Klinik Hidayah Jeli

Klinik Hidayah Jeli WAKTU OPERASI : AHAD-SABTU (SETIAP HARI)
● 9.00am - 5.00pm
● 8.00pm - 10.00pm
(JUMAAT MALAM TUTUP) Boleh terus walkin ke Klinik untuk rawatan.

Klinik Hidayah Jeli sedia membantu anda :

🔹 PEMERIKSAAN KESIHATAN LENGKAP
🔹RAWATAN SENDI LUTUT + BAHU
🔹 ULTRASOUND 2/3/4/5D
🔹RAWATAN LASER KETUAT & SKIN TAG +TAHI LALAT
🔹RAWATAN PARUT KELOID
🔹 IMPLANT REMOVAL
🔹JAUNDICE/KUNING BAYI
🔹SUNTIKAN TYPHOID/PENGENDALI MAKANAN
🔹TRIGGER FINGER/CARPAL TUNNEL SYNDROME, TENNIS/GOLFERS ELBOW

dan banyak lagi. Sebarang pertanyaan sila hubungi 0134500696 / 09 9442939

Ramai isteri tak sedar, mereka bukan kahwin dengan seorang lelaki saja.Mereka kahwin sekali dengan rokok dia.Ada seorang...
05/12/2025

Ramai isteri tak sedar, mereka bukan kahwin dengan seorang lelaki saja.

Mereka kahwin sekali dengan rokok dia.

Ada seorang wanita. Balik kerja, buka tudung, bau asap rokok masih melekat pada rambut.

Masuk bilik anak, langsir pun bau sama.
Suami merokok di luar, katanya “dah consider”, tapi rumah tetap rasa macam kedai mamak pukul 11 malam.

Dia bukan perokok.

Tapi setiap hari, paru-paru dia dan paru-paru anak pun “merokok” bersama.

Di Malaysia, kajian kebangsaan menunjukkan kira-kira 1 daripada 3 lelaki dewasa ialah perokok. Kalau kita mudahkan, secara kasar dalam setiap 10 suami, sekitar 3 orang merokok.

Maksudnya, dalam circle kawan yang dah berkahwin, ramai isteri sebenarnya sedang lalui cerita yang hampir sama.

Duduk minum petang, cerita pasal anak, pasal sekolah, tapi jarang siapa berani cerita pasal asap rokok suami sendiri.

Ramai isteri simpan dalam hati.
Bukan sebab rela.
Tapi sebab penat bergaduh, penat dipersalahkan, penat dengar ayat “alah bukan selalu pun”, “ayah aku dulu lagi kuat merokok, ok je hidup”.

Ada yang cuba bertahan.
Balik rumah buka semua tingkap.
Alih anak tidur bilik lain.
Basuh langsir berkali-kali sebulan.

Tapi jauh dalam hati, dia takut. Kalau satu hari nanti anak batuk yang tak baik-baik, kalau kena asma, kalau doktor cakap paru-paru rosak kerana asap rokok rumah sendiri, dia nak salahkan siapa.

Untuk isteri yang hidup dengan suami perokok, rasa marah bercampur sayang itu sangat nyata.

Sayang, sebab dia ayah kepada anak-anak..

Marah, sebab orang yang sama juga yang membawa risiko ke dalam rumah.

Dan untuk suami yang merokok, mungkin tak pernah terlintas niat untuk menyakiti. Rokok jadi tempat lari sekejap bila stress, bila penat cari rezeki, bila kepala serabut.

Cuma masalahnya, asap itu tak pernah duduk di luar masalah.
Asap itu ikut balik, meresap dalam baju kerja, seat kereta, sofa ruang tamu, dan paru-paru orang yang kita paling mahu lindungi.

Kalau anda isteri kepada perokok, rasa lelah itu bukan kelemahan. Anda cuma manusia yang mahu rumah jadi tempat selamat, bukan tempat anak sedut racun perlahan-lahan.

Anda bukan cerewet.

Anda sedang cuba melindungi keluarga sedaya yang anda mampu.

Kalau anda lelaki yang belum mula merokok, percaya atau tidak, itu hadiah paling senyap tetapi paling besar untuk bakal isteri dan anak. Mereka mungkin tak pernah ucap terima kasih secara spesifik, tapi setiap nafas mereka yang bebas asap ialah penghargaan kepada pilihan anda hari ini.

Kalau anda suami yang sedang cuba berhenti, walaupun dah beberapa kali tergelincir, jangan pandang rendah pada setiap cubaan. Setiap batang rokok yang anda tolak hari ini ialah satu langkah kecil keluar dari hidup yang penuh asap, dan satu langkah masuk ke hidup yang lebih bersih untuk anda dan keluarga.

Dan kalau anda masih merokok, tetapi malam ini tergerak hati untuk fikir semula, cuba bayangkan. Anak anda yang kecil, tidur lena di atas dada anda. Apa yang anda mahu dia sedut lebih banyak: bau peluh seorang ayah yang mencari rezeki, atau asap rokok yang satu hari nanti mungkin merampas nafas dia sendiri.

Rumah sepatutnya jadi tempat paling selamat untuk paru-paru yang kita sayang. Kalau ada satu orang dalam keluarga yang sanggup berhenti merokok, seluruh rumah akan rasa beza. Pelan pelan pun tidak mengapa, asalkan hari ini bukan hari yang anda putus asa.

Sumber Public Health Malaysia

FAQ: Telur Lalat Pada Makanan1. Saya nampak bintik putih kecil pada lauk. Itu telur lalat ke?Ya, bintik putih berderet d...
04/12/2025

FAQ: Telur Lalat Pada Makanan

1. Saya nampak bintik putih kecil pada lauk. Itu telur lalat ke?
Ya, bintik putih berderet dan lembut memang sering tanda telur lalat. Bila nampak begitu, rasa geli dan cuak itu normal. Dalam kepala mula terfikir, “Aku dah termakan ke belum…?”

2. Kalau termakan telur lalat sahaja, terus keracunan tak?

Tidak. Telur lalat sendiri tidak beracun. Pada peringkat telur, ia belum cukup untuk sebabkan keracunan. Kebanyakan masa, asid perut akan hadam dan keluarkan semula tanpa kita sedar. Yang bahaya biasanya bukan telur itu.

3. Jadi, apa yang sebenarnya bahaya?

Bahaya datang daripada lalat itu sendiri. Bila ia hinggap, lalat bawa bakteria dari tempat kotor seperti najis, longkang, dan tong sampah. Bakteria seperti E. coli dan Salmonella boleh berpindah ke makanan. Lalat juga tinggalkan najis mikro dan sedikit muntahan untuk cairkan makanan. Semua ini boleh menyebabkan keracunan makanan.

4. Bila makanan ada gugusan telur, apa maksudnya?

Itu tanda makanan sudah lama terdedah. Lalat bukan singgah sekali. Ia datang berkali kali. Makin banyak telur, makin lama makanan itu tidak selamat dimakan walaupun rupa masih elok.

5. Apa jadi kalau makan makanan yang sudah dicemari lalat?

Selepas beberapa jam, bakteria dalam makanan mula menghasilkan toksin. Barulah muncul simptom seperti muntah, cirit-birit, perut memulas, pening, dan badan lemah. Jadi, punca keracunan ialah bakteria, bukan telur.

6. Betulkah telur lalat boleh menetas dalam perut?

Tidak. Telur lalat perlukan udara dan permukaan untuk menetas. Dalam perut, asid sangat kuat dan akan musnahkan telur atau larva. Ia tidak boleh hidup atau membesar dalam tubuh manusia.

7. Kalau telur lalat hanya ada di hujung ayam, boleh potong bahagian itu dan makan bahagian lain?

Tidak disarankan. Bila telur sudah kelihatan pada satu bahagian, lalat sudah pasti berjalan pada bahagian-bahagian lain juga. Bakteria boleh merebak melalui minyak, wap, dan kuah. Seluruh ketul ayam dianggap berisiko.

8. Kalau makanan bersos pekat, seperti kari atau sambal, bagaimana?

Risikonya lebih tinggi. Sos pekat mudah memerangkap bakteria. Jika telur lalat ada di satu tempat, kuah di sekeliling juga boleh tercemar. Dalam keadaan begini, satu pinggan itu tidak lagi selamat.

9. Jadi… betapa bahaya sebenarnya kalau tertelan satu dua telur lalat tanpa sedar?

Jika tiada pencemaran lain, ia biasanya tidak terus memudaratkan. Namun jika telur hadir kerana makanan sudah lama terdedah, bakteria yang ditinggalkan lalat itu yang membahayakan. Terutama pada kanak-kanak, warga emas, dan individu yang kurang sihat.

10. Kenapa lebih baik buang saja makanan yang diragui?

Kerana kesihatan jauh lebih bernilai daripada satu hidangan. Kadang kita sayang untuk membuang, tetapi risiko keracunan jauh lebih besar. Bila mata sudah nampak telur lalat, itu tanda jelas untuk berhenti dan jaga diri.

Sumber : Public Health Malaysia

Kebas tangan kiri setahun lebih.Ibu jari, jari telunjuk, jari tengah.Sakit makcik ni dah lama, ingatkan sakit saraf bias...
27/11/2025

Kebas tangan kiri setahun lebih.
Ibu jari, jari telunjuk, jari tengah.
Sakit makcik ni dah lama, ingatkan sakit saraf biasa. Sampai otot tangan pun dah mengecut.

Ada beberapa cara rawatan.
1) operation
2) cucuk dan potong sedikit urat
3) cucuk ubat.

Rawatan dah dilakukan. Kita tengok hasilnya tak lama lagi

Penyakit carpal tunnel syndrome.

14/09/2025

Salam HARI KEBANGSAAN dan HARI MALAYSIA 2025..‼‼

Klinik Beroperasi seperti biasa pada 15-16 September 2025 (Isnin-Selasa).

Kami ad Dr Fauziahanim bertugas😊




30/08/2025

Assalamualaikum wbt.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-68 dari kami Keluarga Klinik Hidayah Jeli.

Untuk makluman semua, klinik tutup pada 31/08/2025(Ahad). Kami kembali beroperasi pada 01/09/2025(Isnin).





Terima kasih.

30/08/2025

Assalamaualaikum wbt.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-68 dari kami Keluarga Klinik Hidayah Jeli.

Untuk makluman semua, klinik tutup pada 31/08/2025(Ahad). Kami kembali beroperasi pada 01/09/2025(Isnin).





Terima kasih.

14/08/2025

Assalamualaikum wbt..MAKLUMAN.Harini 12 Mei 2025 Klinik Hidayah Jeli beroperasi seperti biasa.Kami ada DR Aswad bertugas...
12/05/2025

Assalamualaikum wbt..
MAKLUMAN.
Harini 12 Mei 2025 Klinik Hidayah Jeli beroperasi seperti biasa.
Kami ada DR Aswad bertugas pada hari ini.😊

TENGKUJUH JANGKITANDisember! Bulan air bah, bulan tengkujuh dengan hujan mencurah-curah, juga bulan yang menyaksikan lam...
13/12/2024

TENGKUJUH JANGKITAN

Disember! Bulan air bah, bulan tengkujuh dengan hujan mencurah-curah, juga bulan yang menyaksikan lambakan kes jangkitan kuman di kalangan kanak-kanak

Saya sendiri melihat pola kemas**an ke wad kanak-kanak kami hampir naik 300%

1️⃣2️⃣ perkara yang ibu bapa perlu ambil tahu

1. RSV = Respiratory syncytial virus
Kes RSV melonjak tinggi. Jangkitan kuman RSV membawa kepada demam panas berlarutan dengan gejala pernafasan

2. Selain RSV, kuman-kuman virus dan bakteria lain termasuk COVID-19, Influenza A/B, Mycoplasma pneumoniae, Haemophilus influenza dll juga meningkat

3. Ada juga jangkitan kuman virus (virak fever) yang tidak dapat dikenalpasti dengan calitan RV4Ag atau PCR33, memerlukan kemas**an ke wad untuk hidrasi

4. Bila bercakap berkenaan jangkitan kuman, ibu bapa harus faham sekurangnya 3 aspek
4.1 Jenis jangkitan kuman - virus atau bakteria
4.2 Lokasi jangkitan kuman - tekak, peparu,
4.3 Aspek perawatan

5. Jenis jangkitan kuman - biasanya virus. Kebanyakan virus tiada rawatan spesifik, manakala jangkitan kuman bakteria biasanya memerlukan antibiotik. Dan tak mustahil ada jangkitan silang keduanya

6. Untuk lokasi jangkitan kuman, terma seperti
Tonsillitis, pharyngitis, bronchitis, bronchiolitis, pneumonia, UTI merujuk kepada punca jangkitan kuman

7. Sebagai contoh,
Jangkitan kuman tonsils biasanya bergejala sakit tekak
Jangkitan kuman peparu/bronchitis/pneumonia biasanya ada gangguan pernafasan

8. Untuk 6 dan 7, ujian darah, calitan, xray dll akan membantu doktor membuat keputusan jenis & punca/lokasi jangkitan

9. Dari segi aspek rawatan, saya s**a terangkan kepafa ibu bapa
9.1 Rawatan spesifik
9.2 Rawatan sokongan

10. Rawatan spesifik
Kebanyakan virus tiada rawatan spesifik, kecuali influenza yang boleh menerima ubat oseltamivir
Bakteria p**a dirawat dgn antibiotik
Sungguhpun begitu, biasanya virus yang mengjangkiti seoramg anak, maka, tidak semua pesakit perlu antibiotik (untuk elak kerintangan antibiotik, pemberian antibiotik harus ada indikasi dan bukan diberi sewenang-wenangnya)

11. Rawatan sokongan termasuk
Infusi drip intravena untuk hidrasi
Ubat demam / batuk / selsema untuk rawatan gejala
Nebuliser
Fisioterapi

12. Pencegahan
Elak pendedahan dan penularan jangkitan kuman dengan menjaga kebersihan diri, pemakaian topeng muka dan elak mereka yang tidak sihat dari bersentuhan dengan kanak-kanak

Terima kasih

Assoc. Prof. Dr Rashdan Zaki bin Mohamed
Pakar Perunding Pediatrik & Pediatrik Endokrinologi
KPJ DSH2

27/11/2024

Trigger finger tahap 2.
Minggu depan kami update hasilnya

Musim tengkujuh.Ramai yang batuk selsema.Semalam 2orang positif COVID.Pagi ni pesakit sakit tekak, demam sakit urat.Kali...
27/11/2024

Musim tengkujuh.
Ramai yang batuk selsema.

Semalam 2orang positif COVID.
Pagi ni pesakit sakit tekak, demam sakit urat.

Kali kedua pesakit positif covid, kali pertama bulan julai 2021.

⚡⚡JAWATAN KOSONG RESIDEN KLINIK PERGIGIAN HIDAYAH JELI!! 💢Anda berminat untuk bersama keluarga klinik hidayah? Berkhidma...
14/11/2024

⚡⚡JAWATAN KOSONG RESIDEN KLINIK PERGIGIAN HIDAYAH JELI!!

💢Anda berminat untuk bersama keluarga klinik hidayah? Berkhidmat untuk penduduk jeli dan rakyat kelantan amnya? 💢Nak tambah ilmu selok belok klinik pergigian swasta?
Mungkin ada yang kami cari!! Kami menawarkan satu jawatan kosong doktor gigi di klinik pergigian hidayah jeli!!

🌟RESIDEN KLINIK PERGIGIAN
✅ Mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 2 tahun ✅ Mempunyai personaliti menarik dan kemahiran komunikasi yang baik.

Sekiranya berminat, hantarkan resume anda kepada kami
wasap.my/60199153454/residenKphj

Address

Jeli
Kampung Jeli
17600

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
20:00 - 22:00
Tuesday 09:00 - 17:00
20:00 - 22:00
Wednesday 09:00 - 17:00
20:00 - 22:00
Thursday 09:00 - 17:00
20:00 - 22:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
20:00 - 22:00
Sunday 09:00 - 17:00
20:00 - 22:00

Telephone

+6099442939

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Hidayah Jeli posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Hidayah Jeli:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram