguh!
4. Puji Usaha Anak, Bukan Hasil
Apabila kita puji anak dengan sebut “Pandailah Along. Tahniah!” ia akan jadi racun minda.
Apabila kita beri pujian seperti di atas, kita programkan otak anak kita bahawa berjaya atau gagal ditentu oleh faktor luaran. Bukan dalaman.
Faktor luaran ini akan matikan aktiviti STRIATUM. Ini bahagian motivasi di OTAK. Motivasi anak akan cepat padam.
Mereka akan pilih aktiviti yang senang.
Mereka cenderung untuk tidak buat apa yang sepatutnya dibuat.
Sebabnya? Takut gagal. Apabila gagal tiada dendangan pujian akan didengar. Lebih baik tidak buat.
Mereka tidak akan jadi berani.
5.Elak Makan Jajan Demi Otak Cantik
Tadi saya ada kongsi makanan B.I.T. Supaya tidak terjebak ke dalam dunia jajan.
Sekali terperangkap, sukar mahu keluar. Iklan jajan ada di mana-mana.
Saya terangkan dapatan kajian kesan makanan ringan ke atas otak:
1
Bahagian otak yang terlibat dalam pembelajaran, memori dan kesihatan mental iaitu hippocampi menjadi kecil.
2
Mengurangkan hormone BDNF di dalam otak. Tugas hormon ini ialah memelihara sel-sel otak dari rosak.
3
Lebih terdedah kepada kemurungan, kerisauan dan nyanyuk.
4
Menyebabkan keradangan pada otak.
Kefahaman dari kajian ini ialah makanan ringan atau jajan merosakkan otak.
Kita jadi sukar untuk belajar. Memori gagal terbentuk selama tiga minggu setiap kita berjajan-jajan.
Yang terburuk sekali ianya mengecilkan otak.
Lebih buruk otak anak-anak yang sedang membesar.
Andai kita pemberinya, kitalah juga punca bodohnya anak kita.
Mahu anak pandai hentikan jajan.
Adakah jeruk termasuk?
Ya. Termasuk sekali.
Semoga Memberi Manfaat untuk Mak Ayah Semua ya🥰

Address

84, Kampung Raja
Kampung Besut
22200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Booster Anak Genius posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram