Klinik Kesihatan Changkat Lada

Klinik Kesihatan Changkat Lada KLINIK DI PKD PERAK TENGAH
"KAMI SEDIA MEMBANTU'

πŸŒ™ Salam Nuzul al-QuranPada hari penuh keberkatan ini, kita mengingati turunnya al-Quran sebagai petunjuk hidup β€” bukan s...
07/03/2026

πŸŒ™ Salam Nuzul al-Quran

Pada hari penuh keberkatan ini, kita mengingati turunnya al-Quran sebagai petunjuk hidup β€” bukan sekadar untuk dibaca, tetapi untuk difahami dan diamalkan.

Al-Quran mengajar tentang keseimbangan (wasatiyyah), kesederhanaan dan penjagaan diri.

πŸ“– β€œMakan dan minumlah, tetapi jangan berlebihan.”
(Surah Al-A’raf: 31)

Prinsip ini sangat relevan dengan kesihatan kita hari ini.

Dalam dunia moden yang penuh pilihan makanan segera, gaya hidup sedentari dan stres berpanjangan β€” mesej al-Quran tentang keseimbangan adalah asas pencegahan penyakit.

πŸ’š Jaga pemakanan
πŸ’š Kawal emosi
πŸ’š Cukupkan rehat
πŸ’š Kekalkan aktiviti fizikal
πŸ’š Hindari perkara yang memudaratkan tubuh

Kesihatan adalah amanah.
Tubuh kita bukan milik mutlak kita β€” ia tanggungjawab yang akan dipersoalkan.

Semoga Nuzul al-Quran kali ini bukan sekadar memperbanyak bacaan, tetapi juga memperbaiki gaya hidup kita ke arah lebih sihat, lebih seimbang dan lebih berkat.

Salam Nuzul al-Quran πŸŒ™βœ¨




01/03/2026
πŸŒ™ Ramadan: Nafas Baru, Hidup BaruRamadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga.Ia peluang untuk kita reset β€” termasuk h...
27/02/2026

πŸŒ™ Ramadan: Nafas Baru, Hidup Baru

Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga.
Ia peluang untuk kita reset β€” termasuk hubungan kita dengan rokok.

Kalau kita mampu berhenti merokok 12–14 jam sehari ketika berpuasa, itu bukti bahawa anda sebenarnya MAMPU berhenti sepenuhnya.

🚭 Kenapa Ramadan waktu terbaik untuk berhenti?

βœ… Rutin berubah – kurang pencetus (trigger) merokok
βœ… Kawalan diri sedang kuat dilatih
βœ… Kurang kekerapan siang hari β†’ peluang kurangkan kebergantungan nikotin

Bayangkan selepas sebulan:
πŸ’¨ Nafas lebih lega
❀️ Risiko sakit jantung & kanser mula menurun
πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§ Keluarga bebas asap rokok
πŸ’° Penjimatan yang ketara

Mulakan dengan langkah kecil:
β€’ Jangan β€œbalas dendam” selepas berbuka
β€’ Lewatkan rokok pertama
β€’ Kurangkan sedikit demi sedikit
β€’ Dapatkan sokongan profesional jika perlu

πŸ“ Klinik Kesihatan Changkat Lada menyediakan Servis Klinik Berhenti Merokok.
Kami sedia membantu dengan kaunseling, pemantauan dan rawatan yang sesuai untuk anda.

Berhenti merokok bukan perlu buat seorang diri.
Datang berbincang dengan kami. Kami bantu anda langkah demi langkah.

πŸŒ™ Ramadan ini, beri paru-paru anda nafas baru.




πŸ‹πŸ»β€β™€οΈ TIP SENAMAN RAMADANNak kekal aktif walaupun berpuasa? Boleh. Kuncinya ialah PILIH WAKTU yang sesuai.Setiap waktu a...
23/02/2026

πŸ‹πŸ»β€β™€οΈ TIP SENAMAN RAMADAN
Nak kekal aktif walaupun berpuasa? Boleh. Kuncinya ialah PILIH WAKTU yang sesuai.

Setiap waktu ada kelebihan tersendiri πŸ‘‡

πŸŒ… Sebelum Sahur
βœ”οΈ Kadar metabolisme lebih tinggi sepanjang hari
βœ”οΈ Sesuai untuk senaman ringan seperti stretching, brisk walking perlahan atau mobility exercise

πŸŒ‡ 1 Jam Sebelum Berbuka
βœ”οΈ Membakar kalori dengan penggunaan tenaga minimum
βœ”οΈ Badan sudah gunakan simpanan tenaga
βœ”οΈ Pastikan intensiti sederhana dan berhenti jika pening/lemah

πŸŒ™ Selepas Tarawih
βœ”οΈ Lebih bertenaga selepas makan
βœ”οΈ Sesuai untuk senaman lebih aktif seperti brisk walking, light jogging atau latihan kekuatan ringan

⚠️ Elakkan:
❌ Senaman terlalu intensiti tinggi ketika dehidrasi
❌ Workout terlalu lama tanpa rehat
❌ Abaikan tanda amaran seperti pening, loya, berdebar kuat

πŸ’‘ Prinsip mudah:
➑️ Kurangkan intensiti
➑️ Kekalkan konsisten
➑️ Fokus hidrasi & pemakanan seimbang semasa sahur dan berbuka

Puasa bukan alasan untuk berhenti bergerak.
Aktif secara bijak, sihat sepanjang Ramadan.




πŸŒ™ Manfaat Puasa Kepada Kesihatan – Bukan Sekadar IbadahPuasa bukan hanya menahan lapar dan dahaga.Ia juga memberi kesan ...
20/02/2026

πŸŒ™ Manfaat Puasa Kepada Kesihatan – Bukan Sekadar Ibadah

Puasa bukan hanya menahan lapar dan dahaga.
Ia juga memberi kesan positif kepada tubuh dan minda kita.

Antara manfaatnya πŸ‘‡

πŸ’š 1️⃣ Meningkatkan sensitiviti insulin
Apabila kita berpuasa, paras gula darah menjadi lebih stabil dan badan lebih responsif terhadap insulin.
Ini membantu mengurangkan risiko rintangan insulin dan diabetes jenis 2 β€” jika diamalkan dengan pemakanan yang seimbang ketika sahur dan berbuka.

🧠 2️⃣ Meningkatkan kawalan diri & kesihatan mental
Puasa melatih disiplin, sabar dan kawalan emosi.
Ia juga membantu kita lebih sedar tentang corak makan dan tindak balas emosi terhadap makanan.
Ramai individu melaporkan rasa lebih tenang dan fokus sepanjang Ramadan.

🌿 3️⃣ Memperbaiki sistem penghadaman
Rehat sementara daripada pengambilan makanan memberi ruang kepada sistem penghadaman untuk β€œreset”.
Ia boleh membantu mengurangkan simptom seperti kembung dan gangguan pencernaan β€” dengan syarat kita tidak berlebihan ketika berbuka.

✨ Puasa yang sihat =
βœ”οΈ Sahur seimbang
βœ”οΈ Berbuka secara sederhana
βœ”οΈ Cukup air
βœ”οΈ Elakkan berlebihan

Ibadah yang dilakukan dengan ilmu akan memberi manfaat dunia dan akhirat.



πŸͺž PERIKSA MULUT SENDIRI – 2 MINIT SAHAJA BOLEH SELAMATKAN NYAWARamai orang takut kanser…Tapi tak ramai yang tahu kita bo...
16/02/2026

πŸͺž PERIKSA MULUT SENDIRI – 2 MINIT SAHAJA BOLEH SELAMATKAN NYAWA

Ramai orang takut kanser…

Tapi tak ramai yang tahu kita boleh kesan awal sendiri di rumah.
Cuma perlukan:
βœ”οΈ Cermin
βœ”οΈ Lampu terang
βœ”οΈ Jari yang bersih

πŸ‘„ Apa yang perlu diperiksa?
1️⃣ Muka & leher – ada benjolan?
2️⃣ Bibir & gusi – ada ulser atau perubahan warna?
3️⃣ P**i bahagian dalam – ada tompok pelik?
4️⃣ Lelangit – ada benjolan?
5️⃣ Lantai mulut – ada perubahan?
6️⃣ Lidah – sakit, keras, atau bengkak?

🚨 TANDA AWAL KANSER MULUT
⚠️ Ulser tak sembuh lebih 2 minggu
⚠️ Tompok merah / putih dalam mulut
⚠️ Ketumbuhan dalam mulut
⚠️ Sakit atau rasa tak selesa bila makan/minum
⚠️ Benjolan di muka atau leher

Jangan tunggu sakit teruk.
Jangan tunggu berdarah.
Jangan tunggu susah telan.

πŸ“Œ Kalau ada tanda lebih 2 minggu β†’ terus jumpa doktor atau doktor gigi.

Kanser mulut yang dikesan awal jauh lebih mudah dirawat.
Ambil 2 minit hari ini.
Mungkin itu 2 minit yang menyelamatkan hidup anda.




CERAMAH KESIHATAN KLINIK KESIHATAN CHANGKAT LADATajuk :  Kanser Payudara & Kanser ServiksPenceramah: Dr. Marsilah Binti ...
11/02/2026

CERAMAH KESIHATAN KLINIK KESIHATAN CHANGKAT LADA

Tajuk : Kanser Payudara & Kanser Serviks
Penceramah: Dr. Marsilah Binti Mohammad Kamarulzaman

Tarikh: 11/2/2025 (Rabu)
Masa: 8.30 – 9.10 pagi
Tempat: Ruangan Menunggu MCH, KK Changkat Lada
Kehadiran: 20 orang

Objektif Ceramah :
1.Memberi pendedahan dan pengetahuan asas kepada orang awam mengenai kanser payudara dan kanser serviks, termasuk kekerapan dan peratus kejadian kanser ini di Malaysia.
2.Mengenal pasti tanda dan gejala awal serta faktor risiko kanser payudara dan kanser serviks.
3.Memberi penerangan tentang kaedah pengesanan awal, termasuk ujian saringan yang boleh dilakukan di klinik kesihatan.
4.Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan saringan berkala di klinik terutama bagi golongan berisiko.
5.Memberi penerangan tentang rawatan dan cara pencegahan kanser payudara dan kanser serviks.

CERAMAH KESIHATAN KLINIK KESIHATAN CHANGKAT LADATajuk :  Puasa dan UbatPenceramah: Pegawai Farmasi FarhanaTarikh: 5/2/20...
11/02/2026

CERAMAH KESIHATAN KLINIK KESIHATAN CHANGKAT LADA

Tajuk : Puasa dan Ubat
Penceramah: Pegawai Farmasi Farhana

Tarikh: 5/2/2026 (Khamis)
Masa: 8.35 pagi – 9.00 pagi
Tempat: Ruangan Menunggu, KK Changkat Lada
Kehadiran: 25 orang

Objektif Ceramah :
1.Memberi panduan yang jelas tentang pengurusan pengambilan ubat semasa berpuasa, termasuk penyesuaian dos, kekerapan, dan masa pengambilan yang selamat dan berkesan.
2.Mengenal pasti kategori ubat yang boleh dan tidak boleh diambil ketika berpuasa, serta keadaan perubatan yang memerlukan pengecualian atau nasihat khusus daripada pegawai kesihatan.
3.Meningkatkan kesedaran peserta tentang kepentingan mendapatkan nasihat pegawai farmasi atau doktor sebelum mengubah jadual atau dos ubat sepanjang bulan Ramadan.

CERAMAH KESIHATAN KLINIK KESIHATAN CHANGKAT LADATajuk :  Kanser Usus (Kolorektal) dan Kanser ProstatPenceramah: Dr. Jaya...
11/02/2026

CERAMAH KESIHATAN KLINIK KESIHATAN CHANGKAT LADA

Tajuk : Kanser Usus (Kolorektal) dan Kanser Prostat
Penceramah: Dr. Jaya Sri

Tarikh: 5/2/2026 (Khamis)
Masa: 8.15 pagi – 8.35 pagi
Tempat: Ruangan Menunggu, KK Changkat Lada
Kehadiran: 25 orang

Objektif Ceramah :
1.Memberi pendedahan dan pengetahuan asas kepada orang awam mengenai kanser usus (kolorektal) dan kanser prostat, termasuk kekerapan dan peratus kejadian kanser ini di Malaysia.
2.Mengenal pasti tanda dan gejala awal kanser usus dan kanser prostat.
3.Memberi penerangan tentang kaedah pengesanan awal, termasuk ujian saringan yang boleh dilakukan di klinik kesihatan.
4.Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan saringan berkala di klinik terutama bagi golongan berisiko.

β€œUBAT KURUS”Kemajuan Perubatan atau Jalan Pintas?Isu ubat penurunan berat badan semakin hangat diperkatakan.Ada yang mel...
03/02/2026

β€œUBAT KURUS”
Kemajuan Perubatan atau Jalan Pintas?

Isu ubat penurunan berat badan semakin hangat diperkatakan.

Ada yang melihatnya sebagai kemajuan perubatan, ada p**a yang bimbang ia menjadi jalan pintas tanpa memahami punca sebenar obesiti.

πŸŽ™οΈ Dalam episod khas The FMS Podcast, kita bincangkan isu ini secara berimbang, berfakta dan klinikal, tanpa sensasi.

πŸ‘¨β€βš•οΈ Panel:
Dr Ariff – Berkongsi perspektif klinikal dan peranan ubat dalam rawatan obesiti
Dr Faridah – Mengupas obesiti dari sudut menyeluruh, termasuk gaya hidup dan punca akar masalah
🎀 Moderator: Dr Amirul

πŸ—“ Tarikh: 8 Februari 2026
πŸ• Masa: 2:30 petang
πŸ” Perbincangan ini akan menyentuh:
Siapa yang sesuai untuk rawatan ubat
Isu keselamatan dan pemantauan
Perbezaan antara rawatan berasaskan bukti dan produk β€œkurus segera”
Adakah ubat solusi jangka panjang atau hanya sebahagian daripada rawatan?

πŸ“Œ Sertai kami dan dengar sendiri perbincangan yang jujur, profesional dan berpaksikan sains.

πŸ”” Ikuti The FMS Podcast di Facebook & YouTube FMSA Malaysian Family Medicine Specialists’ Association
πŸ“£ Jangan lupa like, share dan subscribe untuk kandungan kesihatan yang berkualiti.

Januari: Bulan Kesedaran Tiroid πŸ¦‹Ramai masih salah fahamβ€”tiroid bukan penyakit, tetapi satu organ.Tiroid ialah organ kec...
07/01/2026

Januari: Bulan Kesedaran Tiroid πŸ¦‹

Ramai masih salah fahamβ€”tiroid bukan penyakit, tetapi satu organ.
Tiroid ialah organ kecil di bahagian tengkuk, tetapi fungsinya sangat besar kerana ia menghasilkan hormon yang mengawal metabolisma badan.

Bila jadi masalah?
Apabila hormon tiroid terganggu β€” sama ada terlalu tinggi atau terlalu rendah β€” ia boleh memberi kesan kepada kesihatan.

πŸ”Ί Hormon tiroid tinggi: berdebar, cepat berpeluh, berat badan turun

πŸ”» Hormon tiroid rendah: mudah letih, rasa lemau, pergerakan perlahan, berat badan naik

Penting untuk tahu:
❗ Gangguan hormon tiroid tidak semestinya ada bengkak di tengkuk β€” saiz tiroid boleh kelihatan normal.

Berita baiknya, tiroid boleh dirawat.
Jika ada tanda-tanda, terutama isu berat badan atau simptom yang mencurigakan, datanglah ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan lanjut. Ujian darah tiroid dibuat bila ada indikasi, bukan secara rawak.

Dapat ilmu baharu?
πŸ“£ Kongsikan supaya lebih ramai faham dan tidak lagi salah anggap tentang tiroid.

Address

Felcra Changkat Lada
Kampung Gajah
36800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan Changkat Lada posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram